Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Monday, May 24, 2010

Wanita dan Waktu Jumaat

assalamualaikum

entri ni tertangguh daripada hari jumaat lepas. kisahnya bermula di sebuah tempat bernama Taman Warisan. seperti biasa aku dan kawan2 berjanji utk melepak dan melantak makan tengahari sblm pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. 

kebiasaannya kami melepak kat Restoran Dapurmas tapi minggu lepas saja nak ubah selera. nak bawak ada sorang member nih merasa nasi ayam warisan. bila aku smpi kat taman warisan lebih kurang kul 12.30 tghari, terkejut aku tgk barisan yg panjang giler. dan 98% barisan tu dibarisi oleh wanita.

hmmm. oleh sbb itu, aku tak lunch pun hari tu. yg pompuan2 nih pun kuar awal2 buat ape? klu nk kuar awal pun, pi la shopping dulu. jalan2 kat alamanda ke pasar malam ke. bagi la yg puak2 laki2 nih makan dulu. tolak ansur la sket kan. kitorang nak pi solat jumaat. korang rehat lagi lama dari kitorang. bagi can laa. hmmmm.

itu je la aku nk citer. bukan nak kutuk. just menyuarakan pandangan aku yg kabur. hehehe.

p/s: malas nk amik gmbr hari tu sbb nnt nk kene censorkan mata korang semua. huhuhu.