Tuesday, December 14, 2010

Update 1: Ayahanda

assalamualaikum.

dah lama tak update blog nih. masa tu ada tp kekadang tu malas. biasa la. kadang2 mood ok. kadang2 mood ke laut. hehehe. tp hari nih aku nak update la sikit mana2 yg patut. yg pertama, pasal ayahanda.

dalam post yg bertajuk Ayahanda Gering pada 25 November 2010, aku ada cerita pasal ayahanda yg jatuh sakit sekali lagi dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. alhamdulillah, syukur pada Allah sebab keadaan ayahanda semakin baik sepanjang di HTAA tu. ayahanda dah discharge dah pada 5 Disember lalu. masa tu aku dah ready nak balik Kajang dah. tp bile tau ayahanda dah boleh discharge, terus bawak ayahanda balik ke rumah di rompin.

malam sikit baru balik ke Kajang. memandu sejauh 400km dalam kurang dari 12 jam mmg meletihkan. tp terpaksa balik juga sbb adinda isteri xboleh nak cuti. dalam perjalanan Rompin-Kajang tu, 2 kali aku berenti tdo. tak pernah terjadi sblm nih. punye la penat. huhu.

skrg nih ayahanda ada kat rumah di kampung dijaga oleh bonda dan adik lelaki aku. ayahanda masih tak boleh bercakap dan lemah sblh badan. ayahanda masih minum susu melalui tiub yg dimasukkan melalui hidungnya. aku dan keluarga hanya mampu berusaha dan berdoa agar ayahanda akan bertambah baik dan pulih suatu hari nanti. selebihnya, terserah kepada Yang Maha Berkuasa.


p/s: redha dengan ketentuanNya.

No comments: