Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Giler Durian @ Jelebu

assalamualaikum.

pada hari semalam, iaitu hari ahad, aku dan bbrp rakan telah dijemput untuk ke Jelebu bagi satu acara tahunan yang dianjurkan seorang sahabat kami. heheheh. mukaddimah je nih.

sbnrnye smlm kitorang ke rumah IjamCC, member dari WiSECommunity. dia ajak gi umah dia makan durian. yg join dari putrajaya 4 orang JMD. hehehe. kitorang gi sebijik kete je. Honda Civic En. Layzree jadi Official Car. hehehe. aku, Faizal Sky0ne dan RyCO jadi passenger je la. total tetamu smlm ada la 8-10 orang.

memula kumpul kat Stadium Paroi. pastu baru bertolak ke Jelebu. perjalanan mcm nak panjat genting gak la. dah la masih hujan renyai2 selepas hujan lebat. kabus tebal gak la. dekat 40 minit gak perjalanan rasanye. tp berbaloi baloi. ntah berapa puluh bijik durian kitorang kekah pun tak tau la. tak terkira. siap tapau bawak balik lagi. pegi cari yang baru gugur nak bawak balik. habis kete bau durian. hahahaha.

pemandangan dari balkoni rumah tuan rumah. huhu.

hasil yang pertama. masam. tp ini baru permulaan. heheh.

inilah tinggalan setelah selamat semuanye dikekah. tak sempat nak snap masa tgh makan sbb tgn kotor. huhuhu. yg lebih2 tu ade la yg bawak balik. hehehe.

ini adalah desserts. huhuhu. bubur kacang + durian.

terima kasih pada tuan rumah dan tuan tanah. bertolak balik dari jelebu kira2 jam 7 malam. semuanye kekenyangan dan terlelap dalam kete kecuali driver. huhuhu. smpi kat area Putrajaya lebih kurang jam 9 malam. penat giler tapi puas hati, dah lama aku tak makan durian sebanyak itu.

p/s: mungkinkah ada yang MC atau EL hari nih?? huhuhu

Saturday, July 17, 2010

Karok kembali

Assalamualaikum.



try mobile blogging.hehehe. Malam ni melayan karok kat the mines. Cik tunang ajak join ngan ofismate dia. byk kali dah di ajak join tp aku xpenah nye nak ikut. ye la, aku ni kan pemalu orgnye. sedar diri plak suara xsedap. Hahaha. Aku bg syarat klu nk aku ikut aku xnk nyanyi. Huhuhu.

Aku bg alasan sakit tekak pada hal tekak aku ok je. Hahaha. Last2 member2 dia paksa kitorg duet lagu my heart ngan doa utk kekasih. Terpaksa la nyanyi jugak sbb ade permintaan. Lepas nyanyi tu br betul2 sakit tekak. Dah la perut tgh lapar ni. Huhuhu. ape2 pun aku enjoy mlm ni.



p/s: bile nak karok ngan jmd plak ek?



Wednesday, June 23, 2010

World Cup @ McD

assalamualaikum.

dulu masa zaman belajar selalu lepak kedai mamak layan bola. kadang2 tu game kul 3.30 pagi pun sanggup bangun and merempit gi kedai mamak. maklumla kat umah takde astro. hehehe.

tapi tu dulu. dah lama dah aku tak lepak ngan member tgk bola kat luar. hari nih tiba2 plak tergerak hati nak mengsms kawan2 ajak lepak. bukan kat kedai mamak tapi kat McDonald Taman Equinne. hehehe. thanx to Sky0ne, Layzree and fendi3z yang sudi menjoinkan diri melepak melayan bola bersama aku. walaupun sambil melepak sambil meracun GPS Garmin dan disulami aduan kisah cinta terlarang, teringat gak aku kat kenangan dulu2 melepak ngan housemate seperti fiqin, hairaul, nabil, fahmi, epon and faizal silat. aku rasa diorang tak baca pun blog aku nih tapi saje je nak mention nama diorang. hahahah. semoga berjumpa lagi di perlawanan akan datang. insya Allah. heheheh.

sbnrnye, ini tujuan aku lepak kat mcd:
Coke Contour Glass [pic from uncle google]

aku nak kumpul gelas2 tu. tadi aku dapat yg sama mcm last week sbb dia akan kuar design baru setiap hari khamis. nasib baik encik Layzree sudi menukarkannya dgn aku. so skrg nih aku dah ade 3. warna pink, hijau and purple. 2 yg pertama je aku tak smpt kumpul. tgk kat mcd td pun dah sold out. huhuhu.

p/s: gmbr kami melepak boleh tgk kat blog Faizal Sky0ne.

Monday, June 7, 2010

Majlis Nikah Marvellous aka Mizie

assalamualaikum

hari sabtu malam ahad yang lalu, member aku menikah kat Masjid Nurul Ehsan Taman Medan. aku pegi ngan kawan2 aku. geng2 JMD. tapi kitorang buat sedikit kelainan la. hehehe. kitorang pakat2 pakai jubah. aku tak perasan plak idea sape. idea Faizal Sky0ne kot. hahaha. aku takde stok jubah so aku pegi la cari jubah yg murah2 kat Kompleks PKNS bangi tu. so mlm tu kitorang naik satu kete. aku, Layzree, Faizal Sky0ne and Fendi3z. dah macam org tabligh dah,

majlis akad lepas isyak. kitorang smpi sana maghrib. solat maghrib dan isyak kat masjid tu. alhamdulillah semuanya selesai dgn baik. lps majlis akad kat masjid, kitorang gi makan kat umah pengantin. ada jamuan. on the way balik plak, singgah minum kat The Bikerz Planet kat seri kembangan. dah macam pak arab dah pakai jubah lepak kat kedai makan. hahaha.

gambar2 di bawah dicilok dari FB encik Faizal Sky0ne.

ni tgh prektis akad nih. akad ape aku pun tak tau. ada yg kata mcm akad nk byr fitrah. yg kata mcm muallaf nak masuk islam pun ada. huhuhu.

dgr kuliah maghrib sementara tunggu pengantin smpi.

bergambar dgn pengantin sblm solat isyak dan majlis akad.

 
tahniah my friend!!


p/s: tak sempat nk pegi kenduri keesokan harinye sbb kete adik aku buat hal. Selamat Pengantin Baru buat Mizie dan Lia.

Thursday, June 3, 2010

Lepak Larut Malam

assalamualaikum.

zaman dolu2, terutamanya dalam lingkungan satu tahun yg lalu, aku rajin lepak dgn kawan2 aku. selalunya kitorang lepak kat Foodcourt Presint 9 Putrajaya. mmg jadi port kitorang la. tiap2 minggu lepak kat situ dari kul 9 malam smpi lebam. maksudnya smpi masing2 dah tak larat nak lepak laa. hehehe. kadang2 tu smpi 2-3 kali seminggu. mmg happening.

tp itu dolu2. sejak dua menjak, especially for the 6 months, kitorang dah jarang dah melepak. mcm2 berlaku. ada yg busy dgn life masing2. ada yg busy dgn keje dan mcm2 lagi la. nak melepak sebulan sekali pun payah. klu ada pun yg available just 2-3 orang jer. tak best kan? huhuhu.

thats life. kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah. kadang2 penuh, kadang2 kosong. kadang2 jatuh, kadang2 bangun. begitu lah kan? klu hidup asyik kat atas pun bosan gak kan? nnt tak tau plak ape yg jadi kat bawah. so, kelainan dalam hidup tu la yg buat kan hidup ini lebih bermakna.

malam semalam aku ajak kawan2 aku nih melepak kat port biasa tu. nak bincang pasal nak pegi kenduri sorang member kitorang weekend nih. mula2 ramai gak kata nak dtg dgn jawapan "insya Allah". tp last2 minit ramai yg kensel sbb ade urusan lain. tp still dpt kumpul 5 orang. kire ok lah. dah lama tak lepak situ. makan, minum, borak2. mmg layan la smpi tak sedar masa berlalu. aku tgk2 jam dah pukul 1 pagi. huhuhu. giler arrhh. so kitorang balik hampir2 kul 1.30 pagi kot. itu lah kawan2 dunia akhirat. kasih mmg satu, kawan biar beribu. susah senang ada kawan2 bersama kongsi suka dan duka buat hidup ini lebih bermakna. JMD!

p/s: nasib baik aku MC hari nih. huhuhu

Monday, May 17, 2010

Robin Hood nearly let me down

assalamualaikum.

yup. he nearly let me down. well, maybe it's my fault coz i didn't take the effort to read the synopsis before going to watch the movie. i only made my mind becoz of the title, Robin Hood and Russell Crowe. don't get me wrong. he is a very good actor. he got his own charisma. maybe another oscar winning performance from him.

ok, back to the point now. i was expecting a movie about Robin Hood the thief, the outlaw. but what i saw was far from that. Robin Longstride (so its real name) is an army of England. going for a battle that took 10 years before he could return home. back home, live as another person and try to find his root. then he lead his country against a French invasion and hailed as the hero who lead his country to victory. in an era where King (of England) declared that he is elected as King by God, he certainly can't tolerate Robin's achievement and so declared Robin Hood as an outlaw, out of jealousy. and so the legend begins.

[as usual, pic's credit goes to uncle Google]

yup. it is actually a movie about how Robin Hood became an outlaw, living in the woods with friends and loved ones. i only understand it when its nearly the end. huhuhu. a friend of mine said that all the characters in the movie were the same as in the cartoon version. i can't recall the characters from the cartoon as i barely watch it since i was a kid.

for those who hate a heavy movie, don't watch this. i saw a couple surrender and leave the cinema in the middle of the show. if u just go to cinema to laugh or enjoy your weekend, Bounty Hunter would be a better choice. heheheh.

p/s: pegi tgk ngan member2 JMD. dah lama tak tgk wayang sama2. bile nak karaoke plak weh? hehehe

Tuesday, May 11, 2010

Hospital

assalamualaikum.


earlier last week my friend was admitted to hospital due to concussion. later, mak teh plak admitted to hospital kuantan. tapi dah discharged last weekend. 

semalam kat ofis dpt tau ayah ofismate aku kene admit and had to undergo a surgery. then later yesterday dpt lagi berita tak bape sedap. paksu plak kene admit kat HKL sbb kene denggi and mak teh kene admit semula sbb pengsan kali kedua di rumah. sepupu aku ckp low blood pressure. doktor dah masukkan darah pun mcm takde kesan. macam darh tu hilang begitu saja. esok baru doktor nak buat prosedur yg nk tgk guna kamera tu. (aku tak igt ape nama prosedur tu.)

early this morning, aku nak teman sepupu aku (Yana) bawak maksu gi HKL. nak buat check up anak dia sbb suspect denggi jugak. in fact, masa post ini di'publish', aku mungkin masih berada di HKL.

apa yg lebih merisaukan aku, adik2 aku yg dua org kat umah tu pun mcm tak baper nak sihat. hmmmm. musim penyakit mcm2 skrg nih. risau aku. especially bila berlaku kepada ahli keluarga sendiri.

aku harap semuanya baik2 belaka dan cpt sembuh dari apa jua penyakit dan masalah yg dihadapi. Amin.

p/s: semoga Allah terus memberikan nikmat kesihatan ini kepada aku dan org2 yg aku sayang. Amin.

Berfoya-foya di Danau Kota

assalamualaikum.

jam dah menunjukkan waktu 2 pagi. aku masih mengadap laptop tunang aku. saja nak update blog waktu dinihari mcm nih. sbnrnya aku baru balik dari uptown danau kota. saja melepak ngan member2 and jalan2 cari pasal kat uptown tu. dah lama dah kitorang tak buat aktiviti2 berpoya2 mcm nih. maklumlah masing2 sibuk dgn kerjaya dan keluarga serta komitmen masing2. bila ada masa terluang mcm nih la baru nk berkumpul. ini pun tak cukup korum lagi. takpe la. janji ada. heheheh.

kumpul kat putrajaya kul 9 malam. terus gerak gi danau kota naik sebuah kete jer. 4 org je pun yg ada. sampai kat sana, isi perut dulu kat Mali's Corner. pekene Char Kuey Teow sepinggan. pastu datang la lagi dua org member. lepak jap. borak2. pastu memulakan perjalanan di uptown. aku takde ape2 misi. kawan2 aku yg ada misi. ada yg nak beli jam. ada yg nak beli jersi world cup. ada yg nak beli chelsea. ada yg nak beli jibitz (button/hiasan pada sandal crocs). aku? berjaya mengawal nafsu membeli. hehehe. 

lepas hampir seround setengah kitorang pusing uptown tu, misi pun tercapai dgn jayanya. maka kitorang pun bergerak lah balik. masing2 dah ngantuk dah igt bantal ngan tilam dah. huhuhu. mmg dah lama kitorang tak lepak mcm tu. teringat kenangan waktu mula2 berkecimpung dgn dunia JMD. hmmmmm.

p/s: tq la encik ryco belanja makan. lain kali bleh repeat lagi. hahahaha.

Monday, December 28, 2009

karok giler

assalamualaikum...

cuti panjang 3 hari weekend nih bosan gak ar. tak byk aktiviti boleh buat memandangkan musim hujan yg tak menentu skrg nih. wlu bagaimana pun, selain pegi dating dan mengemas rumah, the most notable activity of the weekend ialah berkaraoke. hahahaha.

dah lama meninggalkan aktiviti masa lapang nih. dulu2 rajin gak ar. lokasi ialah superstar karaoke @ alamanda putrajaya. org2 yg menyebabkan aku terjebak ialah Sky0ne, Layzree dan RyCO. hahahaha. bukan sekali, tapi 2 kali dalam tempoh 3 hari. bukannya selalu. berkaraoke nih bagus sbnrnye sbb boleh gak melepaskan rasa tensi di hati selain mengeratkan lagi hubungan sesama kawan2. lagu2 yg dinyanyikan bukannye lagha sgt. lagu nasyid dan berunsur nasihat pun kitorang balun. hehehe. lg pun kami pegi sesama lelaki jer. tiada pergaulan bebas dgn yg bukan muhrim. huhuhu.

p/s: aku tak pandai nyanyi. cuma 'menyumbangkan' lagu.hahahah.

Tuesday, December 8, 2009

Futsal World Tour Road to Africa Part I

assalamualaikum

last saturday, perancangan nak buat futsal ngan member2 uniten akhirnya menjadi jugak. at first mcm tak ramai org je dpt dtg. aku jadi bengang giler bile ade org buat last minit cancelation. sakit hati giler. tp nasib baik la epon ngan hairul datang bawak member2 diorang. so boleh la main sejam. ngam2 cukup org and ade sorang sub. huhuhu.

tukang gambar, rafiqin, tak smpt nak snap gmbr masa tgh main. pancit katanye. so dia snap masa kitorang tgh minum minam kat kedai mamak berhampiran. tu pun tak semua dapat join. ini je yg ada:


tuan punye kamera a.k.a fiqin yg perasan comel...
 
epon dgn kepoyoannye.
 
hairul dgn muka konon ganasnya.

tokan the otromen. heheh.
 
last but not least, organizer yang berjaya. hahahaha

nantikan sambungan Futsal World Tour Road to Africa Part II yg akan datang. mungkin dalam bulan Januari atau Februari.

Thursday, November 19, 2009

ikat

assalamualaikum

in the past week aku dapat tahu 2 org kenalan dah bertunang. sorang tu cik maya and her partner. aku tahu dari adik aku si lela tu then tgk plak dlm blog cik Shy. congrats la cik meyo.

yang satu lagi nih tak leh blah. tunang senyap2. tahu dari facebook td. tak sempat nak inform ye mie? hahahah. anyway, congrats to both of you, Fahmi and Shal. kawin nnt inform la awal2. nnt tak sempat plak. hahahaha.

next week sepupu aku si fiza tu plak nak kawin. tak sempat nak pegi sblh pompuan sbb masa tu aku ade kat Lumut lagi. so aku pegi sblh lelaki je la. tahniah la wahai Mohd Hairul Fiza bin Musa.

semoga korang bahagia hingga ke akhirnya...

klu ade nk komen tanya pasal aku bile plak, ini jawapannya. Insya Allah kalau ade rezeki nnt ade la. tolong2 la doakan untuk aku plak yer. heheheh.

sekian, salam muhibah.

pesanan penaja: fiqin bertunang senyap2 dulu masih menjadi ungkitan hingga skrg. dont repeat the same mistake. hahahahaha.

Saturday, September 5, 2009

sibuk la sangat!!

assalamualaikum.

hari sabtu, 5 September 2009, 15 Ramadhan 1430H. hari ni tak sesibuk yang dijangka. pg td just pegi bayar duit moto and then terus ke Jusco Taman Equine. ada barang nak beli sket. hehehe. after that singgah office jap. saje nk melayan internet jap.  lepas kejadian kecurian laptop aku tempoh hari, aku dah terminate akaun streamyx aku. skrg nih klu online kat umah guna PC adik aku guna dial up je. paham2 je lah klu dial-up tu kan. huhuhu.

on the way balik umah, singgah di Pasaraya Bintang. beli barang dapur sket. stok lauk utk sahur pun dah abis kat umah tu. hehehe.  pastu beli gula gak 2 kilo buat menambah stok. (padahal dah ade 2 kilo kat umah tu). huhuhu.

smpi kat umah, takde ape nk buat. so aku betul kan lampu strobe kete aku yg dah mcm nk jatuh tu. pastu aku mencangkul rumput dan lalang di laman rumah yg sekangkang kera itu. mula2 je mencangkul. tak smpi 10 minit dah penat and bosan. so aku guna tangan jer. klu belajar Kemahiran Hidup Asas Pertanian dulu, proses tersebut dinamakan merumput. cuma selalunye, merumput dilakukan utk mencabut rumput2 di dalam pasu. tapi aku merumput di laman rumah. rumput rampai, lalang, pokok semalu, semuanya aku cabut pakai tgn jer (of course aku pakai glove, ok.) ade la dlm setengah jam kot baru siap. lps berehat jap mengeringkan peluh sblm mandi manda.

tepat jam 6. bertolak ke Dataran Putra, Putrajaya. tempat berkumpul (RV = Rendez Vous) sblm bertolak ke Mangiamo Cafe @ Taman Equestrian Putrajaya untuk Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan disertai 13 peserta dewasa dan 4 kanak2. bayaran utk dewasa RM 32 dan aku rasa berbaloi2 dgn segala makanan yg disediakan. dari berbuka sampai ke moreh. mesti la berbaloi. aku solat terawih pun kat mangiamo cafe tu je tadi. bagus betul sbb dia sediakan surau yg selesa utk jemaah lelaki dan wanita.

sepatutnya ade aktiviti melawat ke downtown dan sahur bersama. tapi ramai plak yg cancel last minit. so program kira kensel terus la.ermmm. itu je la kot. gmbr2 berbuka puasa tu nnt aku upkan. tunggu tuan2 punye kamera up kat facebook or forum dulu. hehehe. diorang pakai dslr. aku pakai kamera phone 2 megapixel jer. mana bleh challenge. huhuhu.

salam.

Tuesday, April 21, 2009

Dine with Lels @ Nims

assalamualaikum

di kebosanan malam ini, aku rajin nak menaip. ni baru balik mkn malam ngan my fav sis, Lels. hehehe. lama dah tak jumpa budak lela ni. hari tu jumpa pun kejap je sbb dia nk aku sahkan salinan sijil2 dia. tak byk bercerite. mlm ni kebetulan adik aku balik lmbt sket so smpt la berdating ngan lela nih kejap. hehehe. takde ape pun sbnrnye. dia saja nk jumpa and belanja aku mkn. sbb selama ini asyik aku je yg belanja dia kot. huhuhuuhu. jgn marah lela. heheheh. we just mkn2 and catching up with each other's stories jer. ade la aku mintak pendapat dia on few things yg kadang2 buat aku buntu. kadang2 aku perlukan jugak opinion from other perspectives. hehehe. bercerite mcm long lost siblings plak. huhuhu.
anyway, thanx ye lela sbb belanja aku kat nims tu. Soda SukaDuka tu mmg besh ar. hehehe.

Sunday, April 19, 2009

RIMM XTVT Picture Updates

assalamualaikum.
nikmatilah himpunan gmbr2 menarik sepanjang bulan ini.
rimmers, terasa sudah terlalu lama tak beraktiviti. huhuhuhu.


xtvt#1 : Piknik @ Bagan Lalang [28 Mac 2009]

mari menyalakan api

mari memanggang

mari memakan

zam zam ala kazammmm

gmbr seribu kenangan

xtvt#2: Mesyuarat RIMM Bil 1/2009 [03 Apr 2009]

tgk je??(ade lg 2 wanita yg tidak kelihatan dlm gmbr.hehehe)

on your mark..get set..go!! acara minum air smpi lemas. hehehe.

khusyuk mengikuti agenda mesyuarat. ye ke? hihihih.

yeay. meeting dah abis. jom bungkus!! hehehe.

gmbr seribu kenangan.

xtvt#3:Futsal Fever [05 Apr 2009]

ape la diorang buat tu? nak kais lubang ke??huhuhu


pelbagai ragam, aksi dan skill futsal ditonjolkan.

pemain bintang kehidupan. hehehe.

gambar2 seribu kenangan


sehingga bertemu lagi di edisi akan datang. adios amigos.
see you when i see you.



Thursday, March 26, 2009

Walimatul Urus

assalamualaikum....

jgn terpedaya dgn tajuk itu. bukan aku yg nak kawin tetapi kawan aku. dari pada 6 ahli Geng 1670, tinggal aku sorang je kot yg masih solo. huhuhu. Fiqin dah kawin and dah dapat anak pun. Epon nak kawin dah bulan 4 nih. Fahmi pun dgr citer nak tunang tahun nih and kawin tahun depan. Hairaul pun dgr citer asyik berkepit je skrg nih. hehehe. Nabil Akhtar jarang plak dgr citer tp sure tak lama lagi kawin la tu. huhuhu. Tinggal Rino Makaroni je la duk menyolo lagi. wakakaka. takpe lah. nak wat camne. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. sebagai hambaNYA, aku redha dengan takdir dan ketentuanNYA.

Selamat Pengantin Baru kepada Muhd Saufi bin Salim dan pasangannya.

p/s: awal seminggu aku wish Epon nih. hehehe.
(errr..aku nak ajak sape pi kenduri Epon nih? hmmm...)

Thursday, March 19, 2009

My March

assalamualaikum....

terasa bersalah plak bile tgk blog nih sudah lama tidak diupdate. bukannya tiada cerita cuma tiada rajin untuk menaip. ermmm. aku letak citer bergambar je lah ek. hehehe.

Peristiwa 1: RIMM's Bowling Practice @ Endah Parade (9 Mac 2009)


Peristiwa 2: Majlis Yassin,Tahlil dan Doa Selamat di rumah Layzree (12 Mac 2009)

Peristiwa 3 : RIMM's Special TT @ Geng's Corner, Shah Alam (13 Mac 2009)

;)

any questions?? heheheh. salam dari aku yg ntah ape2 ntah.
sekian.

Wednesday, March 11, 2009

Sahabat Sejati - Tribute to JMD

Assalamualaikum...
a tribute to my friends...
teman ketika senang dan susah....
teman ketika suka dan duka....
teman ketika bahagia dan lara...
teman sejati......

Terima kasih JMD, sahabat sejati dunia akhirat.


Sahabat Sejati by Sheila On 7


Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi, aku datang menghampirimu
Kuperlihatkan semua hartaku
Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kaupun raja
Aku hitam kaupun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu
Ku s’lalu membanggakanmu, kaupun s’lalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama, kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka

Tak pernah kita pikirkan
Ujung perjalanan ini
Tak usah kita pikirkan
Akhir perjalanan ini

Sunday, February 22, 2009

Edisi Rempit bermula

assalamualaikum...

aku baru sahaja menghantar kereta kesayanganku ke bengkel utk dibaikpulih. ye betul. kesan kemalangan slps hari raya aidilfitri yg lalu masih belum aku baiki. bukannya ape, tak cukup modal. hehehe. setelah bbrp bulan menabung, akhirnya modal yg diperlukan pun mencukupi utk mengizinkan aku menghantar kereta ku itu ke bengkel. tauke tu ckp dalam 3-4 hari siap lah. nasib baik lah tak lama sgt.
so mulai esok aku akan merempit dgn egonye. eh. eh. silap. dengan Yamaha Ego yg baru itu. hehehe. lepas kete aku siap nnt, Ego tu akan ku kirimkan ke kampung. sbb Ego tu sbnrnye utk adik aku. tapi sbb pakai nama aku, so, aku la yg rasmi and lenjan dulu. hehehe.
alang2 aku dah menaip nih, meh la citer panjang sket. hari rabu hari tu aku balik kg. aku cuti 3 hari. aku balik kg sbb nak anta adik pompuan yg tinggal ngan aku tu. dia cuti semester sebulan. so dgn happy nye aku anta la dia balik. sbb lepas nih aku merdeka lone ranger sebulan. tak yah bgn awal2 nk anta dia gi kolej pagi2 and tak yah bersesak sesak dgn jem nak amik dia balik dr kolej. dan jugak tak payah susah2 nak pk makan minum dia kat umah. hehehe. dapat la aku relax walau hanya sebulan. penat woooo. kalau korang duk tempat aku korang tau la. tp bagi yg dah kawin tu maybe perkara biasa la kan? cuma aku nih bujang lagi. single lagi plak tu (eh. terpromote plak). hehehe. tp tanggungjawab yg aku pikul nih rasa dah macam bapak org dah. huhuhu. bukan nak merungut atau menyesal dgn takdir. cuma sekadar melepaskan dan meluahkan apa yg terbuku di hati. harap korang semua paham and jgn lah salah paham.

berbalik pada cerite kampung aku td. terkejut aku bile tgk tiang terpacak kat tepi rumah. rupa2nya mak aku nak besarkan rumah. hari tu ckp ngan aku nak sambung dapur jer. tup2 aku balik tgk2 bukan saja dapur, tapi smpi ke ruang tamu. ish ish ish. mak mak. buat persediaan nak sambut menantu ke? huhuhu. errr. bukan aku tau. adik lelaki aku. aku belum ada calon lagi. hehehe. tak kisah la. asalkan mak bahagia.

petang2 mengisi masa lapang bermain badminton ngan adik2 aku. dah lama rasanye tak pegang raket. raket aku masa zaman sekolah dulu pun ade lagi. teringat masa kecik2 dulu bermain badminton dgn pagar rumah sbg net. heheheh.

itu jelah aktiviti aku selain anta and amik adik bongsu aku tu sekolah agama. selebihnya aku cuma tdo jer. maklumlah tak baper sihat sgt. batuk tak habis2. ubat batuk mak aku pun smpi licin sebotol aku hirup. heheheh. aku balik nih siap dibekalkan madu ngan ubat sakit tekak lagi. sbb suara aku dah tenggelam timbul. betapa teruknya batuk aku smpi menjejaskan peti suara aku. smpi takde suara. huhuhu.

hari sabtu malam plak pi melepak kat area2 Gombak. kat Mali's Corner. dgn geng2 JMD & WiSE. aku call hairul ajak lepak sekali tp malu2 kucing plak mamat tu. pekene char kuey teow kat situ mmg masyuk ler. lepak situ dari kul 9.30 smpi kul 11. pastu gerak pi Danau Kota plak. dgr2 cite kat situ ade burger stall yg masyuk. Zam Burger nama dia. mmg macam2 ada. burger king lah queen lah. pastu hot dog foot long. perghhh. mmg terliur la. aku pekene burger queen dia mmg sedap lah. lain kali boleh pi lagi. hehehe. kul 12.30 baru gerak balik. dekat kul 2 pagi baru smpi rumah. huhuhu. mmg happening lah kawan2 aku. aku sayang korang semua. hehehe.

tapi.........ermmmm. takpe lah. takyah lah cite yg syahdu syahdan tu. biarlah tak siapa yg tahu gejolak di dunia batinku. zahir kau lihat bukan segala gala.

chewah. madah berhelah plak aku di hujung minggu nan kesepian nih. hahahaha. layankan ajer.

salam.

Sunday, January 11, 2009

Weekend

assalamualaikum...

weekend yg baru lepas nih agak busy gak. busy ngan aktiviti. hari sabtu main bola sepak. dah lama gile aku tak main bola sepak kat padang sejak aku tinggalkan uniten beberapa tahun lepas. sekali main terus tournament lak tu. huhuhu. nasib baik la main 9 sebelah dgn hanya 7 minit separuh masa. tp masa main 1st game tu pancit jugak. aku main utk WiSE Community FC. oleh sbb diorang tak bagi aku main full time (huhuhu), maka 2 game pertama team kami kalah 1-0 dan seri 0-0 pada game terakhir menyebabkan kami gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. hehehe. apapun mmg best la. sbb main suka2 jer. huhuhu. next time kene serius nih. chaiyok chaiyok.

hari ahad plak main bowling bersama para JMD dan sahabat2 JMD. main kat Ampang Superbowl IOI Mall Puchong. ada la 11-13 orang main. very enjoyable. main suka2. aku nyaris2 tersungkur pada balingan pertama sbb keadaan lane yg agak kesat tidak membenarkan aku slide. lps tu terus fobia nak slide. sudahnya, 1st game aku main baling statik jer. 2nd and 3rd game baru main mcm biasa. prestasi? 111, 124, 143. ok la kan? hehehe.

malam esok berfutsal bersama2 ofismate plak. kebelakangan nih rajin lak ofismate2 aku nih bersukan. hari tu main bowling kat alamanda lepas office hour. maybe nak buat weekly aktiviti. tp tak tau la. nak berfutsal esok nih termasuk la lelaki dan perempuan, tua dan muda. balun la korang. aku follow jer. huhuhu.


Sunday, January 4, 2009

New Year 2009

assalamualaikum...

tahun baru 2009 pastinya membawa satu perbezaan dalam hidup aku. jika sblm nih tahun baru masihi hanya disambut di depan tv atau menyaksikan pertunjukan bunga api, kali ini, tahun ini, tidak lagi. aku dan bbrp orang rakan2 bertekad mengadakan camping dan BBQ kat PD. makan berBBQ dan berkhemah lah kami di tepian pantai Selat Melaka dari terbenam mega di ufuk barat sehingga terbitnya fajar di ufuk timur.

malam itu aku tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit. menyaksikan ribuan bintang bertaburan di langit biru begitu menenangkan. sudah sekian lama aku tidak menyaksikan permandangan begitu. walaupun malam kami diganggu dgn bunyi bunyian dan perlakuan manusia yang tidak tahu menghormati sesama insan, aktiviti kali ini tetap meninggalkan seribu kenangan manis di hati aku. terima kasih rakan2 JMD.


sebelum bertolak ke PD

sebelum memasang khemah

selepas khemah didirikan

sebelum BBQ

selepas BBQ

masa menyimpan khemah

selepas menyimpan khemah

masa utk pulang

kenangan JMD 2009@Port Dickson