Showing posts with label anything. Show all posts
Showing posts with label anything. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Hampir ke akhir garisan 2012

assalamualaikum...

wooww. sungguh lama aku tak update blog ni. adakah aku semakin busy atau semakin malas? huhuhu. well, dua2 pun betul kot. tapi bila ada masa lapang tu kadang2 tak terpikir nak update blog plak. duk main game or tido jer. hahahaha.

hujung2 tahun nih ramai gak di kalangan kawan2 aku yang akan menamatkan zaman bujang masing2. syukur dah sampai seru untuk mereka. semoga mereka dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. amin.

adik aku sendiri akan bertunang pada pertengahan november ni. alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan untuknya dan keluarga aku. jauh gak nak pegi meminang tu. dari pahang ke penang. nasib baik ada rumah pak sedara aku kat kedah. kira mcm balik kampung jugak la. hehehe.

hmmm. cukup la kot. nnt aku cari masa update lagi. my next update migt be about my trip to London recently. insya Allah.

p/s: Asus Padfone vs Note II??

Thursday, February 17, 2011

Dunia dunia dunia . . .

assalamualaikum

inilah dunia. tak abis2 sibuk dengan dunia. harap2 tak lupa akhirat jugak. huhuhu. blog nih dah lama kesepian, ditinggalkan oleh pemiliknya yang kesibukan. sibuk dengan kerja dan keluarga. kalau pemiliknya tak keje, macam mana nak sara keluarga. kalau asyik curi tulang masa kerja dgn berblog saja, tak berkat rezeki diberi pada keluarga nanti. nak harapkan income dari blog? tak cukup nak sara keluarga. so, kene seimbangkan la antara kerja dan leisure. 

hmmm. itu lah alasan aku tidak mengupdate blog 2-3 minggu nih. sibuk amat. ni pun aku dtg opis awal2 sbb nak packing barang nak gi melaka. sementara tunggu yg lain dtg, aku mengarang la kejap. aku ke melaka smpi hari ahad nih. ada event sket kat sana. it is an open event. so, sape2 yang nak ke Melaka tu singgah2 la di MITC. event berlangsung pada Jumaat dan Sabtu. Acara utama hari Sabtu rasanye. PM and TPM dtg merasmi kot. aku rasa la. tak sure plak. hehehe. oh ye. eventnye ialah Hari Kesedaran Bencana 2011 dan UNISDR World Disaster Reduction Campaign. 
p/s: kalau ada kat sana, roger2 la aku. =)

Tuesday, July 20, 2010

Bahasa jiwa bangsa.

assalamualaikum.

betul la orang dulu2 kata, "Bahasa Jiwa Bangsa". bahasa menunjukkan bangsa dan asal usul. siapa yang nak junjung bahasa kita kalau bukan kita sendiri. tp kadang2 kita jugak perlu belajar bahasa orang lain supaya kita lebih mudah berkomunikasi dengan mereka. bukan kite saja makhluk di muka bumi ini. bukan bahasa kita je yang digunakan di bumi Allah ini.

huh. mukaddimah tu. sbnrnye aku nak citer pasal bende lain. kolumpo atau ringkasnye KL adalah tempat yg popular utk umat manusia dari segenap ceruk dan pelusuk malaysia nih datang dan bermastautin. samada menyambung pelajaran atau mencari rezeki utk diri dan keluarga. sbb tu kite boleh dgr mcm loghat kat KL nih. 

aku asal dari pahang. kat ofis aku nih ramai orang utara. bila jumpa diorang, aku pun guna la loghat utara. bila diorang tanye aku asal mana, diorang mcm tak caya aku org pahang. sbb aku ckp utara dgn agak fluent jugak la. mana taknya, dari kecik asyik duk balik raya kat kedah je. tu yang biasa tu. smpi skrg pun still selalu balik kedah. kampung mak aku. tp klu ckp bukan dgn org utara mmg jadi plastik la loghat aku. hahahah. 

p/s: lepas nih nak kene belajar bahasa kelantan plak la. huhuhuhu

Saturday, July 17, 2010

Entri xde keje



Assalamualaikum.

Entri xde keje ini dibawakan khas oleh Sony Ericsson Satio. Hehehe.

 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi.

Wednesday, June 16, 2010

Harga vs Cuaca

assalamualaikum.

pagi tadi dgr Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi. ceh. mcm promote lak. hehehe. yup. skrg mmg aku dah selalu dgr SuriaFM dah. kalau Halim takde jer baru aku tukar HotFM. tu pun jarang2 dah.

tp yg aku nk cite nih bukan pasal radio. aku nk cite pasal harga ayam. sbb aku dgr Halim ngan Zizi baca paper pg tadi. harga ayam naik sbb cuaca panas. kononnya harga ayam terpaksa dinaikkan sbb ayam susah nak membesar. kononnya ayam susah nak membesar sbb cuaca skrg makin panas. so, kalau diterjemahkan dalam istilah matematik, penyataannya akan jadi begini:

Harga ayam adalah berkadar langsung dgn suhu sesuatu tempat. Semakin tinggi suhu di tempat itu, semakin tinggilah harga ayam.

kepala lutut dia!! selama nih cuaca kat malaysia nih beriklim sejuk ke? ada salji ke? tak panas ke? mmg la cuaca skrg makin panas sbb global warming and whatsoever. tapi jgn la bagi alasan yg budak sekolah pun akan gelak semata2 nak kaut lebih untung. hmmmm. dunia dunia.

p/s: nak boikot ayam plak ke? huhuhu

Monday, May 31, 2010

rindu blog

assalamualaikum.

hampir seminggu aku tak update blog. bukan sahaja sbb aku tak berape sihat, tapi juga sbb aku balik kampung. kat umah kau kat kampung tu takde line internet. bawak balik berukben pun tak guna. dapat setakat EDGE je. itu pun susah gile nak dapat connection. maxis ke celcom ke sama je. klu nak line 3G or HSDPA, kene kuar gi bandar. tak kuasa ah.

klu ikutkan, byk je benda nak diblogkan. tapi disebabkan limitation tu, malas ar praktikkan konsep taip dulu post kemudian. sbb nnt jadi entri basi. huhuhu. 

sbnrnye aku tak baper sihat sgt nih. batuk2 lagi. hari nih aku pakai penutup hidung dan mulut kat opis. nmpk teruk gak la kan. huhuhu. aku susah nak dapat penyakit 3 serangkai nih (demam, batuk, selsema). tapi kalau sekali dah kene mmg seksa laa. batuk yg paling lmbt nak baik. selalunye dekat 2 minggu baru hilang batuk tu. makan ubat ke tak mkn ubat ke sama je. kadang2 tu dah abis 2 botol Bena Expactorat pun tak hilang2 gak batuk aku. tak tau la nape. hmmm. 

aku igt malas dah nak gi keje tadi. tapi risau plak byk keje yg menanti kat opis. so aku gi jugak la. smpi2 opis tgk takde keje sgt pun. hahahha. tak dtg pun takpe. huhuhu. actually tengahari ni aku kene attend satu majlis kat Puspanitapuri, Putrajaya. tapi aku malas ar nk gi. guna alasan tak sihat nih mesti boss kesian kot. takpe la. majlis tu klu ade rezeki lagi nnt bleh pegi lagi. klu ade rezeki la. hehehe.

p/s: ada satu berita gembira. tapi next week kot baru bleh reveal. hehehe. tungguuuuu.


Tuesday, May 18, 2010

The best thing about training

assalamualaikum.

mungkin ada org yg tak suka pergi kursus atau training. kenape diorang tak suka? maybe sbb jauh dari rumah. mungkin jugak dia tak minat dgn kursus tu tapi terpaksa gak pegi sbb diarahkan oleh boss dia. mungkin jugak sbb kene tanggung dulu semua perbelanjaan dan claim kemudian. mungkin jugak sbb takde geng yg berkursus bersama. mungkin gak tmpt kursus tu tak best, di tgh hutan misalnye. 

kalau yg suka tu mesti la atas sbb yg berlawanan dgn sbb yg aku bagi kat atas tu. tapi aku rasa ade satu sbb lagi yg org nk pegi dan enjoy training. aku rasa mungkin ramai yg setuju ngan aku dlm bab nih. hehehe. sbb ada makan free dan makan sedap2. setuju tak? klu tak setuju takpe. aku tak kisah pun.

makan free bukan sahaja sedap tp mampu menjimatkan poket sendiri. klu ada makan free, hari2 training pun takpe. hahahah.

p/s: menjimatkan poket tapi mengembangkan perut. =)

Monday, May 17, 2010

Orang Hebat Sentiasa Senyum

assalamualaikum.

hari nih dapat peluang lunch kat Pullman Putrajaya. ada orang belanja. kalau harap nak pegi sendiri mmg takde laa. RM 59 sorang. boleh buat makan seminggu tu. huhuhu. bukan nya kedekut, tapi berjimat cermat. kalau sekali sekala org belanja takpe. hehehe.

tgh duduk2 tunggu cukup korum tu aku ternampak kelibat yg macam dikenali. sekali tgk mcm yer. dua kali tgk mcm bukan. 3 kali tgk, confirm dia. Dato Dr Fadzillah Kamsah. kagum sbb dia sentiasa tersenyum jer. dia tegur je org2 yg ade kat situ. ada sekali dia lalu kat meja aku, aku tegur gak la. borak2 kejap pastu dia gi sambung mkn. hehehe. sentiasa tersenyum. kalau ade org pandang dia pun dia akan senyum dan tundukkan kepala. takde org pandang dia pun dia senyum je. bagus betul dia nih. hebat. sbb aku rasa bukan senang nak senyum sepanjang masa. sbb tu aku rasa dia hebat.

aku ade nampak Dato Shabery Chik gak. dia pun senyum gak tapi tu pun tak sengaja sbb dia igt aku angkat tgn kat dia kot. padahal aku nak sisir rambut aku. (sisir?? huhuhu). jgn marah Dato. bagus senyum tu. tanda mesra alam. hehehe.

p/s: kenyang gile mkn di hotel. kene puasa seminggu la lps nih. huhuhu.

Friday, May 7, 2010

Balik kampung

assalamualaikum.

dah lama rasanye tak balik kampung. dah sebulan lebih kot. kampung aku takde la jauh sgt. lebih kurang 300 km jer dari rumah nih. cuma last month ade hal yg menyebabkan aku tak leh nk balik. so aku anta la adik2 aku balik sbg wakil. hehehe. 300 km tu nmpk dekat tp terasa jauh sbb kene lalu jalan2 kampung dan felda. and most saman yg aku dpt mcm yg penah aku citer hari tu aku dpt kat jalan2 nih la. huhuhu.

hari aku cuti sbb aku igt nak balik kampung lps solat jumaat. tak boleh balik pagi sbb adik2 aku ade kelas smpi kul 11 and kul 12. tapi tiba2 smlm adik aku yg lelaki tu ckp dia abis kelas kul 6 plak. ade last minute schedule change. so, nak tak nak terpaksa lah aku tunggu. sepupu aku yg sorang tu pun nk tumpang gak. dia ada seminar kat kl smpi kul 5. so bleh la balik sekali ngan adik aku tu. maybe lps maghrib la kot baru kitorang bertolak.

cancel cuti?? no way!! hahaha. bukannye senang nak dpt cuti. so, sekali sekala dpt cuti and lepak kat umah pun ok what. dah la penat dua hari jadi buruh buat kerja2 berat kat ofis tu. dapat lepak2 sehari apa salahnya kan. cuti aku pun byk lg. hehehe. 

actually, kami adik beradik nk balik kampung sbb dah lama tak balik kampung ramai2. kebetulan plak ade hari keluarga Rukun Tetangga kat kampung tu. tu yg mak aku beria suh balik tu. dah lama tak kumpul ramai2 satu family lepas aku bertunang dulu. hehehe.

tapi smlm mak aku call. dia ckp mak sedara aku yg aku panggil makteh kene admit ke hospital kuantan. sakit ape aku tak pasti sbb mak aku tak bgtau pun. dia just ckp sakit mcm arwah nenek aku dulu. aku rasa aku tau sakit ape tapi tak berani nak ckp. so, esok nk pegi melawat dia. harap2 dia cepat sembuh dari apa sahaja penyakit yg dia ada. insya Allah.

p/s: duk umah basuh baju and tgk tv jer. heaven nye. huhuhu.

Thursday, May 6, 2010

mood vs idea

assalamualaikum.

ketika mood nak berblog ade, idea plak tiada. klu tgh takde mood tu rasa mcm2 je nak dicoretkan dalam blog nih. ni tgh semangat bukak blog and ready nak menaip, idea takde plak. sudahnya, ini jer lah yg aku taip. huhuhu. maybe gak sbb tgh busy kat ofis nih kemas2 barang sbb nak pindah ke tmpt baru yg lebih sempit. org dah halau, kita ikut jer la. kite nih mkn gaji jer. ape org suh buat kita buat. tp harus diingat, pekerja adalah aset organisasi. klu takde pekerja, mcm mana organisasi nak beroperasi. betul tak? hehehe

still xde idea nk berblog. so i leave you here. TQ.

p/s: takde p/s utk ari nih. huhuhu

Thursday, April 29, 2010

Gerabak Merah Jambu - Konfius Jantina

assalamualaikum.

smlm ada terdengar berita pasal pink coach nih. KTM dh start guna pink coach utk komuter laluan Sentul-Pelabuhan Kelang. masih dalam tempoh percubaan sbnrnya. gerabak warna merah jambu nih khas utk kaum wanita sahaja ye. so kepada yg lelaki tu jgn la jadi buta warna plak. tapi budak2 bawah 12 tahun boleh naik gerabak nih dgn mak/kakak/makcik/nenek diorang. hehehe. bukannya mandatori semua pompuan kene naik gerabak tu. optional jer. kemudahan khas utk wanita. klu tak nak naik pun takpe. naik la gerabak biasa yg tak warna pink tu. tiada paksaan.

pagi tadi dgr hotfm pasal topik gerabak merah jambu nih. ada sorang caller tu ckp dia konfius nak naik gerabak mana. aku mula2 pelik gak. kenapa dia konfius. bila aku dgr dia ckp tu baru aku tergelak. heheheh. nama dia Sherry Shalalala. siap mengadu lagi suh kesian kat org mcm dia. tak tau nak pilih naik gerabak khas utk pompuan atau gerabak biasa. pada aku la, dia nih membodohkan dan memalukan diri sendiri. aku rasa korang faham kot. dia ni samada lelaki lembut atau pun nyah. tapi aku rasa dia ni lelaki lembut sbb klu nyah, mesti dia masuk gerabak merah jambu tu jer. yg aku gelak tu sbb dia pegi call radio and mengadu masalah dia nih. masalah ke tu?? ntah la. kesian betul EnCik Sherry Shalalala nih. bukan sahaja tak tau nak naik gerabak mana tapi jugak tak tau jantina diri sendiri. kesian. kesian.

p/s: ada sorang pendengar lelaki hantar sms ckp dia penah kene raba ngan pompuan dalam tren. nasib baik dia tak bg detail tren dari mana ke mana, hari ape and pukul bape. klu tak, mesti penuh tren tu hari nih. huhuhu.

Wednesday, April 28, 2010

aku jadi jaga

assalamualaikum

jangan salah sangka yer. aku belum bertukar profesion lagi. masih lagi makan gaji tetap dengan kerajaan malaysia. cuma sekarang nih buat keje tak berbayar jadi jaga jap. jaga rumah mak sedara aku. awal bulan nih dia tiba2 bertukar keje ke sabah. tinggal la anak dia sorang2 kat umah. dia mintak aku tgk2 kan anak dia kat umah tu. so sblm nih aku tgk2 je la. kadang2 singgah. tapi sejak ahad lepas aku pegi hari2 umah dia. sbb sepupu aku nih kene pegi course kat luar daerah selama seminggu. dia mintak tolong aku tgk2 umah and start@warm-up kete kat umah tu. kadang2 aku singgah waktu pagi sblm pegi keje. kadang2 aku singgah masa balik dari keje. alang2 dah singgah tu aku lepak2 tgk tv dulu. hehehe. buat mcm umah sendiri. alaaa, bukan umah orang lain. umah mak sedara sendiri. lagi pun aku dah mintak izin sepupu aku nk tgk tv. eheheh.

masa nih la aku terimbau kenangan lalu. masa kecik2 dulu selalu ikut ayah aku pegi keje waktu malam. dulu ayah aku keje jaga. keje malam. so kadang2 dia bawak aku or adik aku gi pejabat dia. ronda2 kawasan pejabat. bukak lampu mana2 yg patut pastu amik log masa. tapi skrg ayah aku dah pencen. pencen awal sbb tak bape sihat. hmmmmm.

p/s: lokasi umah tidak didedahkan atas sbb2 keselamatan. hehehe

Thursday, April 22, 2010

Pelangi Khamis

assalamualaikum.

hari khamis nih melayan blues plak. rasa macam malas jer nak buat ape2. kalau duk lepak kat umah kan best. huhuhu. pagi tadi, nampak pelangi on the way gi keje. terdetik dalam hati, "Subhanallah, cantiknya!". aku rasa mcm dah lama gak tak nmpk pelangi. try nak snap pic tapi tak nmpk sgt plak. ye la. pakai camera phone jer. huhuhu.
nmpk ke? huhuhu (sila klik utk tumbesaran gmbr)

rindu pada pelangi ke? takde la. saje je. dulu masa kecik2 selalu excited tgk pelangi. mesti nak tunjuk and bgtau semua org. mak selalu ckp tak baik tunjuk pelangi. nanti tangan kudung. ye ke? kenape org tua2 selalu ckp mcm tu ek? masih menjadi persoalan bagiku.

mengejar pelangi?? takkan dapat. hahaha. aku dah penah try. masa tu kat tepi pantai. nampak pelangi berlapis and bersilang. Subnallah. Maha Suci Allah. mmg sgt cantik. boleh la kejar sbb kat tepi pantai je. tapi pelangi tu tak lari pun. hahahah. bila dah smpi dekat, pelangi tu hilang. bila pegi jauh, nampak semula. huhuhu. pelik kan? ntah pape.

p/s: teringat citer kartun care bears menggelungsur atas pelangi. huhuhu.


Wednesday, April 21, 2010

Rabu yang damai

assalamualaikum.

kalau selasa hari yang sengal, rabu pulak hari yang damai. kenape damai? sbb boss takde. hahahaha. smlm aku pegi PWTC. hari nih dia plak pegi bersama pegawai perempuan yang lain. dah la boss takde, pegawai lain pun takde. yang perempuan ikut boss pegi PWTC. yang lelaki lagi dua org pegi meeting kat melaka. aku tinggal sorang kat opis. betapa tak penting nya aku kat opis nih. huhuhu.

nak kuar bfast mcm dah lewat (waktu ketika entri nih ditaip ialah 10.15am). nnt nak kuar lunch lagi. so, tak yah la bfast. nnt waktu lunch kuar la awal and lama sket. heheheh. sgt best kan klu boss takde?? hahahaha.

tapi aku bukan selalu mcm nih tau. kadang2 kalau boss takde pun aku rajin buat keje. bergantung kepada ke'urgent'an sesuatu keje tu. kalau mcm skrg nih takde sgt keje yg urgent boleh la nak bermalas2. hehehhe.

p/s: jgn amalkan selalu. kita makan gaji tau. Peace No War.

Sunday, April 18, 2010

You Don't Always Get What You Want

assalamualaikum.

I watched Glee and attracted to one song they performed. "you don't always get what you want but if you try something you might get what you need". i think it is very true. we can't just get what we want, when we want. because if that happens, life will be much more easier. 

think about it. sometimes, what we want isn't what we need. we are humans. being greedy is one of our nature. don't deny it. its one of the thing that make us human. we always wanting more than we actually need. and it is quite impossible to get everything we want just because we want them. but we can get what we need if we try so hard to get it. after all, it is something we need. wanting and needing is two different things. needing is more important than wanting. getting something you need is more crucial than getting something you want. don't you think so??

p/s: klu rasa post ni berbelit2, abaikan je laa. it's just my humble thought. huhuhu.

Saturday, April 17, 2010

aku tak suka politik

assalamualaikum

aku tak suka politik. aku tak suka dgn ape yg aku tgk kat parlimen. bertekak mcm budak2. tak boleh berbincang elok2 ke? siap main gelar2 org la ape la. ntah pape. mcm tu ke perangai wakil rakyat?? org mcm tu ke rakyat pilih utk jadi wakil mereka dan memperjuangkan hak mereka? mcm org tak bertamadun.

aku tak suka politik. setiap kali tiba pilihan raya, mcm2 janji ditabur. pancing undi sana, pancing undi sini. mcm2 fitnah dilempar. org tu buat ini, org ni buat itu. kawan boleh jadi lawan. pasal nk tampal poster pun nak gaduh2 nak tumbuk2. duduk sekampung tapi bermusuh mcm la lps pilihanraya dah tak duduk sekampung lg. ntah ape2.

aku tak suka politik. sbb kadang2 org main politik nih kotor. gila kuasa. nak jadi wakil rakyat sbb ada agenda peribadi. nak tebalkan poket sendiri. nak kayakan suku sakat dan sedara mara. tapi mmg ada yg betul2 jadi wakil rakyat sbb dia betul2 nak jadi wakil rakyat. nak bela nasib rakyat. org mcm nih mmg tak ramai. lebih ramai yg tamak dan gila kuasa dari yg betul2 ikhlas nk jadi wakil rakyat.
aku tak suka politik. sbb tu aku tak daftar jadi pengundi lagi. aku tak nak undi sape2. huhuhu

p/s: tak leh ckp lebih2. nnt kene amik tindakan. hehehe

Wednesday, April 14, 2010

Bile boss takde...

assalamualaikum.

Bile boss takde kat opis?? satu. bile boss ade meeting, especially meeting kat luar. kalau meeting setengah hari jer, setengah hari lagi dia ada la. klu meeting the whole day, for sure dia tak masuk opis dah. kedua. bile boss kene pegi outstation. biasanye ade bengkel atau seminar atau mesyuarat berturut2. kadang2 amik masa dari 1 hingga 3 hari. mmg tak masuk opis terus la kan.  ketiga. bila boss cuti2 malaysia. kadang2 sekejap kadang2 lama. kalau cuti dalam malaysia kejap je kot. kalau keluar negara lama la sket. maklumlah boss. duit byk tak tau nak buat ape. mekah dah pegi. so pegi la tgk negara org lain plak. heheheh. dan keempat. bila boss cuti sakit. biasanye sehari jer. kadang2 dua hari. jarang2 lebih dua hari. kesian boss. penat sgt keje smpi sakit2. huhuhu.

bile boss takde, staff pun happy yuuhaaa. hehehe. staff akan rasa enjoy bekerja and buat sesuke hati kecuali kalau boss meninggalkan pesan utk hadir mesyuarat bagi pihak dia. itu mmg tak best la. ataupun boss tinggalkan keje yg byk and suruh kita bereskan sblm dia masuk keje. sgt tak best. tapi, kalau boss takde and tiada pesanan ditinggalkan, sgtlah heaven nye. huhuhuhu. kalau ikutkan hati, mau je pegi mengulor. tapi aku ni spesis pekerja yang baik.(masuk bakul angkat sendiri.) heheheh. aku tahu gaji aku dibayar ikut waktu bekerja. so aku duk la kat opis nih. lunch nnt kuar la awal sket, masuk lmbt sket. bukannya selalu boss takde. time boss takde la baru boleh enjoy bekerja. klu boss ade, rasa tak best jer. hehehe. kadang2 je la. ade gak time boss ade pun bleh enjoy buat keje. tgk mood laa. huhuhu.

p/s: apa yg dicoretkan adalah tidak dinasihatkan utk dilakukan. sendiri buat, sendiri tanggung aaa. heheheh.

Tuesday, April 13, 2010

Musim penyakit

assalamualaikum..

kebelakangan nih mcm2 penyakit muncul. yang paling famous skrg nih denggi la kot. so far aku takde lagi la kene demam denggi atau yang sewaktu dengan nya kecuali sakit lutut hari tu. yg tu lmbt sket la nak recover.

nak dijadikan citer, smlm aku terpaksa meng"EL"kan diri. bukan sbb aku sakit. tp sbb bawak adik2 aku pi klinik. pagi2 tu aku bawak yg tggl ngan aku tu dulu pi klinik. badan dia naik bintik2 warna merah. aku takut kene denggi gak. nasib baik doktor ckp alergi jer. lega sket. yang sorang lagi yg study kat uniten tu plak dah 4 hari selsema. dia tak bgtau aku pun. aku pegi jumpa dia hari ahad hari tu baru dia ckp. tu pun sbb aku tanya kenapa suara dia sengau. aku nak bawak terus gi klinik hari ahad tu dia tak nak. ada assignment lah ape lah. so aku bawak dia pegi klinik petang tu. memula bawak gi ED kat hospital putrajaya. tapi ramai sgt org. so terpaksa la bawak gi klinik jugak. pun ramai org gak tapi terpaksa la tunggu. memula kene amik darah. aku dah risau dah. pastu tunggu la giliran nak jumpa doktor. nasib baik doktor ckp infection biasa jer. darah pun normal jer. lega jugak rasanya.

aku pulak yg penat. mana tak penatnya. pagi tu aku pegi klinik kul 7.30pagi. kul 10 lebih settle and boleh balik. petang plak aku pegi klinik tu lebih kurang kul 6 petang. dekat pukul 8 mlm baru settle. letih betul menunggu. tapi nak wat camne. kesihatan perlu diutamakan. kesihatan adik2 aku la especially. kat sini aku la kene jaga diorang. mak jauh, ayah jauh. aku la mak ayah diorang kat sini. huhuhuhu

p/s: Kesihatan itu penting. Bila badan sihat, mcm2 bende boleh buat. jgn ambil mudah dengan kesihatan anda. Pesanan ini dibawakan oleh aku. hahahahah.

Wednesday, April 7, 2010

Peperiksaan SPA

assalamualaikum

bbrp orang rakan aku dapat panggilan utk Peperiksaan SPA hari sabtu nih. termasuk la cik tunang aku. so diorang ada la gak tanya2 apa yg perlu dibaca utk jawab exam tu nnt. dah la exam seharian. pagi smpi ke ptg. klu tanye aku, soalan2 dia senang jer. nak jawab tu yg susah sket. heheheh.

aku rasa antara perkara yang perlu dibaca adalah spt berikut:
  • matematik (sukatan SPM) mmg dinyatakan dalam surat panggilan
  • pasal sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
  • perlembagaan
  • dasar-dasar kerajaan (kalau dapat khatamkan buku Malaysia Kita lagi bagus)
  • isu-isu semasa
  • pengetahuan am
bab pengetahuan am tu mmg very subjektif. ada kawan aku cadangkan baca pengajian am sukatan SPM. tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. aku penah jumpa satu soalan dia tanya nama sebenara Al-Khwarizmi. huhuhu. tembak je la. so, rajin2 kan lah diri anda membaca. Membaca tu kan sumber ilmu. heheheh

p/s: gud luck pada semua especially to my beloved fiance. =)

Monday, April 5, 2010

popular ke??

assalamualaikum

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH) dah pun berakhir smlm. Bintang Paling Popular jadi milik Dato' Siti Nurhaliza Taruddin. satu kejutan bagi aku sbnrnya. aku bajet Nabil yang menang lagi. tapi Dato' CT plak yg menang. takpe lah. well deserved gak la. still popular rupanya dia. hehehe.

aku tgk live ABPBH sekejap je sbb lps tu ada tugasan luar sket. ape yg aku tgk (and dgr kat radio) rasanya ok la kot. biasa2 jer. persembahan pun boleh tahan la. paling best masa opening ngan closing. faizal tahir & bunkface open pastu wings black & jac tutup. best ar. sbb tu je yg smpt aku tgk pun. heheheh. One Nation Emcees ngan Dato' M Daud Kilau pun performance ok lah tp aku rasa over sket la. malas ar nak komen.

host plak dah ok dah. tapi aku rasa diorang over la sket masa sindir2 nabil tu. sket2 dah la. ni smpi berulang2 sindir dia. klu aku jadi nabil rasa malu ar gak. irma hasnie pun mesti terkena tempias dia. nasib baik la diorang nih professional and jenis tebal muka. klu tak, mau diorang balik jer masa tu. hahahaha.

tahniah la pada pemenang. yang tak menang cuba undi sendiri byk2 sket tahun depan. melabur la sket. dapat hadiah pun berbaloi2. hehehehe.

p/s: terharu dgn ucapan Aznil, nabil and Faizal Ismail yang mendedikasikan kemenangan mereka kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi.