Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010

assalamualaikum.

tinggal lagi bbrp jam je untuk masuk ke tahun baru 2011. aku saja je nak menaip satu entri terakhir bagi tahun 2010. tahun yang paling bermakna dalam hidup aku setakat ini. tahun yang tak mungkin akan ku lupakan. insya Allah. kenape? sebab aku dah kawin. hehehe.

aku melamar wife aku pada 01/10/09. pada 04/10/09, aku jumpa kakak & abg iparnye. terus ditanye pasal kawin. so kami merancang dan akhirnya bertunang pada 14/02/10. setelah bersedia, kami dinikahkan pada 11/09/10 bersamaan 2 Syawal 1431H. kenduri pulak diadakan pada 12/09/10 dan 16/09/10. itulah tarikh2 penting bagi tahun 2010 untuk aku dan isteri aku.


tahun 2010 menyaksikan perubahan status aku dari bujang kepada berkahwin. tahun 2011 pula aku akan bergelar bapa. insya Allah. semoga kehidupan kami sekeluarga akan lebih diberkati dan dilimpahi rahmat olehNYA.

p/s: tak sabar nak tunggu Jun 2011. =)

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya di mata aku

assalamualaikum.


aku nak komen pemain Malaysia satu persatu:

1. Khairul Fahmi a.k.a Apek (GK) - persembahan mantap dari anak muda ini. Selepas Khairul Azman Mohamad, aku rasa Malaysia kurang penjaga gol yg mantap. harap2 Apek boleh kekalkan prestasi mantap ini buat satu masa yang lama.

2. Asrarudin Putra Omar (LB) - persembahan memalukan pada perlawanan pertama apabila Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia. Malah Asra dikatakan punca utama kekalahan Malaysia. Namun, kepercayaan Rajagobal terhadapnya dibalas dengan persembahan2 mantap selepas itu. gud comeback from him.

3. Mahali Jasuli (RB) - mampu bertahan dan membantu bahagian tengah dengan baik. Paling diingati adalah hantaran tepat untuk Safee Sali menanduk masuk gol kedua ketika menentang Vietnam pada separuh akhir pertama yang lalu.

4. Muslim Ahmad (DC) - mantap. walaupun menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir smlm, persembahan keseluruhan amat membanggakan. Muslim membuatkan kita lupa pada Norhafiz Zamani Misbah.

5. Mohd Fadhly Shas (DC) - pemain paling muda. baru 19 tahun. tapi permainan mantap dan matang mengemudi pertahanan Malaysia bersama Muslim Ahmad. terbaik!!

6. Amirulhadi Zainal (AMR) - right wing yang berkebolehan menggelecek pemain lawan dengan baik. larian pantas dan kawalan bola yang baik. mantap jugak!!

7. S. Kunanlan (AML) - aku rasa Kuna paling konsisten. stamina tinggi. skill menggelecek tinggi la jugak. boleh tahan laju dan kerap turun membantu Asra kalau Malaysia diasak. terbaik jugak!!

8. Safiq Rahim (MC) - kapten pasukan. perancang di bahagian tengah. tackle mantap. passing masih boleh diperbaiki. rembatan kencang. keep it up!!

9. Amar Rohidan (DMC) - terbaik!! ramai orang tak perasan dengan peranan penting Amar Rohidan. bak kata member2 aku, Rafiqin dan Hairaul, "Amar is the unsung hero for Malaysia." tugas dia adalah menahan asakan pemain lawan dan membantu pertahanan Malaysia. he has done a great job. 1st game lawan Indonesia dia tak start. game seterusnya dia start sehinggalah Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki. kalau aku nak beli jersi malaysia, aku akan beli jersi Amar Rohidan! you're the man.

10. Norshahrul Idlan Talaha (FC) - dribbling skill yg agak mengkagumkan seperti ditunjukkan dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil. boleh menjadi perancang dan penjaring gol yang baik. tidak tamak dan bergandingan mantap bersama Safee Sali.

11. Safee Sali (FC) - mempunyai fizikal yang tegap. finishing mantap. tandukan kencang. berjaya menjaringkan 5 gol di peringkat kalah mati dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan. he's the hero.

12. Sharbinee Allawee (GK) - Sharbinee dah lama tak beraksi di pentas antarabangsa kerana kecederaan. aku pun terkejut kenape Rajagobal bergamble bagi Sharbinee main lawan Indonesia. mungkin tak dpt rhythm lg dan jugak tak bernasib baik sehingga mudah dibolosi sehingga 5 gol pada perlawanan itu.

13. Sabree Mat Abu (RB/LB) - utility player. boleh bermain di bahagian kiri dan kanan pertahanan. bermain baik setiap kali diturunkan. juga boleh bermain di bahagian tengah apabila diperlukan dalam perlawanan akhir semalam.

14. Mohd Amri Yahyah (AMC) - Amri ni bagus sbnrnye. passing skill mmg baik. finishing instinct and technique pun terbaik. contohnya dia berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang Laos. kelemahan dia di mata aku ialah ketika membawa bola. he's not a gud dribbler. banyak kali aku tgk dalam game Malaysia menentang Laos dan Vietnam. dia hilang bola sbb dia cuba nak gelecek pemain lawan. masa main lawan Indonesia smlm aku perasan dia dah tak banyak dribble bola. gud improvement. dan aku rasa pengalaman dia mmg byk membantu pemain2 muda yg rata2 nya berumur bawah 23 tahun.

secara keseluruhannya aku tgk permainan Malaysia banyak bergantung pada bahagian sayap kiri dan kanan. Malaysia banyak menggunakan winger dan fullback untuk menyerang. Norshahrul dan Safee Sali pun suka attack dari tepi. itu pada pemerhatian aku la. =)

aku tak boleh nak komen pemain lain sbb aku tak tgk sgt org lain yg main. tapi ada satu je benda aku nak tegaskan kat sini walaupun aku komen secara individu, kemenangan Malaysia adalah kemenangan secara berpasukan dan hasil teamwork yang baik.

Tahniah Malaysia!!
Tahniah Harimau Malaya!!

p/s: saya komen ikhlas. jangan marah ye. hehehe.

**added later.
alamak. aku tertinggal sorg player. nasib baik Hairaul igtkan. so aku letak komen dia je la utk Ashaari Shamsudin. hehehe

15. Ashaari Shamsuddin (AML/AMR) - player Terengganu...top scorer Liga Super 2010...tak byk main sepanjang kejohanan...tp kelibat masa final mmg memberi impak...skor 2nd goal masa 1st leg...and through ball canteknye pada Safee Sali masa 2nd leg seal off the tie...

TQ.

Rio Ferdinand Congratulates Malaysian Team!!

assalamualaikum.

rasa bangga jugak bila seorang pemain professional terkenal dan bertaraf dunia memuji skuad kebangsaan tanah tumpahnya darahku, Malaysia. ini buktinya:

Rio Ferdinand: Pemain Kebangsaan England & Manchester United

tahniah Malaysia. TQ Rio!!

p/s: We are the champion!!

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010!!

assalamualaikum

TAHNIAH MALAYSIA!! 
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

dah lama rasanye negara kita Malaysia tidak mengalami atmosfera yang sebegini hangat. seluruh rakyat malaysia bersatu padu memberikan sokongan tidak berbelah bagi dan mendoakan pasukan negara pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010. Alhamdulillah hasilnya berbaloi baloi.

Keputusan Perlawanan Akhir:

Pusingan 1: Malaysia 3 Indonesia 0
Pusingan 2: Malaysia 1 Indonesia 2

Malaysia JUARA dengan agregat 4-2

walaupun pelbagai dugaan dihadapi pasukan Malaysia di indonesia, semangat Harimau Malaya tetap utuh dan kekal fokus untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih serta pengurusan pasukan. semoga kejayaan ini akan menjadi permulaan era baru kegemilangan bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!

about the game. Kedua2 pasukan mempamerkan permainan mantap dan menghiburkan. walaupun malaysia mempunyai kelebihan 3 gol, mereka tidak bertahan semata2. serangan2 malaysia juga cukup membahayakan.

namun, malaysia hampir dikejutkan di awal permainan apabila indonesia dihadiahkan sepakan penalti selepas Sabre Mat Abu dikatakan menahan bola dengan tangan. tetapi ketenangan dan ketangkasan Khairul Fahmi a.k.a Apek menyelamatkan sepakan Firman Utina amat melegakan seluruh penyokong Malaysia.

hasil kesungguhan para pemain, akhirnya Malaysia berjaya menjaringkan satu gol menerusi Safee Sali  pada minit ke 54 sblm Nasuha menyamakan kedudukan buat Indonesia pada minit ke 73. Di minit2 akhir permainan, kesilapan benteng pertahanan membolehkan Indonesia mendahului 2-1 hasil jaringan sendiri Muslim Ahmad pada minit ke 87.

walaupun tewas 2-1, malaysia tetap menang dengan agregat 4-2. sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.

Juara:
Malaysia

Naib Juara:
Indonesia

Top Goalscorer:
Mohd Safee Sali (Malaysia) - 5 gol

Most Valuable Player:
Firman Utina (Indonesia)

Fairplay Award:
Filipina

ini gmbr2 yg aku snap dari kaca tv rumah aku. hehehe.

inilah pasukan juara, MALAYSIA - HARIMAU MALAYA
Kapten Malaysia, Safiq Rahim menjulang Piala AFF Suzuki.
Khairul Fahmi a.k.a Apek.
Pemain Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki
Jurulatih Malaysia, K Rajagobal.


p/s: agak2 K Rajagobal dapat Dato' tak? huhuhu

Tuesday, December 28, 2010

Julia Perez mahu bikin onar

assalamualaikum.

aku terkejut dan tergelak bila baca berita kat Berita Harian Online td. disebabkan rasa tak puas hati atas insiden laser melaser pada perlawanan akhir pertama Piala Aff Suzuki hari tu, seorang artis Indonesia nak balas dendam. mcm mana? dia nak pakai baju seksi meksi supaya pemain2 malaysia hilang fokus. siap ckp nak pakai baju belahan dada lagi. ish ish ish. tak sangka sampai mcm tu sekali rendahnya martabat dan maruah dia.

kalau korang nak tau mcm mana rupanye Julia Perez atau Jupe tu, sila la google ye. aku tak nak letak gmbr dia kat blog aku nih. hilang kesucian Dunia Batinku nnt. heheheh. 

berita lanjut boleh baca kat sini.

p/s: confirm ramai org kerumun kat tmpt dia duduk. huhuhuh