Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Monday, March 19, 2012

my daughter is unwell

assalamualaikum.

dah seminggu dah anak aku demam and muntah2. last few days nih start cirit birit pulak. dah 3 kali pegi klinik and 2 kali pegi hospital.

semalam paling merisaukan aku. mula-mula pegi klinik swasta (Poliklinik An Nur Putrajaya). then dia nak refer ke hospital utk admission sbb tgk anak aku dah pucat sbb dehydrate. wife aku mintak refer ke Hospital Putrajaya. smpi ke hospital, triage suruh tunggu doktor tgk dulu. tunggu dalam 2 jam baru jumpa doktor. sempat laa anak aku muntah sekali lg. lps jumpa doktor, kene tunggu lagi sbb nak amik darah. lepas lebih kurang sejam baru dipanggil untuk amik darah. anak aku kene tahan kat observation ward untuk masuk air and minum air garam. wife aku teman kan dia. almost 2 jam jugak diorang duk dalam ward tu. then baru result darah keluar. syukur alhamdulillah doktor kata darah anak aku ok lg. paras air dalam badan pun masih ok. doktor ckp anak aku akan terus muntah and cirit birit tp just teruskan bagi ubat, makan dan minum macam biasa.

lega sket tapi still kesian kat dia sbb asyik muntah jer. kalau kita dewasa nih pun penat kalau dah 3-4 kali muntah, ini kan pulak baby. sabar jer lah.
rindukan wajah ceria ini

p/s: thanx to all friends and families whom pray for my daughter's wellness.

Tuesday, December 14, 2010

Update 1: Ayahanda

assalamualaikum.

dah lama tak update blog nih. masa tu ada tp kekadang tu malas. biasa la. kadang2 mood ok. kadang2 mood ke laut. hehehe. tp hari nih aku nak update la sikit mana2 yg patut. yg pertama, pasal ayahanda.

dalam post yg bertajuk Ayahanda Gering pada 25 November 2010, aku ada cerita pasal ayahanda yg jatuh sakit sekali lagi dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. alhamdulillah, syukur pada Allah sebab keadaan ayahanda semakin baik sepanjang di HTAA tu. ayahanda dah discharge dah pada 5 Disember lalu. masa tu aku dah ready nak balik Kajang dah. tp bile tau ayahanda dah boleh discharge, terus bawak ayahanda balik ke rumah di rompin.

malam sikit baru balik ke Kajang. memandu sejauh 400km dalam kurang dari 12 jam mmg meletihkan. tp terpaksa balik juga sbb adinda isteri xboleh nak cuti. dalam perjalanan Rompin-Kajang tu, 2 kali aku berenti tdo. tak pernah terjadi sblm nih. punye la penat. huhu.

skrg nih ayahanda ada kat rumah di kampung dijaga oleh bonda dan adik lelaki aku. ayahanda masih tak boleh bercakap dan lemah sblh badan. ayahanda masih minum susu melalui tiub yg dimasukkan melalui hidungnya. aku dan keluarga hanya mampu berusaha dan berdoa agar ayahanda akan bertambah baik dan pulih suatu hari nanti. selebihnya, terserah kepada Yang Maha Berkuasa.


p/s: redha dengan ketentuanNya.

Thursday, November 25, 2010

Ayahanda gering

assalamualaikum.

seminggu sebelum raya haji, bonda minta supaya ayahanda dibawa pulang ke kampung. untuk cuba berubat kampung dan ikhtiar lain. boleh jugak org2 kampung dan kawan2 ayahanda datang ziarah di rumah.

aku balik kampung pada hari jumaat. raya ketiga. aku tgk pernafasan ayahanda makin susah. turun naik dada dan bunyi dari paru2 pun makin kuat. aku rasa kahak byk ditekak ayahanda. bonda ckp baru sehari mcm tu. esoknya panggil MA di Klinik kesihatan utk dtg tgk keadaan ayahanda. dia suh bawak ke hospital. aku naik ambulan bersama ayahanda ke hospital. adik aku ikut naik kete.

Allah Maha Mengetahui. ambulan yg aku naik tu eksiden dalam perjalanan ke hospital. kuat jugak aku rasa hentaman tu. katanye langgar sebuah kereta yg nak masuk simpang. nasib baik tak terbalik. aku jatuh dari kerusi. ayahanda takde pape.

oleh sebab hospital rompin kurang kemudahan, ayahanda dirujuk ke kuantan. bonda naik ambulan bersama ayahanda. aku dan adik2 naik kereta. ayahanda dimasukkan ke wad kecemasan dan kemudian ke wad perubatan.

pernafasan ayahanda masih tak stabil hingga hari ini. buah pinggang dah ok sket. aku cuma mampu bersabar dan berdoa. begitu jugak dgn ahli keluarga yg lain. skrg nih keluarga aku tumpang umah makteh aku di Sg Lembing, Kuantan. aku plak terpaksa ulang alik putrajaya-kuantan skrg nih. cuti dah tinggal sket, so terpaksa la masuk keje. hmmmm. sabar je la.

p/s: speechless.

Penangan ketupat dakap

assalamualaikum.

aku tak penah tgk and tak penah makan ketupat dakap. isteri aku je selalu sebut2 kat kelantan ade ketupat dakap. bila smpi je kat kampung pada tghari sblm raya, tgk2 ade bende mcm lepat tp diikat berdua2. rupa2nya itu la ketupat dakap. aku rasalah satu. ok gak. aku makan la sepasang. sbb dah berdakap. hehehe.

ptg sket tu wife aku ajak minum petang. dia buat air teh. makan ketupat dakap. ade 4 set aku makan kot. 4 set = 8 ketul la. huhuhu. pastu makan malam plak pekene nasi dagang mak mentua aku masak. perghh. kenyang gilerr. esoknye pagi raya, bangun pagi sarapan kul 7 pagi makan nasi dagang lg. sblm pegi solat raya, ingatkan nak lelap jap. lps tu kepala aku dah start pening. badan dah panas. kepala makin berat. aku tak pegi solat raya pun. seharian aku terbaring dalam bilik jer. demam. badan panas. kepala pusing. arghhh. penangan ketupat dakap dan nasi dagang la nih kot. tak beraya jugak la aku. sian wife aku tak dapat gi raya jugak sbb menjaga suaminya yg kegeringan. huhuhu.

malam esoknya bakar sate ramai2 sbb daging korban byk sgt. meriah gak bakar sate dpn rumah ngan adik beradik dan anak2 sedara sblh wife aku. huhuhu.

p/s: klu nak tau mcm mana rupa ketupat dakap tu, sila lah google. hehehe.

Monday, November 1, 2010

Quick update: 5 minggu 5 hari

assalamualaikum.

baru pg td aku blog pasal wife aku kene masuk ward. tghari nih dapat tahu yg dia dah boleh kuar ward hari nih. maybe petang nnt. alhamdulillah. xde ape yg serius sgt. tp doktor pesan suh makan byk sket sbb baby nmpk tak cukup besar utk usianye skrg.

5 minggu 5 hari! itu usia baby kami hari nih. pagi td wife aku pegi scan sekali lagi and sekali lagi aku terlepas peluang nak tgk baby kami. hopefully next time dapat tgk sendiri. huhuhu.

p/s: syukur alhamdulillah.

Isteriku pulak masuk ward

assalamualaikum.

alhamdulillah, pada tanggal 19 Oktober lalu isteriku telah disahkan mengandung. happy giler kami masa tu. namun, sejak itu jugak isteriku selalu tak sihat. biasalah org mengandung. anak pertama pulak tu. setakat loya2 and rasa nak muntah tu org kata biasa la.

tp lama kelamaan aku makin risau tgk keadaan dia. apa yg dimakan semuanya keluar balik. dia cuma boleh minum air kosong je. bila bawak gi klinik, doktor ckp demam and sakit biasa je sbb mengandung. so doktor bagi ubat and vitamin je.

hari sabtu baru2 nih makin teruk plak. sakit kepala dia menjadi2. hari ahad pagi tu dia makan ubat pun muntah balik. so aku pujuk dia pegi hospital. kene masuk air sbb doktor kata dia dehidrasi. buat urine test and doktor ckp ade kuman. thats why dia kene tahan kat wad.

oleh kerana dia dimasukkan ke wad obstetrik, aku tak boleh tunggu. peraturan wad. so malam td 1st time la tdo berasingan sejak kawin. kesian isteriku. dah la sakit. kene tdo sorang plak tu. huhuhu.

harap2 tak lama la dia kat wad tu. nih baru dapat msg dari dia. doktor dah test urine lagi and urine dah ok. takde kuman dah. so boleh kurangkan masuk air and hopefully balik cpt. =)

p/s: waktu dalam emergency ward smlm, doktor dah scan baby kami. tp aku tak dpt tgk lg. huhuhu.

Friday, October 29, 2010

Ayahanda dah pulang

assalamualaikum.

hari rabu yang lalu ayahanda dah dibenarkan keluar dari hospital. skrg nih ayahanda tinggal di rumah aku di kajang. aku dan adik beradik yg lain bekerjasama menjaga ayahanda sbb dia masih belum boleh bergerak sendiri atau pun bercakap. masih lagi belum boleh makan. hanya minum susu yg dimasukkan melalui tiub setiap 3 jam. harga susu tu plak boleh tahan mahal nye. RM39.90 untuk 400gram dan RM74.50 untuk 900gram. tak tau la smpi bila kene bagi susu tu. susu tu pulak khas untuk pesakit diabetes. Nestle Nutren for Diabetics. 

masa discaj hari tu, doktor ada bagi ubat. bekalan ubat untuk 2 bulan. ada lebih kurang 7 jenis ubat dan 2 jenis suntikan insulin. setakat nih aku ngan adik lelaki aku yg bagi suntikan tu. dgn bekalan ubat byk mcm tu, mmg kene disiplinkan masa utk bagi ubat2 tu sbb tak nak keadaan ayahanda bertambah buruk. akan cuba sedaya upaya untuk pulihkan dan buat ayahanda rasa selesa.

p/s: tgh tunggu nak dapatkan tilam angin dan suction machine dgn bantuan dari hospital.

Friday, October 22, 2010

Ayahanda jatuh sakit

assalamualaikum.

dah lebih seminggu aku tak update blog nih. sbb busy. hari nih dah hari jumaat. dah nak masuk weekend dah pun. baru ada masa sket nak update. actually skrg nih aku kat hospital. temankan ayah aku yg kene admit kat sini since last saturday.

sabtu lepas, bonda call aku lebih kurang jam 0830. bonda cakap ayahanda jatuh. tp bonda nak bawak pegi klinik dulu. smpi kat klinik. doktor suruh bawak pegi hospital sbb katanye dah ada tanda2 nak kene stroke. bonda pun bawaklah ayahanda pegi hospital. Hospital Rompin nak refer kes ayahanda ke hospital Kuantan. tp aku tak bagi. aku suh bonda mintak doktor tu buat surat refer je. aku nak balik bawak ke Hospital Putrajaya.

aku gerak dari kajang lebih kurang jam 1030 dan smpi di kampung lebih kurang jam 1415. aku tgk tekanan darah ayahanda sgt tinggi. lps nurse bagi kebenaran utk balik, aku bawak ayahanda balik umah dulu utk berkemas. kami bertolak dari kampung lebih kurang jam 1630 dan smpi di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya lebih kurang jam 2030. terus buat scan otak dan kene admit ke wad.

bahagian kanan badan ayahanda sangat lemah. doktor kata ada darah beku di otak. tp itu kesan dari stroke pada 2008. tp tekanan darah sgt tinggi dan kencing kotor/berkuman. skrg ni ayahanda hanya minum susu yg dimasukkan melalui tiub je. mula2 dulu nurse yg bagi minum. then nurse ajar bonda. aku dan adik2 tgk jer. skrg nih semua dah boleh bagi sendiri susu tu kat ayahanda.

doktor ckp, once darah ayahanda dah stabil and kencing dia dah kurang kuman, ayahanda dah boleh balik umah. so, dia suruh prepare la apa2 yg patut kat rumah tu. dia suggest utk beli tilam angin. tilam nih boleh elakkan luka kat badan akibat terlalu lama berbaring. so skrg nih aku tgh survey2 tilam angin tu dan jugak kerusi roda utk ayahanda. kalau sape2 ada info, boleh la tlg kongsikan dgn aku yer.

kepada rakan2 dan sedara mara yang datang menziarah, terima kasih banyak2 ku ucapkan.

p/s: semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga. amin.

Wednesday, June 23, 2010

tips untuk hilangkan pening kepala

assalamualaikum.

tadi aku rasa sgt2 pening. tak tau apsal. maybe sbb tak cukup tdo atau pun angin. rasanye sbb angin la kot. asyik sendawa jer. igtkan sbb aku tak bfast hari ni tp aku lps mkn biskut pun still mcm tu gak. then member aku suggest suh mkn coklat tp takde coklat kat ofis nih. gula2 je ade. so dia suh mkn gula2 tu. dia kata asalkan ada bende manis dlm mulut. guess what? it really works. hilang rasa sakit kepala nih. tadi nk mengadap komputer pun takleh. skrg nih boleh menaip entri plak. huhuhu. it really works. im amazed. hehehe.
[image from google]

p/s: adakah aku sorg je baru tau pasal bende nih? huhuhu.

Tuesday, June 22, 2010

today's not my day

assalamualaikum.

hari nih sepatutnya aku ada appointment kat Klinik Orthopedik kat Hospital Putrajaya jam 9 pagi. so aku gerak dari rumah dalam kul 8 pagi. perjalanan biasanya tak smpi setengah jam pun nak pegi hospital tu. tapi pagi td tibe2 jem gile kat hiway SILK lepas tol sg ramal tu. adehh. tension tul aku. tak tau la jem pasal ape. nak kata ade eksiden, takde plak aku nmpk kesan2 eksiden masa aku lalu tu. takkan semata2 sebab hujan kot? aduiyai. lebih sejam gak baru la aku smpi kat hospital. pusing2 takde parking. kereta dah bersepah parking tepi2 jalan. bukan jalan dalam hospital tu. tp jalan besar kat luar tu. nak tak nak terpaksa la aku parking kat situ gak dan menapak ke hospital. siap cross heli pad lagi. huhuhu.

masuk2 dalam hospital tgk org ramai giler. aku beratur je la amik no giliran. tgk2 ade lebih kurang 100 lg sblm no aku. actually aku boleh je potong Q and mintak somebody register kan utk aku. sbb ade org dalam. tapi tak smpi hati plak nk buat mcm tu bile tgk org sgt ramai and ade pakcik makcik yg berdiri sbb tak cukup kerusi. so, aku decided utk balik je la. malas aku nk tunggu lama2. kalau rajin lain kali dtg buat appointment semula. klu tak, biar je laa. huhuhu.

p/s: singgah beli waffle kat cafe hospital buat breakfast. hehehe.

nyum2. tp fav aku ialah peanut butter and chocolate. hehehe.
[pic from uncle google]

Monday, June 21, 2010

Doa untuk ayah cik tunang

assalamualaikum.

tgh malam smlm, ayah kepada tunang aku dimasukkan ke hospital putrajaya kerana diabetes. pada masa yg sama dia mengadu sakit perut. tadi doktor sahkan dia disyaki mengidap appendiks atau ketumbuhan dalam perut. jadi, dia akan dibedah pada ptg ini jugak. ketika entri ini sedang ditulis, ayah tunang aku mungkin sedang bersedia untuk dibedah.

dipohon rakan2 dan sahabat2 sekalian mendoakan kesihatan beliau.

terima kasih.

p/s: ayah aku pun tak berape sihat di kampung. dugaan hari bapa. =(

Thursday, June 3, 2010

Batuk dan Madu

assalamualaikum.

batuk aku tak kurang2. makin teruk ada la. smpi sakit la kepala aku nih. dek kerana tak tahan sgt, aku pun pegi la klinik after office hour smlm. doktor bagi ubat antibiotik and ubat sakit kepala. dia tak bagi ubat batuk sbb aku ckp aku dah ada ubat batuk. pastu dia bagi MC sehari. dia suh aku rehat dulu. duduk dlm aircond lama2 tu bahaya gak dia kata.

maka hari ini aku sekadar berehat di rumah dgn harapan esok tiada lagi batuk. hehehe. harap2 laa. seksa la batuk2 smpi pening2 kepala nih. tension. nak buat keje pun tak senang.

ada saranan suh makan madu utk hilangkan batuk tu. ada gak try tapi tak kurang2 gak. hmmm. tak tau la. nak kene gi cari madu lebah asli kat dalam hutan sana kot. klu beli kat sini belum tentu dpt yg asli lagi. mesti dah campur air la gula la dan ntah pape lagi. nk dpt yg asli tu mmg payah dan aku pun tak tau mcm mana bau, rasa dan rupa madu lebah asli tu. huhuhu.

p/s: minum madu bagus dann baik untuk kesihatan. bermadu??? jgn kalau tak mampu. huhuhu

Wednesday, June 2, 2010

kurang sihat = kurang produktif

assalamualaikum

sejak dua menjak ni aku agak kurang sihat. dari last week lg. dah dapat MC 2 ari pun still tak sihat2 lagi. dah dekat seminggu dah. especially batuk2 nih laa. aku malas nak amik cuti walaupun cuti aku ade byk lg. malas nk amik sbb nk simpan cuti. hehehe. so pegi keje pun nk tak nak jer. buat keje sket2. rasa ngantuk and penat. penat sbb batuk. aduiyaii.

smlm pagi ada la jugak buat keje dari pagi smpi tghari. tp lps lunch aku dah tingtong dah. nagntuk gile. terus aku tdo. dekat sejam gak kot aku tdo kat tmpt aku tu. huhuhu. pastu sambung surfing and main game jer. hari nih tak tau lagi. so far pagi ni ok lagi. tak tau la lepas lunch jap lagi. harap2 produktiviti aku meningkat la sket. heheheh

p/s: ini bukan alasan org malas. ini alasan org sakit. simpati lah sket. huhuhu.

Monday, May 31, 2010

rindu blog

assalamualaikum.

hampir seminggu aku tak update blog. bukan sahaja sbb aku tak berape sihat, tapi juga sbb aku balik kampung. kat umah kau kat kampung tu takde line internet. bawak balik berukben pun tak guna. dapat setakat EDGE je. itu pun susah gile nak dapat connection. maxis ke celcom ke sama je. klu nak line 3G or HSDPA, kene kuar gi bandar. tak kuasa ah.

klu ikutkan, byk je benda nak diblogkan. tapi disebabkan limitation tu, malas ar praktikkan konsep taip dulu post kemudian. sbb nnt jadi entri basi. huhuhu. 

sbnrnye aku tak baper sihat sgt nih. batuk2 lagi. hari nih aku pakai penutup hidung dan mulut kat opis. nmpk teruk gak la kan. huhuhu. aku susah nak dapat penyakit 3 serangkai nih (demam, batuk, selsema). tapi kalau sekali dah kene mmg seksa laa. batuk yg paling lmbt nak baik. selalunye dekat 2 minggu baru hilang batuk tu. makan ubat ke tak mkn ubat ke sama je. kadang2 tu dah abis 2 botol Bena Expactorat pun tak hilang2 gak batuk aku. tak tau la nape. hmmm. 

aku igt malas dah nak gi keje tadi. tapi risau plak byk keje yg menanti kat opis. so aku gi jugak la. smpi2 opis tgk takde keje sgt pun. hahahha. tak dtg pun takpe. huhuhu. actually tengahari ni aku kene attend satu majlis kat Puspanitapuri, Putrajaya. tapi aku malas ar nk gi. guna alasan tak sihat nih mesti boss kesian kot. takpe la. majlis tu klu ade rezeki lagi nnt bleh pegi lagi. klu ade rezeki la. hehehe.

p/s: ada satu berita gembira. tapi next week kot baru bleh reveal. hehehe. tungguuuuu.


Wednesday, May 26, 2010

demam la pulak

assalamualaikum.

bbrp hari lepas aku ada ckp aku sakit tekak. malam tu jugak aku pegi check and doctor just ckp aku sakit tekak biasa tp ada tanda2 nak demam. esoknye (smlm laa) sakit tekak tu dah agak berkurangan tapi hidung aku plak yg tersumbat. ditambah ngan batuk2 lagi. suara pun dah garau mengalahkan rockers. maybe sbb pagi tu aku kene pegi wat site survey kat bangunan 6 tingkat yg lifnya belum siap. turun naik tangga tu buat aku makin sakit kot. huhuhu.

so, ptg tu aku mintak izin boss aku utk balik awal. mmg tak leh blah dah duk kat office tu. kul 4.30pm aku dah balik. then cik tunang datang umah bawak gi makan bubur ayam McD. huhuhu. tak nak mengalah kan? demam2 pun layan McD.

[ini la makanan org demam (fries tu bukan aku punye.heheh)]

pastu on the way balik, she insists to take me to the clinic. aku ingat nak pegi pagi nih. tapi bila dia dah insists, aku relakan je la. pegi Klinik Hidup Sihat kat Kajang. klu terdesak aku mmg selalu pegi klinik nih. murah sket dr klinik swasta lain and doktor dia pun baik. tak sanggup aku nak pi menunggu kat klinik kerajaan. confrim berjam2 nye lah tunggu. in the end, doktor bagi ubat pape yg patut and dia bagi aku MC 2 hari. aku igt nak mintak sehari jer. tp dah dia bagi 2 hari, aku terima dgn tangan terbuka laa. hehehe. thanx Dr Azhar.

so hari ni aku melepak kat umah je la. dapat berblog nih pun sbb tunang aku bg pinjam laptop dia. dia dah balik kg. harap2 tak melarat la demam aku nih. if u know wut i mean. huhuhu. esok aku pun nak balik kg ngan adik2 aku. cuti lama, so mesti la nak balik kg kan. bukan selalu dapat cuti lama mcm nih. hehehe.

p/s: aku menaip entri nih sambil menunggu bubur ku masak. lapar plak pagi2 nih. huuhuhu

Monday, May 24, 2010

Petua untuk hilangkan sakit tekak

assalamualaikum.

daripada smlm aku duk menderita (exaggerate sket) sakit tekak. rasa mcm makin teruk jer pagi nih. aku bangun pagi smpi terbatuk2. rasa mcm nk terkeluar isi perut. tapi tak terkeluar pun. smlm dah makan strepsils tapi mcm takde ape2 perubahan pun. so pagi nih rasa malas nk bercakap laa. aku nak puasa bercakap hari nih. hahahah. boleh ke? mcm tak termampu jer. tgk la mcm mana. tapi rasanye mmg gagal la kot. heheheh.

nak kene cari air asam jawa tghari nnt. pagi ni abiskan dulu strepsils tu. harap2 ada la perubahan. klu takde jugak nk wat camne. redha je la. tanda2 nak demam kot. hmmm. lemah betul la klu betul2 demam. aduiyai.

p/s: apa petua popular hilangkan sakit tekak? definitely bukan pegi karaoke, ok?? hahahah

Wednesday, May 12, 2010

paksu dah sihat

assalamualaikum.

ini adalah update pendek jer. baru dapat sms dari paksu aku. dia ckp dia dah bleh kuar/discharged. tapi mlm nih still kene gi HKL sbb nak tau result Haikal. harap2 takde ape2 la.

sekian, terima kasih.

p/s: patutkah aku ke stadium putra tgk malaysia vs denmark?? hmmm

Tuesday, May 11, 2010

Mei yang sakit

assalamualaikum.

dalam entri sblm nih aku ade ckp nak bawak maksu aku dan anak dia (Haikal) pegi HKL. memula aku igt nk masuk keje lambat sket. pagi2 dah msg boss ckp nk masuk lambat sbb nak gi HKL. then dalam kul 10 lebih tu adik aku yg laki (Amir) tu ckp mak aku suh aku bawak adik pompuan aku (Lea) gi klinik sbb dia nyaris2 nak pitam dalam tren smlm. so aku terus call PA boss ckp aku EL hari nih. rupa2nya, boss aku pun EL sbb gi melawat abg dia yg sakit. so, lepas settle kat HKL aku pun balik and mintak tolong cik tunang amik Lea and bawak gi lunch dulu. kebetulan aku sempat balik. so, kitorang gi lunch and then aku bawak Lea gi klinik.

doktor ckp kene buat brain CT scan kat hospital putrajaya. nasib baik klinik yg tolong buat appointment. so, 20/5 nnt kene gi hospital utk buat scan tu. lepas seminggu atau dua minggu baru tahu result. risau gak smpi nk kene scan otak nih. aku harap takde pape la. insya Allah.

sbnrnye Lea nih penah jatuh dulu. kepala dia terhantuk. tp kebelakangan nih kerap pulak dia sakit2 kepala and nk muntah. tu yg aku risau tu. tambah plak dia nih kurang sket nk bercakap. dia selalu bgtau mak aku then mak aku yg bgtau aku. pastu aku tanye baru dia jawab. dia igt aku tak risau kat dia kot. hmmmm. Lea...Lea...

oh ye, malam esok kene bawak maksu ngan Haikal ke HKL lagi. pagi tadi Haikal muntah2 dalam kete masa on the way nak gi hospital. pastu muntah lagi masa kat hospital. so diorang cek darah and ape lagi ntah.maksu ckp diorang suspect denggi berdarah. so esok kene datang tgk result mcm mana. kalau haikal pun kene admit, makin serabut la maksu tu. hmmm.

makteh plak tak tau la mcm mana cerita. harap2 penyakit dia tu tak teruk sgt. aku sgt risau dgn apa yg terjadi di sekeliling aku skrg nih. bulan Mei nih seolah2 mcm bulan penyakit untuk keluarga aku. hmmmm.

p/s: hari ni aku cuti siang hari tapi kene keje malam hari. huhuhu.


Hospital

assalamualaikum.


earlier last week my friend was admitted to hospital due to concussion. later, mak teh plak admitted to hospital kuantan. tapi dah discharged last weekend. 

semalam kat ofis dpt tau ayah ofismate aku kene admit and had to undergo a surgery. then later yesterday dpt lagi berita tak bape sedap. paksu plak kene admit kat HKL sbb kene denggi and mak teh kene admit semula sbb pengsan kali kedua di rumah. sepupu aku ckp low blood pressure. doktor dah masukkan darah pun mcm takde kesan. macam darh tu hilang begitu saja. esok baru doktor nak buat prosedur yg nk tgk guna kamera tu. (aku tak igt ape nama prosedur tu.)

early this morning, aku nak teman sepupu aku (Yana) bawak maksu gi HKL. nak buat check up anak dia sbb suspect denggi jugak. in fact, masa post ini di'publish', aku mungkin masih berada di HKL.

apa yg lebih merisaukan aku, adik2 aku yg dua org kat umah tu pun mcm tak baper nak sihat. hmmmm. musim penyakit mcm2 skrg nih. risau aku. especially bila berlaku kepada ahli keluarga sendiri.

aku harap semuanya baik2 belaka dan cpt sembuh dari apa jua penyakit dan masalah yg dihadapi. Amin.

p/s: semoga Allah terus memberikan nikmat kesihatan ini kepada aku dan org2 yg aku sayang. Amin.