assalamualaikum.
dah lebih seminggu aku tak update blog nih. sbb busy. hari nih dah hari jumaat. dah nak masuk weekend dah pun. baru ada masa sket nak update. actually skrg nih aku kat hospital. temankan ayah aku yg kene admit kat sini since last saturday.
sabtu lepas, bonda call aku lebih kurang jam 0830. bonda cakap ayahanda jatuh. tp bonda nak bawak pegi klinik dulu. smpi kat klinik. doktor suruh bawak pegi hospital sbb katanye dah ada tanda2 nak kene stroke. bonda pun bawaklah ayahanda pegi hospital. Hospital Rompin nak refer kes ayahanda ke hospital Kuantan. tp aku tak bagi. aku suh bonda mintak doktor tu buat surat refer je. aku nak balik bawak ke Hospital Putrajaya.
aku gerak dari kajang lebih kurang jam 1030 dan smpi di kampung lebih kurang jam 1415. aku tgk tekanan darah ayahanda sgt tinggi. lps nurse bagi kebenaran utk balik, aku bawak ayahanda balik umah dulu utk berkemas. kami bertolak dari kampung lebih kurang jam 1630 dan smpi di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya lebih kurang jam 2030. terus buat scan otak dan kene admit ke wad.
bahagian kanan badan ayahanda sangat lemah. doktor kata ada darah beku di otak. tp itu kesan dari stroke pada 2008. tp tekanan darah sgt tinggi dan kencing kotor/berkuman. skrg ni ayahanda hanya minum susu yg dimasukkan melalui tiub je. mula2 dulu nurse yg bagi minum. then nurse ajar bonda. aku dan adik2 tgk jer. skrg nih semua dah boleh bagi sendiri susu tu kat ayahanda.
doktor ckp, once darah ayahanda dah stabil and kencing dia dah kurang kuman, ayahanda dah boleh balik umah. so, dia suruh prepare la apa2 yg patut kat rumah tu. dia suggest utk beli tilam angin. tilam nih boleh elakkan luka kat badan akibat terlalu lama berbaring. so skrg nih aku tgh survey2 tilam angin tu dan jugak kerusi roda utk ayahanda. kalau sape2 ada info, boleh la tlg kongsikan dgn aku yer.
kepada rakan2 dan sedara mara yang datang menziarah, terima kasih banyak2 ku ucapkan.
p/s: semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga. amin.
1 comment:
semoga dipermudahkan segala urusan...kalo ada info2 berkaitan, Insya Allah aku boleh kongsi...
Post a Comment