Friday, March 20, 2009

Mihun Goreng Rino's Style

assalamualaikum.

malam nih aku betul2 bosan smpi tak tau nk buat ape. nk kuar malas and tak tau nak pi mana. nak ajak JMD TT pun mcm tak ramai yang available mlm nih. chatting pun xde mood sgt. bile terasa lapar mula la pk nk mkn ape. oleh kerana malas nak kuar, maka aku igt nak masak megi jer. hehehe. tiba2 sewaktu melintas di dapur, terpandang baki mihun yg aku tak grg lagi. ade setengah bungkus lagi. maka untuk mengisi masa aku yg agak kebosanan, aku pun grg lah mihun tu. dan ini yg aku nk kongsikan di sini. nama pun Rino's Style. so suka ati aku la nk masak mcm mana, kan?? takyah nk byk tanye or komplen2. baca jer. heheheh.

Bahan-bahannya:

[1] Mihun - terpulang la byk mana korang nak makan
[2] Cili mesin - boleh gak guna cili boh. terpulang la byk mana. lagi byk lg pedas.
[3] Kicap - secukup rasa
[4] Sos - sos cili boleh, sos tomato pun boleh. secukup rasa.
[5] Telur - oleh kerana aku takde bahan lain spt sayuran or ayam or udang, aku goreng ngan telur je la...
[6] gula(tiada dlm gmbr) - secukup rasa

Cara-caranya:
[1] panaskan 3 sudu besar minyak masak, pecahkan telur dan goreng hancur. kemudian ketepikan atau asingkan.
[2] panaskan lagi 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan cili mesin td sehingga naik bau. tambahkan sedikit air.
[3] masukkan kicap dan sos. tambahkan sedikit gula dan sedikit air jika perlu dan tunggu seketika sehingga berbau harum. :)
[4] *masukkan telur yg digoreng hancur tadi dan kacau hingga sebati.
[5] akhir sekali, masukkan mihun dan kacau sehingga kering. jika suka basah, jgn la kacau hingga kering. dah agak2 sebati tu padamkan lah api. hehehe.
*step 4 boleh jugak digantikan dgn bahan lain spt ayam, udang atau sayuran.

Hasilnya:



hehehe. boleh la untuk aku makan. tekak korang tak tau la. spt aku ckp, this is Rino's Style. so aku punya suka la nak masak mcm mana. hahahaha. jgn marah. hehehe.

Warning: You may try this recipe but try it at your own risk. heheheh.
Post a Comment