Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, March 29, 2013

[REPOST] Dream job

assalamualaikum.

korang mesti ade dream job kan? some sort of cita2 or ape yg kita betul2 impikan. dari kecik, dream job aku asyik berubah. masa sekolah rendah aku nk jadi peguam. masuk sekolah menengah i was totally lost. aku tak tau nk jadi ape. smpi la form 5 bila ade seorang cikgu, Miss Annezuleedia binti Mohammad (sorry teacher if i misspelled your name) tanya aku nk jadi pilot tak?  then aku apply utk jadi pilot MAS. disebabkan xde ape2 jawapan dari MAS, aku masuk la UNITEN dulu. then aku dapat offer utk buat psychomoto test. tapi aku tak tau pun smpi la mak aku bgtau aku yg tarikh test tu dah lepas. sbbnye mak aku nak aku duk je kat uniten tu. mungkin gak sbb sblm tu bekas pengerusi mofaz air marah ayah aku sbb nak aku jadi pilot. alasan dia sbb aku pakai spek. huhuhu.

masa isi borang UPU and UNITEN, aku pilih IT sbb masa tu IT baru berkembang and aku rasa akan ada byk peluang keje dalam bidang tu pada masa depan. during 2nd year kat UNITEN, aku realize yg aku minat pada programming. so aku mula berangan/mimpi nak keje ngan NISER (skrg CyberSecurity Malaysia). i work my way for it sehinggalah aku dapat buat internship kat NISER. masa internship tu aku tak enjoy pun keje kat NISER. maybe sbb aku distracted kot. so, after graduate aku start nak cari keje sbg programmer and attend a few interview. ade yg offer keje tp aku tolak atas sbb2 tertentu.

nak dijadikan cerita, lecturer aku offer jadi research assistant for an engineering project in UNITEN. dia cakap projek tu cari sorang programmer untuk programkan chip. aku terima la. tp lepas 3 bulan aku berenti sbb aku goyang kaki jer. chip yang dikatakan tu tak sampai2 dari US.

lps tu aku terima offer keje sbg management trainee dari satu company kat Technology Park Malaysia. supervisor aku mat salleh from Sweden. enjoy gak keje kat situ. tp jodoh tak lama sbb aku TERPAKSA terima offer keje gomen and i has been a loyal government servant until now. heheheh.

syukur dengan apa yang ada, jujur dengan apa yang dirasa..

p/s: paling best keje 6 bulan dengan DKSH CSSC under the supervision of Mr. Sven Maushake. i wish i could go back there. hehehe.

Thursday, November 3, 2011

'Aisya Qaisara 4 Bulan

Assalamualaikum..

Dalam xsedar dah lebih 4 bulan rupanye usia anak aku ni..td bawak dia gi checkup kat klinik..so far perkembangan dia bagus..berat dia 7.1kg..BMI pun ok..nurse tu nasihatkan dr segi pemakanan je..jgn bg nestum lg..nnt baby sakit perut..jaga kebersihan dan mcm2 lg lah..this time xde injection..tp next month ade injection lg..hehehe 

sempat bergambar sblm klinik bukak
bulatnya mata dia.

p/s: mata dia cantik mcm mata aku, kan? Hehehe

Friday, April 29, 2011

Obesiti: Salah siapa?

assalamualaikum.

skrg nih tgh kecoh pasal obesiti di kalangan pelajar. ramai yg menuding jari kepada kantin sekolah dan penjaja di luar kawasan sekolah. sampaikan ada cadangan nak larang orang jual nasi lemak di kantin sekolah. WHAT THE FISH!! 

soalannya: budak2 sekolah duk kat sekolah tu berapa lama? 24 jam ke? berapa kali dia makan kat sekolah? 6 kali sehari? sekolah asrama mmg la ade kat skolah 24 jam sehari. tp dewan makan akan sediakan makanan yang lengkap. skrg nih mmg isu sekolah harian yang waktu belajar nye pagi hingga tghari dan waktu rehat cuma sekali. so, takkan nak salah kan kantin sekolah, ye tak?

cikgu kene ajar budak2 cara pemakanan yang sihat tp bukan setakat cikgu je. sbb cikgu tak bagi makan kat budak2. ibubapa yg bg makan kat anak2 dia. so, ibubapa kene amik tanggungjawab dalam mendisiplinkan pemakanan anak2. jgn la semuanya nak harapkan pada sekolah jer.

lagipun aku rasa budak2 skrg dah kurang aktiviti luar. maklumlah dunia dah makin maju. teknologi makin canggih. main bola guna jari jer. macam2 game bola ade. PC, laptop, playstation, XBox, PSP, Ipad dan macam2 lagi la. jari je yg bergerak. mcm mana nak sihat. 

kesimpulannya, obesiti boleh diatasi dengan pengamalan tabiat makan yang betul dan penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti sukan atau senaman.

sekian, terima kasih.

p/s: kesimpulan macam buat karangan PMR plak. hahaha.

Monday, April 11, 2011

Tips Beli Stroller

assalamualaikum.

memandangkan tak lama lagi aku akan terjebak dengan dunia kebapaan, maka aku nak buat la satu entri yang berkaitan dengan dunia kebapaan itu. tujuan aku buat entri ni sbnrnye untuk mengingatkan diri aku sendiri jugak. takut lupa nnt. sumber2 nye aku pun dah tak ingat dah aku dapat kat mana. aku search kat google pastu aku print. so, kalau ade tuan punye tips nak tuntut credit, please leave a comment. hehehe.

ada stroller yg sesuai untuk newborn hingga 3 atau 4 tahun tp tak semua stroller yg sesuai untuk newborn. so, tgk betul2 sblm buat keputusan nak beli stroller. jadi di sini adalah antara ciri2 untuk ditimbang sebelum beli stroller.

Ruang tidur baby
kalau boleh, beli stroller yang boleh adjust tempat duduk/tdo (backrest) tu. utk newborn baby, pastikan boleh recline backrest tu sehingga 90 degrees supaya baby boleh tdo.

Saiz/Berat
kegunaan stroller adalah untuk dibawa berjalan. so, kene la muat dalam bonet kete. pastikan saiz stroller setelah dilipat tu tak terlalu besar hingga penuh ruang bonet kete. nnt barang2 shopping nak letak mana? ambil kira jugak berat stroller tu sbb nak kene angkut selalu. hehehe

Basket
ada stroller yg ada basket kat bawah tu. ada yg besar, ada yg kecik. so, pilih la yg terbaik ikut keperluan anda.

Handle
pada aku, ini antara yg paling penting. kalau boleh, beli stroller yang handle dia boleh adjust untuk forward facing atau baby facing. nak baby tu mengadap kite atau mengadap depan. pilihan di tangan anda.

aku dah tgk banyak jenis stroller tp aku rasa yg satu nih menarik minat aku untuk membelinya nnt.
http://www.sweetcherry.com.my
Model: A516E 2 in 1 Rockie Stroller
Berat : 8.3 kg
  • Suitable from newborn to 4 years old
  • Easily convert to a CRADLE and/or ROCKER
  • Reversible handle for forward facing or baby facing positions.
  • 3 positions adjustable backrest for better comfort
  • Removable front tray with cup holder
  • Folding canopy with viewing window and sun visor
  • Big and easy access shopping basket
  • Easy and compact fold for easy storage
p/s: bila agaknya masa yg sesuai untuk beli stroller ek? heheh

Wednesday, June 23, 2010

tips untuk hilangkan pening kepala

assalamualaikum.

tadi aku rasa sgt2 pening. tak tau apsal. maybe sbb tak cukup tdo atau pun angin. rasanye sbb angin la kot. asyik sendawa jer. igtkan sbb aku tak bfast hari ni tp aku lps mkn biskut pun still mcm tu gak. then member aku suggest suh mkn coklat tp takde coklat kat ofis nih. gula2 je ade. so dia suh mkn gula2 tu. dia kata asalkan ada bende manis dlm mulut. guess what? it really works. hilang rasa sakit kepala nih. tadi nk mengadap komputer pun takleh. skrg nih boleh menaip entri plak. huhuhu. it really works. im amazed. hehehe.
[image from google]

p/s: adakah aku sorg je baru tau pasal bende nih? huhuhu.

Tuesday, May 4, 2010

insomnia melanda

assalamualaikum

sejak bbrp hari kebelakangan ni aku mcm dilanda insomnia. susah betul nak tdo. pusing kiri tak kene. pusing kanan tak kene. telentang tak kene. meniarap lagi la tak kene. pendek kata serba tak kena la. bila dah insomnia mcm nih susah la jugak. terkebil2 sampai kul 3-4 pagi. keesokan harinya nak keje mcm biasa. adeh. letih la camni.

org kata klu nak senang tdo, minum susu suam. tapi problemnye aku tak bleh minum susu. mmg daripada kecik lagi aku tak leh minum susu. tapi kopi susu, teh susu or milo aku bleh plak minum. aku igt lg dari kecik mmg aku tak minum susu. masa gonggong botol dulu pun aku minum milo. huhuhu.

ade org kata kene kosongkan fikiran sblm tdo. mcm mana nak kosongkan kalau kepala dah mmg kosong. aku rasa aku takde pk ape dah selain nak tdo. tapi still susah nak tdo.

ade org kata klu susah nk tdo, amik wudhu and solat dua rakaat. ini pesan org2 yg beriman. so, renung2kan dan selamat beramal.

actually byk lagi petua dan tips nak mengatasi masalah insomnia atau susah nak tdo nih. klu tanya pakcik google tu mesti byk nye lah dia bagi. tinggal kita nk buat atau tak jer. hhehehe.

p/s: aku pun tak buat petua2 tu. so, adakah aku sengaja membiarkan diriku diserang insomnia?? hmmmm

Sunday, April 18, 2010

You Don't Always Get What You Want

assalamualaikum.

I watched Glee and attracted to one song they performed. "you don't always get what you want but if you try something you might get what you need". i think it is very true. we can't just get what we want, when we want. because if that happens, life will be much more easier. 

think about it. sometimes, what we want isn't what we need. we are humans. being greedy is one of our nature. don't deny it. its one of the thing that make us human. we always wanting more than we actually need. and it is quite impossible to get everything we want just because we want them. but we can get what we need if we try so hard to get it. after all, it is something we need. wanting and needing is two different things. needing is more important than wanting. getting something you need is more crucial than getting something you want. don't you think so??

p/s: klu rasa post ni berbelit2, abaikan je laa. it's just my humble thought. huhuhu.

Friday, April 16, 2010

aku tukar URL blog aku

assalamualaikum

takde keje balik dari ofis tadi saja gatal2 tgn register free domain kat www.co.cc. aku register www.nirelwof.co.cc. memule igt nk register www.rino.co.cc tapi kene bayar plak USD$3. bukan berkira tapi malas nk buat payment guna credit card. akaun paypal xde plak. so cari la yg free jer. lepas register, terus cari tutorial mcm mana nak ubah url blogspot kepada url yg aku dah register tu. nasib baik kat website co.cc tu dah ade tutorial dia. dgn mengikuti arahan yg diberikan, saya berjaya. hehehehe.


p/s: klu aku terasa nak tukar nama lagi nnt aku tukar je, bleh? huhuhu

Wednesday, April 14, 2010

Formspring.me - Edisi Bosan Kat Opis

assalamualaikum.

maklumlah hari nih boss takde. mood nak buat keje pun takde. sudahnye, aku duk menggodek2 blog. tp nak buat entri baru takde idea plak. so aku jalan2 sana sini tgk blog org. byk gak blog yg aku lalu tu ade letak bende alah Formspring.me nih. aku pun tanye la pakcik google. pastu aku pun bukak la akaun dgn Formspring.me nih. boleh connect ngan akaun facebook gak. tapi aku tak abih explore lg. terus letak kat kat blog. so kalau ada sesape nak tanye aku pasal ape2 jer, boleh ar tanye kat situ. kat kotak putih sebelah tu. yg ada tajuk "Please ask me anything" tu. siap ade 'please' tu. mmg aku nak sgt la korang tanya aku soalan. tak kira la pasal ape. heheheh. kalau aku boleh jawab, aku jawab. kalau aku tak bleh jawab, im sorry la. huhuhu. 

cara2nya. korang taip la soalan dalam kotak yg disediakan. sori la form tu kecik sgt. tgh cuba bak adjust lg. pastu kalau korang ade akaun formspring.me, tick pada Include your user info. kalau xde, tick jer ask anonymously. pastu send. nnt aku jawab la. klu korang nak tahu jawapan aku, pegi kat sini.

ok?? kalau ade otai yg ada pengalaman guna formspring.me nih sila kongsi ye. saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

p/s: ape lg nak letak kat blog nih ek?? huhuhu

Bile boss takde...

assalamualaikum.

Bile boss takde kat opis?? satu. bile boss ade meeting, especially meeting kat luar. kalau meeting setengah hari jer, setengah hari lagi dia ada la. klu meeting the whole day, for sure dia tak masuk opis dah. kedua. bile boss kene pegi outstation. biasanye ade bengkel atau seminar atau mesyuarat berturut2. kadang2 amik masa dari 1 hingga 3 hari. mmg tak masuk opis terus la kan.  ketiga. bila boss cuti2 malaysia. kadang2 sekejap kadang2 lama. kalau cuti dalam malaysia kejap je kot. kalau keluar negara lama la sket. maklumlah boss. duit byk tak tau nak buat ape. mekah dah pegi. so pegi la tgk negara org lain plak. heheheh. dan keempat. bila boss cuti sakit. biasanye sehari jer. kadang2 dua hari. jarang2 lebih dua hari. kesian boss. penat sgt keje smpi sakit2. huhuhu.

bile boss takde, staff pun happy yuuhaaa. hehehe. staff akan rasa enjoy bekerja and buat sesuke hati kecuali kalau boss meninggalkan pesan utk hadir mesyuarat bagi pihak dia. itu mmg tak best la. ataupun boss tinggalkan keje yg byk and suruh kita bereskan sblm dia masuk keje. sgt tak best. tapi, kalau boss takde and tiada pesanan ditinggalkan, sgtlah heaven nye. huhuhuhu. kalau ikutkan hati, mau je pegi mengulor. tapi aku ni spesis pekerja yang baik.(masuk bakul angkat sendiri.) heheheh. aku tahu gaji aku dibayar ikut waktu bekerja. so aku duk la kat opis nih. lunch nnt kuar la awal sket, masuk lmbt sket. bukannya selalu boss takde. time boss takde la baru boleh enjoy bekerja. klu boss ade, rasa tak best jer. hehehe. kadang2 je la. ade gak time boss ade pun bleh enjoy buat keje. tgk mood laa. huhuhu.

p/s: apa yg dicoretkan adalah tidak dinasihatkan utk dilakukan. sendiri buat, sendiri tanggung aaa. heheheh.

Sunday, April 11, 2010

PREPARATION is IMPORTANT!!

assalamualaikum

seperti aku citer dlm entry yg lepas, cik tunang kene pegi exam SPA pada hari Sabtu yg baru lalu. exam bermula jam 9.00 pagi. tapi calon2 kene berada di dewan peperiksaan setengah jam lebih awal. jadi, cik tunang pun berjanji lah dgn kawan dia utk jumpa kat dewan tu pada jam 8.00 pagi. masalahnya, cik tunang tak tau mcm mana nak pegi ke situ. so, sehari sblm exam, aku pun bawak la cik tunang pegi meninjau lokasi dewan peperiksaan tu supaya tak sesat pada keesokan harinya. tanya2 jugak lah pada pak guard tu mcm mana flow utk hari esok. bukannya ape, untuk persediaan awal. mana la tau ada apa2 peraturan yang tak tertulis kat surat panggilan tu yg perlu dipatuhi kan? hehehe

FYI, cik tunang tinggal kat AMPANG. lokasi exam adalah di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). so, dia bangun kul 5.30pagi then gi amik aku kat umah aku dlm kul 7.00pagi. pastu kitorang breakfast dulu sblm terus bertolak ke MAEPS dan tiba di sana lebih kurang jam 8.00 pagi. keadaan agak sesak la jugak tapi ok lagi la. lepas anta cik tunang, aku balik la. kul 4.30ptg baru gi amik dia.

rupa2nya, ada sorg lagi kawan dia tak pegi pun exam tu. sbb jalan sgt jem. kawan dia yg sorang lg pun smpi lmbt. dan aku dgr mmg ramai yg patah balik sbb jalan sgt sesak nak masuk ke MAEPS tu.

hmmm. pada aku la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. dah tau nak kene ada sana kul 8.30pagi, takkan kul 8 baru nak gerak dari rumah kan?? apa salahnya korbankan masa sket utk smpi awal? bukannya nak pegi main2. nak pegi amik exam utk dapatkan keje. bila org bagi peluang, jgn la sia2kan. kesian pada org lain yg nakkan peluang tu tapi tak dapat kerana kuota dah mencukupi. tapi kita yg dapat peluang nih boleh plak mensia-siakan peluang yg ada. seolah2 tidak bersyukur dengan apa yg kita dpt.

aku bukan nak kutuk or nak perli. just pandangan tulus ikhlas dari aku. mana yg korang rasa betul, korang pikir2 kan lah. klu korang rasa aku salah, korang boleh tegur aku atau abaikan saja. =)

p/s: aku tak suka buat org tunggu aku. klu aku lmbt, aku bgtau awal2. =)

Wednesday, April 7, 2010

Peperiksaan SPA

assalamualaikum

bbrp orang rakan aku dapat panggilan utk Peperiksaan SPA hari sabtu nih. termasuk la cik tunang aku. so diorang ada la gak tanya2 apa yg perlu dibaca utk jawab exam tu nnt. dah la exam seharian. pagi smpi ke ptg. klu tanye aku, soalan2 dia senang jer. nak jawab tu yg susah sket. heheheh.

aku rasa antara perkara yang perlu dibaca adalah spt berikut:
  • matematik (sukatan SPM) mmg dinyatakan dalam surat panggilan
  • pasal sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
  • perlembagaan
  • dasar-dasar kerajaan (kalau dapat khatamkan buku Malaysia Kita lagi bagus)
  • isu-isu semasa
  • pengetahuan am
bab pengetahuan am tu mmg very subjektif. ada kawan aku cadangkan baca pengajian am sukatan SPM. tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. aku penah jumpa satu soalan dia tanya nama sebenara Al-Khwarizmi. huhuhu. tembak je la. so, rajin2 kan lah diri anda membaca. Membaca tu kan sumber ilmu. heheheh

p/s: gud luck pada semua especially to my beloved fiance. =)