Wednesday, February 2, 2011

LTdL 2011: Overall Results

assalamualaikum

atas kesibukan tugas, maka aku tak dapat nak update results LTdL 2011 stage by stage. tak dpt nak commit. tugasan yang dibayar gaji harus diutamakan. bile balik umah dah penat. sbb tu tak dpt nak update tu.

berbalik kepada LTdL 2011, secara keseluruhannya aku rasa kurang puas hati to the max sbb TV1 tak tunjuk live telecast on the race. yg live cuma kat finishing jer. race nih buat kat Malaysia, takkan takleh nak buat live telecast. please laa. untuk orang2 yg sibuk bekerja nih, boleh tgk kat TV je la. mana ada masa nak pegi bersorak kat tepi jalan tu. kalau tgk kat TV, boleh tgk overall. harap2 TV1 atau stesen TV lain berusaha la buat live telecast race next year.

prestasi pelumba Malaysia pulak hanya memuncak di awal saingan jer. lepas pendakian di Cameron dan Genting Highlands, kebanyakannya tenggelam. Anuar Manan je la yg boleh diharap kejar Guardini tu. tapi tak mampu jugak.

so kat sini aku nak bagi result untuk pelumba kebangsaan jer la.

Terbaik Keseluruhan (General Classification):
Pelumba terbaik Malaysia ialah M. Saufi Mat Senan dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke 31, Ng Yong Li (Le Tua Cycling Team) di tempat ke 35, M. Shahrul Mat Amin (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 37 dan Adiq Husaini Othman (Drapac Professional Cycling) tempat ke 40.

Pelumba Terbaik Asia Keseluruhan (Asian Rider Overall):
M. Saufi Mat Senan (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 13, Ng Yong Li (Le Tua Cycling Team) di tempat ke 15, M. Shahrul Mat Amin (Terengganu ProAsia Cycling Team) di tempat ke 16 dan Adiq Husaini Othman (Drapac Professional Cycling) tempat ke 19.

Raja Pecut (Points Competition):
Anuar Manan dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team menduduki tempat kedua dengan 101 mata.

Raja Bukit (King of Mountains):
Tiada pelumba malaysia di tiga tempat teratas.

Pasukan Terbaik Keseluruhan (Team General Classification):
Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke 8, Le Tua Cycling Team di tempat ke 16 dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke 21 dari 23 pasukan bertanding. Tahniah Terengganu!!

Pasukan Asia Terbaik Keseluruhan (Asian Team Overall):
Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat ke5, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke 8 dan Le Tua Cycling Team di tempat ke 10 dari 10 pasukan Asia.


tahniah buat pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team yang berjaya menduduki tempat ke 8 keseluruhan pada percubaan pertama mereka. diharap pasukan kebangsaan akan lebih berusaha pada edisi akan datang dan mencabar pasukan terengganu.

p/s: dengar citer tahun depan LTdL nak mula kat Terengganu, ye ke??
Post a Comment