Wednesday, September 16, 2009

semoga selamat semuanya

assalamualaikum...

ermmm. smlm dah janji nak berbuke ngan cik lela. igtkan dah tak jadi dah sbb macam alasan dia. takut lambat la ape la. rancangan asal nk mkn bufet kat mana2 tp aku mls nk membazir sbb dia yg nak belanje. hehehe. so smlm kitorang redah je tgk mana2 ade restoran yg kosong. last2 Secret Recipe yg jadi pilihan. dia ajak, aku follow jer. hahaha. tak penah aku mkn secret recipe nih. org kata sedap tp aku tak penah plak rasa nk try. tp ok la gak makanan dia. ape tah nama menu aku mkn smlm. lupa dah. hehehe.

so, thanx ye sis. tahun depan giliran aku plak. pasal duit raya ko tu, ko dtg la beraya umah aku. klu ko nak la duit raya tu kan. klu tak nak, tak yah la datang. hahahaha.

kepada semua pembaca2 D.U.N.I.A.B.A.T.I.N.K.U, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. kalau ade tulisan2 atau gmbr2 atau ape sahaja di dalam blog ini yang mengguris hati dan perasaan sesiapa, aku mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

kepada yg mula bercuti, selamat bercuti diucapkan. semoga bertemu kembali dgn semangat lebih membara untuk bekerja. insya Allah.

kepada yang nak balik kampung, pandulah dgn berhati2. patuhi had laju. pakailah tali pinggang keledar. igt org tersayang. anda mampu mengubahnya. (pesanan utk aku jugak nih..) hehehe.

sekian, sehingga berjumpa lagi, insya Allah.

salam

Monday, September 14, 2009

Pics for the moment

Iftar with RIMM [5 September 2009]
*all pics are credited to Ryco and bro azim (ajim photogrpahy)

Solat Terawih @ Masjid Besi & 
Moreh @ Oldtown White Coffee 
[9 September 2009]
 
  
*all pics credited to Faizal Sky0ne

Masjid Selat [10 September 2009]

 
*all pics credited to Caching E-Juey

Friday, September 11, 2009

Masjid Besi Masjid Selat

assalamualaikum

hari rabu, 090909. 19 Ramadan 1430. solat terawih di masjid baru putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi. bersama rakan2 RIMM. smpi agak lewat. org dah start terawih. so solat isyak dulu solo pastu baru join terawih. buat 8 rakaat jer. masjid tu mmg buat aku kagum dgn senibina dan architecture dia. mana2 yg dekat tu pegi la solat kat sana.

lepas tu pi lepak kat oldtown white coffee kat bangi. moreh la kononnya. borak dan menyembang sampai la kul 12. klu esoknye tak keje, mau sampai ke sahur. hehehe.

hari khamis. 100909. 20 Ramadan 1430. anta kete pi tukar windscreen. pastu jd driver pi melaka sbb ade tugas di sana [drive kete jabatan-pajero IO]. merempit tak igt. 120kmj 130kmj 140 kmj 150 kmj. bile penumpang kat blkg dah bersuara dan dah pakai seatbelt, baru la aku kurangkan had kelajuan. heheheh. keje nye sekejap je. lebih kurang kul 11.30 dah settle. pastu pi la pusing2 jap. pi masjid selat. duduk bertafakur jap pastu terus balik. smpi kat ofis lebih kurang kul 2.30 kot. amik kete kat workshop pastu terus balik umah tdo sbb malas nk masuk opis dah. hehehe.

gmbr nnt aku susuli. tgh malas and takde mood nk upload gmbr.

salam.

Saturday, September 5, 2009

sibuk la sangat!!

assalamualaikum.

hari sabtu, 5 September 2009, 15 Ramadhan 1430H. hari ni tak sesibuk yang dijangka. pg td just pegi bayar duit moto and then terus ke Jusco Taman Equine. ada barang nak beli sket. hehehe. after that singgah office jap. saje nk melayan internet jap.  lepas kejadian kecurian laptop aku tempoh hari, aku dah terminate akaun streamyx aku. skrg nih klu online kat umah guna PC adik aku guna dial up je. paham2 je lah klu dial-up tu kan. huhuhu.

on the way balik umah, singgah di Pasaraya Bintang. beli barang dapur sket. stok lauk utk sahur pun dah abis kat umah tu. hehehe.  pastu beli gula gak 2 kilo buat menambah stok. (padahal dah ade 2 kilo kat umah tu). huhuhu.

smpi kat umah, takde ape nk buat. so aku betul kan lampu strobe kete aku yg dah mcm nk jatuh tu. pastu aku mencangkul rumput dan lalang di laman rumah yg sekangkang kera itu. mula2 je mencangkul. tak smpi 10 minit dah penat and bosan. so aku guna tangan jer. klu belajar Kemahiran Hidup Asas Pertanian dulu, proses tersebut dinamakan merumput. cuma selalunye, merumput dilakukan utk mencabut rumput2 di dalam pasu. tapi aku merumput di laman rumah. rumput rampai, lalang, pokok semalu, semuanya aku cabut pakai tgn jer (of course aku pakai glove, ok.) ade la dlm setengah jam kot baru siap. lps berehat jap mengeringkan peluh sblm mandi manda.

tepat jam 6. bertolak ke Dataran Putra, Putrajaya. tempat berkumpul (RV = Rendez Vous) sblm bertolak ke Mangiamo Cafe @ Taman Equestrian Putrajaya untuk Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan disertai 13 peserta dewasa dan 4 kanak2. bayaran utk dewasa RM 32 dan aku rasa berbaloi2 dgn segala makanan yg disediakan. dari berbuka sampai ke moreh. mesti la berbaloi. aku solat terawih pun kat mangiamo cafe tu je tadi. bagus betul sbb dia sediakan surau yg selesa utk jemaah lelaki dan wanita.

sepatutnya ade aktiviti melawat ke downtown dan sahur bersama. tapi ramai plak yg cancel last minit. so program kira kensel terus la.ermmm. itu je la kot. gmbr2 berbuka puasa tu nnt aku upkan. tunggu tuan2 punye kamera up kat facebook or forum dulu. hehehe. diorang pakai dslr. aku pakai kamera phone 2 megapixel jer. mana bleh challenge. huhuhu.

salam.

Pass out

Assalamualaikum

hari jumaat, 4 September 2009. berjanji dgn bbrp org kawan utk berjumpa dan melepak, atau istilah perancisnye ialah berTT, kat port biasa pada jam 10 malam (lepas terawih la tu).

menu buka puasa hari ini ialah nasik kerabu dan tepung pelita. lepas berbuka, aku terus menunaikan solat maghrib. kerana agak mengantuk, aku pun melelapkan mata sebentar di atas sejadah setelah selesai solat sementara menunggu masuknya waktu isyak. namun apabila aku tersedar, aku meluru ke luar bilik dan melihat jam di dinding. 

Ya Allah!!! dah pukul 2.30 pagi!!!! 

terus melihat telefon bimbit di atas meja. ade lima panggilan rindu (miss call) dari Sky0ne dan satu dari Fendi3z serta khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Sky0ne dan cikyah. 

apabila membaca SMS dari Sky0ne, aku terkejut. sahabat kami, Layzree eksiden lagi. aku terus membalas SMS Sky0ne(nak call takut dia dh tidur.). sebaik dia membalas SMS, aku terus call dan bertanyakan ape yg terjadi. sempat juga lah bercakap dengan encik Layzree sendiri.

alhamdulillah beliau tiada apa2. keretanye mengalami kerosakan pada cermin hadapan sahaja. namun ape yg lebih merisaukan adalah beliau melanggar seorang manusia. mangsa telah dimasukkan ke hospital dan khabar mengatakan mangsa mengalami patah pinggang. harapan semoga mangsa tidak seteruk yg didengar. semoga encik Layzree lebih tabah mengharungi hari2 mendatang. Sesungguhnya Allah menguji hamba2 Nya yang disayang.

hari sabtu, 5 september 2009. rasanye seharian jadual aku agak pack hari nih. termasuk lah Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009 di Putrajaya Equestrian Park ptg nnt. hmmmm. nnt aku blogkan kisah utk hari ini plak. insya Allah.

salam.

Thursday, September 3, 2009

meh la kalau berani!!! huhuhu

Tuesday, September 1, 2009

Rezeki oh rezeki

Assalamualaikum.
sabtu lepas aku balik kg. oleh sbb adik aku abis kelas lmbt, maka kami pun bertolak agak lewat gak la. masa tu aku tgk jam kat dashboard kete aku lebih kurang kul 3.45 kot. aku bajet smpt sampai rumah sblm berbuka. tapi jalan jem la plak. igtkan balik hari sabtu tak jem sgt. smpi kat ampangan (lepas senawang) dah pukul 5 lebih (jam dashboard). so, berenti solat asar and beli la air and mknn sbg bekalan berbuka. sbb mmg confirm tak smpt nye nk berbuke kat umah. jam kat dashboard dah pukul 7.15 tp hotfm still xpasang lagu2 nasyid atau tazkirah ke ape ke. aku tunggu smpi kul 7.19 pun takde lg. masa nih aku dah smpi kat area keratong. waktu berbuka ialah 7.16. so dgn yakinnya aku pun kejut adik aku yg tdo baik punya kat sebelah aku ckp kat dia dah masuk waktu. aku pun berbuke la dgn air twister oren dan 7 biji kurma. bile jam kat dashboard aku menunjukkan pukul 7.25, terdengar lah suara deejay hotfm ckp yg org2 kat semenanjung ade lg setengah jam sblm berbuka. aku terpinga2 kejap. pastu aku tgk jam tgn aku and jam kat handphone aku. baru pukul 6.55 petang!!!! huwaaaa. patut la cerah benderang lagi. huhuhuhu. aku tak jadi teguk air lg. adik aku terberenti mkn roti dia yang dah tinggal separuh. huhuhu. rupa2nye, jam dashboard aku tercepat stgh jam. maybe masa aku pi buat alignment sblm balik tu, budak tu bukak wayar bateri kete aku sbb lampu warning engine menyala. aku tak perasan plak ianya effect pada jam tu. adeh. hmmm. rezeki. bukannya sengaja nak berbuka awal. rezeki la tu kan? hihihi