Thursday, November 25, 2010

Penangan ketupat dakap

assalamualaikum.

aku tak penah tgk and tak penah makan ketupat dakap. isteri aku je selalu sebut2 kat kelantan ade ketupat dakap. bila smpi je kat kampung pada tghari sblm raya, tgk2 ade bende mcm lepat tp diikat berdua2. rupa2nya itu la ketupat dakap. aku rasalah satu. ok gak. aku makan la sepasang. sbb dah berdakap. hehehe.

ptg sket tu wife aku ajak minum petang. dia buat air teh. makan ketupat dakap. ade 4 set aku makan kot. 4 set = 8 ketul la. huhuhu. pastu makan malam plak pekene nasi dagang mak mentua aku masak. perghh. kenyang gilerr. esoknye pagi raya, bangun pagi sarapan kul 7 pagi makan nasi dagang lg. sblm pegi solat raya, ingatkan nak lelap jap. lps tu kepala aku dah start pening. badan dah panas. kepala makin berat. aku tak pegi solat raya pun. seharian aku terbaring dalam bilik jer. demam. badan panas. kepala pusing. arghhh. penangan ketupat dakap dan nasi dagang la nih kot. tak beraya jugak la aku. sian wife aku tak dapat gi raya jugak sbb menjaga suaminya yg kegeringan. huhuhu.

malam esoknya bakar sate ramai2 sbb daging korban byk sgt. meriah gak bakar sate dpn rumah ngan adik beradik dan anak2 sedara sblh wife aku. huhuhu.

p/s: klu nak tau mcm mana rupa ketupat dakap tu, sila lah google. hehehe.

No comments: