Thursday, June 30, 2011

From Carlo Rino to Papa Rino

assalamualaikum.

selepas lebih 12 jam di dewan bersalin, akhirnya isteri aku dan aku sendiri terpaksa mengalah dan membenarkan doktor melakukan pembedahan bagi melahirkan anak kami. lebih kurang jam 10.15 malam, anak kami selamat dilahirkan. seorang bayi perempuan seberat 3.83kg. syukur alhamdulillah.


selepas 2 hari di hospital, baby dan ibunya dibenarkan pulang ke rumah. syukur Alhamdulillah kerana si ibu dan baby dalam keadaan sihat.

nnt aku update lagi lah ye. ngantuk sbnrnye nih. huhuhu.

Saturday, June 25, 2011

Overdue

assalamualaikum.

isteri aku masih mengandung. expected due date yg doktor berikan pada kami ialah 22 Jun 2011. tapi hari ni dah 25 Jun 2011. maknanye isteri aku dah overdue to deliver selama 3 hari. takde tanda2 sakit nak bersalin lagi. kalau 30 Jun 2011 isteri aku masih belum bersalin, doktor suh masuk wad. tak tau lah. skrg nih kami pasrah dan redha je dengan ketentuan Allah.

kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi sesungguhnya sebaik2 perancang dan yang menentukan segalanya adalah Allah swt.

walaupun sbnrnye aku agak nerveous tp dalam masa yg sama aku tak sabar nak jadi seorang ayah. huhuhu.

p/s: sekian entri pendek kali ini.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

assalamualaikum.

aku tak nak menaip panjang2 sbb klu aku citer byk sgt nnt aku akan menangis tanpa sedar. so, just a simple entri to remind myself of the things and sacrifices made by my beloved father.

ayah aku skrg nih masih terlantar sakit di kampung, tak mampu bergerak. kepada mereka yg pemurah, tolonglah doakan supaya ayah aku kembali sembuh dan boleh bercakap kembali. doa kalian amat aku hargai.

Saiyed Mohd Akhir bin Tuan Sulong
gambar di atas diambil ketika majlis perkahwinan aku pada 16 September 2010. masa nih ayah aku sihat lagi. lebih kurang sebulan selepas itu dia jatuh sakit sampai lah sekarang. semoga abah akan sembuh semula. insya Allah.

hari nih aku dpt ucapan hari bapa dari seorang kawan. happy father's day to be. hehehe. asalnya aku nak anak aku panggil aku walid. tp di saat2 akhir aku ubah fikiran. aku nak anak aku panggil aku abah mcm mana aku panggil ayah aku sbg abah.

p/s: terpaksa berhenti di sini bagi mengelakkan tumpahnya air mata seorang anak lelaki.

Monday, June 13, 2011

[Photo] Studio trial

assalamualaikum.

last few weeks, member aku, co-owner of RNL Florist ajak aku utk satu photoshoot. dia ajak dua orang jer. aku and sorang lg member aku, RyCo. memula plannye nak buat kat studio betul. tp atas sbb masalah logistik, ruang tamu rumahnya diconvert menjadi studio. semua equipment dibawa oleh RyCO. aku bawak kamera aku jer. huhuhu.

photoshoot ni sbnrnye utk hamper raya 2011 RNL Florist dan bbrp gubahan bunga utk hari jadi atau apa2 ocassion yg bersesuaian. aku diberitahu ada model utk sesi nih. ada la bbrp org kot. tp last minit punya hal, sorang je yg datang. Ajeb from Apa Kata M.

aku nih sgt baru dlm bidang amik2 gmbr nih. tp bile org offer nk amik gmbr studio, aku terima dgn hati terbuka. terima kasih kepada tips dan tunjuk ajar dari RyCO and Layzree Nick. inilah antara hasilnye:


kalau nak tgk individual photo, sila klik kat flickr aku di sini. kalau ada yang berminat nak order hamper atau jambangan bunga tu, boleh kontek terus dgn RNL Florist. List harga aku tak dapat lg. nnt klu dah dpt aku akan update.

p/s: bak org mengantuk disorong bantal.