Friday, January 16, 2009

Hibernating

. . . . . . .

feeling a little bit unwell

. . . . . . .

trying to find peace in mind

. . . . . . .

in a state of emptiness

. . . . . . .

Sunday, January 11, 2009

Weekend

assalamualaikum...

weekend yg baru lepas nih agak busy gak. busy ngan aktiviti. hari sabtu main bola sepak. dah lama gile aku tak main bola sepak kat padang sejak aku tinggalkan uniten beberapa tahun lepas. sekali main terus tournament lak tu. huhuhu. nasib baik la main 9 sebelah dgn hanya 7 minit separuh masa. tp masa main 1st game tu pancit jugak. aku main utk WiSE Community FC. oleh sbb diorang tak bagi aku main full time (huhuhu), maka 2 game pertama team kami kalah 1-0 dan seri 0-0 pada game terakhir menyebabkan kami gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. hehehe. apapun mmg best la. sbb main suka2 jer. huhuhu. next time kene serius nih. chaiyok chaiyok.

hari ahad plak main bowling bersama para JMD dan sahabat2 JMD. main kat Ampang Superbowl IOI Mall Puchong. ada la 11-13 orang main. very enjoyable. main suka2. aku nyaris2 tersungkur pada balingan pertama sbb keadaan lane yg agak kesat tidak membenarkan aku slide. lps tu terus fobia nak slide. sudahnya, 1st game aku main baling statik jer. 2nd and 3rd game baru main mcm biasa. prestasi? 111, 124, 143. ok la kan? hehehe.

malam esok berfutsal bersama2 ofismate plak. kebelakangan nih rajin lak ofismate2 aku nih bersukan. hari tu main bowling kat alamanda lepas office hour. maybe nak buat weekly aktiviti. tp tak tau la. nak berfutsal esok nih termasuk la lelaki dan perempuan, tua dan muda. balun la korang. aku follow jer. huhuhu.


Friday, January 9, 2009

What a day...

assalamualaikum...

Khamis. pepagi lagi dah tension. dah la lambat. bila nak masuk putrajaya jem giler luar biasa. kat roundabout besar tu pun jem giler punye jem. tgk2 jam for sure tak smpt punch in before 8am. terus sms PA boss bgtau aku lmbt sbb sakit perut and mention gak pasal jem tu. nasib baik la ramai yg bg alasan jem luar biasa tu. takde la nmpk sgt aku dtg lmbt. sbb the day b4 pun aku lmbt. huhuhu.

ade meeting kul 9. abis kul 11 aku terus gi spital sbb ayah aku ade appointment kul 11.30am. aku suh adik aku gi register dulu nnt aku dtg. aku smpi spital kul 11.15am and angka giliran masih jauh. tunggu punya tunggu punya tunggu. kul 1pm abru dpt jumpa doktor. after 15 minit, pegi amik ubat kat farmasi plak. tunggu punya tunggu punya tunggu. kul 2 baru dapat ubat. after dat adik and ayah aku terus balik pahang. aku rush back to office coz ade meeting kul 3pm. abis meeting kul 5pm.

after dat pi main bowling kat alamanda ngan ofismate. memule main 2 game then tambah satu game lagi. after dat aku igt nk pi main futsal plak. tp mcm tak smpt and penat gile. so terus gi dinner je. after dinner pi TT plak kat food court Presint 9. lepak2 and sembang2 smpi kul 12midnite baru balik. penat gile. adakah aku akan pergi keje pada esok pagi? itu yg kita tak tau. hehehe.

what a day....

Tuesday, January 6, 2009

Imej baru

assalamualaikum...

smlm hari pertama aku masuk keje setelah lama bercuti. ape yg aku nk citer kat sini adalah ttg rupa aku skrg. hahaha. yups. nmpk mcm tak terurus kot. dgn misai, jambang and janggut segala. nmpk serabut kot. kat ofis je ade 4-5 org yg tegur aku. pastu best buddy aku pun tegur gak. ade yg igt azam tahun baru aku nk simpan jambang la, ade yg kata aku tak smpt nk shave lah. padahal cuti lama. well, cuti2 pun bz gak. forum jmd la nih. hahahah. yg paling menarik sekali, ade plak yg sangka aku ade join mana2 pertubuhan agama. hahahah. tergelak aku. dia igt aku masuk arqam ke ape. hehehe. jgn mare. i tak join mana2 pertubuhan la. just malas nk shave je. nnt dah rajin or bila rasa ade org care baru la shave kot. hahahaha. jambang. jambang.

huhuhu. kelakar kelakar.

Sunday, January 4, 2009

New Year 2009

assalamualaikum...

tahun baru 2009 pastinya membawa satu perbezaan dalam hidup aku. jika sblm nih tahun baru masihi hanya disambut di depan tv atau menyaksikan pertunjukan bunga api, kali ini, tahun ini, tidak lagi. aku dan bbrp orang rakan2 bertekad mengadakan camping dan BBQ kat PD. makan berBBQ dan berkhemah lah kami di tepian pantai Selat Melaka dari terbenam mega di ufuk barat sehingga terbitnya fajar di ufuk timur.

malam itu aku tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit. menyaksikan ribuan bintang bertaburan di langit biru begitu menenangkan. sudah sekian lama aku tidak menyaksikan permandangan begitu. walaupun malam kami diganggu dgn bunyi bunyian dan perlakuan manusia yang tidak tahu menghormati sesama insan, aktiviti kali ini tetap meninggalkan seribu kenangan manis di hati aku. terima kasih rakan2 JMD.


sebelum bertolak ke PD

sebelum memasang khemah

selepas khemah didirikan

sebelum BBQ

selepas BBQ

masa menyimpan khemah

selepas menyimpan khemah

masa utk pulang

kenangan JMD 2009@Port Dickson