Tuesday, September 28, 2010

Penat

assalamualaikum

aku masih lagi kepenatan. dari sblm raya sampai lah sekarang. penat mengemas rumah dan penat memandu. mengemas rumah di kelantan dan pahang. pastu balik ke sini, mengemas rumah kat sini plak. smpi hari nih pun tak abis kemas lg. pasal driving lagi la pulak. kelantan ke pahang, pahang ke kajang. pastu weekend hari tu pegi JB plak. perghhh. letih siot. skrg nih weekend takleh rehat sgt. maklumlah musim raya. ade je jemputan ke mana2. klu tak dtg nnt takut dikata sombong plak. huhuhu. 

image from google

weekend nih nak gi umah kakak ipar kat rawang. maybe overnight kat sana. hari ahad ade member kawin kat sunway. insya Allah pegi kot. tgk keadaan mcm mana. kepada yg ade menjemput aku tu, sori la klu aku xdpt dtg. keletihan tahap maksima. huhuhu.

cuti tahun nih ada lagi 14 hari utk dihabiskan. rasa mcm nak cuti nak gi pra honeymoon tp wife xde cuti plak. huhuhu. so, klu aku cuti pun duk umah sorang2 jer. klu tak tahan sgt penat nih, maybe aku cuti gak kot. duk umah pun duk umah laa. huhuhu.

p/s: segan nak jemput org dtg rumah sbb rumah bersepah lg. huhuhu.

Saturday, September 25, 2010

Kawan Kawin Kawan

assalamualaikum.

hari tu aku kawin pada hari raya kedua. majlis kenduri plak pada raya ke-3 dan ke-7. hari ni, raya ke 15. member aku plak nak kawin. sahabat dunia akhirat. salah seorang JMD. Layzree Nick. tahniah untuk anda. kepada tuan pengapitnya, encik Faizal Sky0ne, gud luck with all the tolls. hahaha. semoga cepat la smpi giliran mu pulak.

aku jenis yg jarang pegi kenduri. boleh kira berape je majlis kenduri yg aku penah attend. selain yg saudara mara la. itu klu tak dtg mmg nak kene leteran mak aku la. hehehe. setakat org kampung je mmg jarang la aku pegi. klu ada kawan2 yg jemput, aku cuba sedaya upaya untuk hadir tp selalunya keadaan tak mengizinkan. bukan sengaja tp kebetulan. klu aku dpt hadir kenduri tu kira satu keajaiban la jugak. hehehe. 

kali ni lain sket rasa sbb kali pertama pegi kenduri dgn isteri aku. kali pertama sbg sepasang suami isteri. sblm nih pernah pegi kenduri yg sama. tp pegi asing2. duduk pun meja jauh2. masa tu kenduri seorang JMD jugak, Encik Uzairizal a.k.a Zuzu, yg sekarang nih dah bergelar bapak org. huhuhu. so, untung la ko Layzree sbb kenduri ko yg pertama kami hadir bersama2 nih. hahahaha.

ini la rupa bakal pengantin [image cilok dari blog pengantin. hehehe.]
Layzree nikah hari nih. tp kami tak smpt nak hadir. tghari nih baru nak gerak ke JB. tdo umah pakcik aku kat skudai mlm nih. insya Allah esok akan berkonvoi bersama rombongan pengantin lelaki. tmpt berkumpul dan masa akan dibincangkan kemudian bersama tuan pengapit dia. hehehe. 

p/s: tahniah sahabat dunia akhirat!!

Friday, September 24, 2010

Cerita Kawin

assalamualaikum.

bukan senang nak kawin sbnrnye. byk dugaan yg datang melanda. tp itu semua adalah cubaan dan rintangan yg perlu dihadapi dgn redha. cerita kawin aku jugak penuh suka duka.

2 hari sblm raya, aku eksiden sekali lagi. kali ini dgn sebuah motosikal. memula nak settle sendiri jer. aku bayar la repair moto dia. dlm RM80. pastu dia nk mintak RM300 untuk kecederaan dia. aku nak bawak dia gi klinik tp dia tak nak. so dia pegi sendiri. dia tunggu aku dtg. aku ajak member aku. member aku nih pulak ajak lg 2 org member dia. dua2 polis berpakaian preman. pendek cite, dia nak RM50 utk settle. rupa2nye dia takut ngan polis tu. polis tu bgtau aku budak nih selalu kuar masuk balai. mat pit. huhuhu. kete aku kemek sblh kanan plak. adui. smpi skrg tak gi buat lagi. hmmm.

itu satu part. yg ni part nikah plak. memula dulu pak imam dah setuju nak dtg umah. menikah lepas maghrib. tp last2 minit dia cancel plak. dia suh gi nikah kat surau sbb ade 4 pasangan nak menikah pada hari tu. so, dia nak buat semua kat surau. senang keje dia. first come first serve. bincang punye bincang. last2 kitorang serbu surau tu kul 6.30 ptg. tok imam yg umah kat sblh surau tu pun tgh mandi agaknye masa kitorang smpi. huhuhu. so aku la yg pertama dinikahkan. tp lps selesai tu, tak nampak pun bayang pengantin lain. hmmm. diorang on the way kot. takkan la tok imam nak menipu, kan? hehehe.

seterusnya part yg agak menyayatkan. hari kenduri tu, kereta pakteh aku hilang. hilang kat parking homestay yg kami duduk tu. kereta wira aeroback jugak yg dicurinya. walhal sebelah menyebelah tu ade kete BMW ngan sentra lg. hmmm. aku serba salah jugak la. kete dia ilang sbb dtg kenduri aku. tp aku tak mampu nk buat ape2. diorang gi buat report je la. nasib baik ade anak sedara dia yg tinggal dekat2 situ bg pinjam kan kete utk diorang balik. smpi skrg masih tiada berita pasal kete tu. hmmmm.

lagi satu ni berlaku kat umah mentua aku plak. malam lepas kenduri tu baru sedar rupanye purse kakak ipar aku kene curi. dan pencuri tinggalkan handbag curi org lain kat umah tu. purse kakak ipar aku nih plak dijumpai di sebuah rumah yg dimasuki pencuri di Kota Bharu. bila pegi balai polis, baru la tahu kisah sbnrnye. ade satu kumpulan pencuri (1 pompuan, 2 lelaki) dtg mencuri di majlis kenduri kawin. yg lelaki tunggu dlm kete. yg pompuan masuk umah. yg pertama berlaku di kuala krai. handbag yg dicuri di kuala krai, ditinggalkan di machang (umah mentua aku). purse yg dicuri di machang pulak ditinggalkan di kota bharu. tp rumah yg di kota bharu tu umah seorang ASP dari Bukit Aman. dia yg cam pencuri tu. hmmmm. kakak ipar aku tu cuma kehilangan duit RM400. IC dan kad2 lain semua dpt balik. hmmm. mcm2 kan?

last but not least kat umah aku sendiri la. tekanan air rendah. smpikan mak aku terpaksa sewa 1 tangki besar dgn JBA. tu pun tak cukup. malam sblm kenduri, aku tumpang mandi kat bilik hotel member aku yg dtg dari KL, Ryco & Fendiz. hari kenduri tu pulak, pagi2 smpt la mandi kat umah. tp tghari sblm bersanding tu, aku pegi mandi kat masjid. kelakar la pulak rasanya. hahahaha. penah ke pengantin mandi kat masjid sblm bersanding? huhuhu.

itulah kisah di balik tabir perkahwinan aku dan isteri. mcm2 kan? hehehe.

p/s: panjang plak entri nih. layan kan aje la. huhuhu.

Thursday, September 23, 2010

Cerita Raya

assalamualaikum

hari nih hari kedua aku kerja setelah hampir 2 minggu bercuti. tp mood nak keje masih tiada. masih mood bercuti. penat berkenduri tak ilang lagi sbnrnye. sgt2 penat dan keletihan.

tp nk update sket la blog yg dah lama terbiar nih. memula nk citer pasal raya dulu. raya tahun ni lain daripada yg lain. mmg la lain sbb aku kawin time raya. huhuhu. punya la tak igt pasal nak raya smpikan aku terlupa bawak balik baju raya. aku bawak balik baju nikah jer. huhuhu. kesudahannye, aku pakai baju melayu ayah aku yg bbrp tahun lepas dgn kain pelikat jer. aku sorang warna biru sedangkan famili aku semuanye tema purple. hehehe.

one blue in purples. hehehe
ptg raya tu terus bertolak ke kelantan. sbb majlis nikah akan berlangsung pada hari raya kedua. so, lps solat hari raya tu smpt pegi bbrp buah rumah jer. takde org smpt dtg beraya ke rumah pun. huhuhu. sbb tu la raya aku tahun nih lain daripada yg lain. hehehe.

p/s: muka ada senyum. gmbr terakhir bersama famili sblm mengakhiri zaman bujang. hehehe.

Saturday, September 11, 2010

Today is the day

assalamualaikum.

hari ini, 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H, adalah harinye. hari ape?? hari nih hari sabtu. hari raya kedua. hari aku akan menamatkan zaman bujang aku yg penuh gilang gemilang. heheheh. yg penuh suka dan duka sebenarnya. hehehe.

insya Allah malam nih aku akan dinikahkan dengan cik tunang. smlm aku bertolak dari pahang lebih kurang jam 4 petang. tunggu pakcik aku di Ceneh Baharu selama hampir 2 jam. maka kami pun sampai lah di kelantan lebih kurang jam 2.30 pagi. huhuhu. pagi nih takde ape sgt2. rehat2 jer. ada la masalah sket tp insya Allah harap2 semuanye berjalan lancar.

esok kenduri di sini. di machang, kelantan. kenduri di pahang pada 16 September. harap2 semuanye berjalan lancar. doakan kami yer. terima kasih. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

p/s: tak sabar tapi nervous. huhuhu.

Tuesday, September 7, 2010

Resipi kuih raya


Assalamualaikum...ini lah gmbr buku resipi kuih raya yg mak aku guna dr dulu smpi skrg..sejak aku kecik dulu mak aku duk guna buku ni la smpi skrg...dah nak reput dah pun...heheh

Thursday, September 2, 2010

ready to go??

assalamualaikum.

sumber: uncle google
hari nih hari last aku kerja sblm bercuti lebih kurang 2 minggu setengah. heheheh. klu smlm aku main game je dari pagi smpi ke petang, hari nih pun lebih kurang sama je kot. maklumlah dah takde mood nak cuti. dah banyak mood nak cuti, nak raya and nak kawin. heheheh. mcm tak caya je dah nak kawin. semoga dipermudahkan segalanya utk aku dan cik tunang.

skrg cik tunang ade kat kampung. terpaksa balik sbb ayah dia sakit dan dimasukkan ke hospital. sepatutnye dia cuti next week. so nnt dia kene masuk keje balik pastu baru start cuti semula. harap2 ayah dia bertambah sihat. insya Allah.

p/s: selamat bercuti kepada semua.