Showing posts with label exhausted. Show all posts
Showing posts with label exhausted. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Tuesday, September 28, 2010

Penat

assalamualaikum

aku masih lagi kepenatan. dari sblm raya sampai lah sekarang. penat mengemas rumah dan penat memandu. mengemas rumah di kelantan dan pahang. pastu balik ke sini, mengemas rumah kat sini plak. smpi hari nih pun tak abis kemas lg. pasal driving lagi la pulak. kelantan ke pahang, pahang ke kajang. pastu weekend hari tu pegi JB plak. perghhh. letih siot. skrg nih weekend takleh rehat sgt. maklumlah musim raya. ade je jemputan ke mana2. klu tak dtg nnt takut dikata sombong plak. huhuhu. 

image from google

weekend nih nak gi umah kakak ipar kat rawang. maybe overnight kat sana. hari ahad ade member kawin kat sunway. insya Allah pegi kot. tgk keadaan mcm mana. kepada yg ade menjemput aku tu, sori la klu aku xdpt dtg. keletihan tahap maksima. huhuhu.

cuti tahun nih ada lagi 14 hari utk dihabiskan. rasa mcm nak cuti nak gi pra honeymoon tp wife xde cuti plak. huhuhu. so, klu aku cuti pun duk umah sorang2 jer. klu tak tahan sgt penat nih, maybe aku cuti gak kot. duk umah pun duk umah laa. huhuhu.

p/s: segan nak jemput org dtg rumah sbb rumah bersepah lg. huhuhu.

Tuesday, July 27, 2010

Sunset from PICC

assalamualaikum.

last saturday, masa org tgh sibuk nk gi Konsert Kemuncak SuriaFM kat Putrajaya, aku ngan tunang aku buat pre-wedding photoshoot. kawan cik tunang yg buat photoshoot tu ngan kawan2 dia. start kat taman putra perdana lebih kurang jam 3 petang sbb photographer smpi lmbt, hingga lah ke asar. lps solat asar kat presint 9, terus gerak ke jambatan PICC. lps tu, dekat2 nk maghrib tu pegi naik PICC jap. dapat tgk pemandangan matahari terbenam dari situ. aku tak smpt nk snap gmbr. gmbr kat atas tu je sempat disnap dari kamera phone aku. lps solat maghrib, bergerak ke dpn gate Bangunan Perdana Putra utk sesi terakhir, shoot dgn kereta kami. hehehe. kul 9 lebih baru boleh pegi dinner. letih giler. huhuhu.

p/s: photoshoot ni diorang buat free utk kami. klu nk album kene bayar la. so, belum dpt tgk hasil nye lagi. huhuhu.

Sunday, February 7, 2010

tak tau

assalamualaikum.

lama tak update.

bizi. penat. letih.

banyak keje.

tak cukup org kat opis.

aku nak cuti.

boss tak bagi.

tapi aku nk cuti jugak.

aku dah mintak cuti.

nak cuti lama.

kenape?

nanti aku bgtau.

ke dah tau??

hehehe.

salam.

Friday, January 8, 2010

tanah tinggi

assalamualaikum...

aku tak penah pegi tanah tinggi. rasa mcm jakun tak?? hahahaha. hari tu aku ade bengkel kat cameron. first time naik cameron. sejuk la jugak. tp takde la excited sgt sbb aku tau akan penat wat keje. penat drive tak abis lg tmbh lg penat keje sbb aku pun urusetia. first nite tu abis kul 1 pagi. then next nite tu abis kul 12.30am. on the way nak balik je sempat menyinggah nak beli souvenier ke ape. oleh sbb aku tak tau nak beli ape, aku beli jer strawberry. aku bg kat JMD, adik aku kat uniten, makngah yg dekat ngan umah aku tu, awek aku and adik2 aku kat umah aku tu.

letihnye toksah cakap la. aku smpi cramp blkg aku nih. dah la drive dlm 120kmj jer. klu naik kete aku bawak 120 tu mmg dah agak laju la. tp aku drive Toyota Fortuner. 120 pun rasa mcm 90. takleh nk laju sbb kete boss ade kat dpn. tp berjaya gak la berpakat ngan penumpang fortuner tu and buat trick so aku dapat potong kete boss and tekan smpi 140-160kmj. huhuhuhu. AMARAN: Do this at your own risk!!

lps nih ade bengkel kat JB plak. akan kebizian kerja sampai bulan februari nnt. tak tau la mcm mana aku nak uruskan personal matters aku. ade lebih kurang sebulan saje lg nih. semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku. amin....

p/s: bile la lutut aku ni nak baik nih. ade petua2 lain tak? huhuhu

Thursday, December 24, 2009

tidurkan aku

assalamualaikum..

aku ade masalah tdo ke? kebelakangan ni, especially sejak 2-3 hari nih aku susah nak tdo. padahal aku rasa sangat penat. badan aku sangat2 penat. sangat2 letih. mata pun letih. tp aku susah nak tdo. klu aku masuk tdo awal pun aku tak leh tdo. mesti selepas kul 12 baru aku boleh lelap. contohnye smlm. aku dah ready nk tdo dah dalam kul 10 tu. tp tak bleh tdo. puas berpusing2, bergolek2, bertukar posisi tp mata still tak leh lelap. tgk2 jam dah pukul 11.30. last2 aku bgn layan spiderman kat tv2. smpi kul 12 lebih kot. then aku masuk bilik semula. baru lah boleh lelap. itu pun setelah puas dipaksa. betul ke org kata klu penat sgt pun kite susah nak tdo? bukan ke klu penat tu lg buat kite nak tdo?? hmmmm. aku tak nak makan ubat tido. nak pegi klinik pun malas. sbb tensen ke? takkan la kot. maybe i just need a vacation kot. away from work. away from KL. away from kampung. away and alone. spending time just for myself. huhuhu.


p/s: tdo la pukul berape pun, aku tetap akan terjaga sblm kul 6.30 pagi. padahal aku set alarm  tepat kul 6.30. so, tunggu alarm berbunyi la baru bangun. huhuhuh

Thursday, December 17, 2009

meeting tak kira masa

assalamualaikum...

masa itu emas. masa mencemburui kita.

itu la yg selalu kite dgr. tak cukup masa la. tak sempat nak buat la. masa singkat sgt la. dan mcm2 lagi la. disebabkan kesuntukan masa ni jugak lah yg menyebabkan aku kebizian di hujung2 tahun ni. dan mungkin smpi bulan 1 nnt. nak kejar KPI org atas2 tp org bwh2 yg kene tekan.

smlm terpaksa buat meeting kat PD. pukul 8.30 malam sbb nak kejar boss2 yg ade bengkel brainstroming kat sana. boss plak suh datang sana lps zohor. ape nak buat lama2 pun tak tau. klu dpt bilik takpe jugak. nih terpaksa la menumpang bilik org. abis meeting kul 10.30, aku ngan ofismate aku terus balik. tak kuasa dah nak menunggu lama2. aku smpi umah kul 1. hari nih aku masuk opis lmbt sket. kul 9 baru smpi. klu tak sebab ade keje and bende nak kene buat, aku pun nk meng'EL'kan diri hari nih. huhuhu.

next week maybe kene tour ke cawangan di negeri2 di utara sbb ade penghantaran PC. jadual tak finalize lg so tak tau lg la. awal bln januari plak ade bengkel lagi. maybe kat cameron. bunyi mcm best je dpt gi cameron kan? klu pegi mcm tu je takpe gak. tp tidak sebegitu. kene siapkan something untuk dibentangkan masa bengkel tu nnt. some sort of draft of a document. wlupun aku kene buat satu or dua bab jer, still a lot of work need to be done. huhh!

lps bengkel tu pun tak leh relaks lg. sbb kene siapkan dokumen tu by end of januari. so aku sure lps pada bengkel kat cameron tu nnt akan ada lg sesi2 mini bengkel, perbincangan dan mesyuarat. hmmmmm.

bile nak rehat?? bulan februari?? ermmm. bulan feb nnt ade perkara lain plak yg perlu dipikirkan. korang nak tau ape dia?? nnt aku bgtau once dah betul2 confirm. insya Allah. hehehe =)

p/s 1: smlm tertengok cite cucu betong masa tgh layan cendol kat teluk kemang. tertarik dgn quote ini "Yang sedikit itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah". Renung2kan dan selamat beramal (baca dgn nada Prof Izzy Haji Ali) heheheh

p/s 2: hari nih final bola sepak sukan sea. malaysia lwn vietnam. live kat tv3. Go Malaysia Go!!!!

Tuesday, June 30, 2009

Explaination

assalamualaikum...

I'm tired. Exhausted. Fatigued. Jaded. hmmm. kenape? actually penat driving and travelling. for the past month, I had to go back to my hometown not less than 5 times. As u all know, aku pegi kursus kat terengganu selama 2 minggu in the middle of May. aku abis kursus and balik KL pada 30 Mei (Sabtu).

the next weekend (5 Jun), adik lelaki aku ajak balik kg sbb nk amik barang and at the same time amik adik pompuan aku yg dah abis cuti. balik kg dia drive naik kelisa. aku drive sejam je sbb lenguh kaki. huhuhu. tp balik KL semula aku drive sbb naik Unser ayah aku.

the following week (10 Jun), mak aku drive Kelisa bawak ayah and adik2 aku yg lg 2 org tu dtg sini. memule tu hesitate jugak nk biar dia drive jauh2 but she insists. ayah aku ada appointment kat hospital putrajaya on 11 Jun. then, of coz la aku kene anta diorang balik kg. after office hari jumaat (12 Jun). naik Unser. sbb kelisa tu adik aku nk guna kat sini. kenapa aku kene anta? Pertama, sbb adik lelaki aku dah duduk dengan aku sbb dia dah start keje kat KL. Kedua, sbb ayah aku tak boleh drive lg. Ketiga, sbb aku tak berape harap mak aku drive Unser tu jauh2. then aku balik KL semula pada hari sabtu (13 Jun) dengan menaiki bas ekspress. memule igt nak balik hari ahad tapi tiket dah habis daaa. huhuhuhu.

kemudian, the week after that (19 Jun-jumaat), sekali lagi aku balik kg lepas office hour sbb mak aku nk buat sedikit majlis kesyukuran pada hari sabtu (20 Jun) sempena kejayaan adik aku dapat masuk UNITEN. aku balik KL pada hari ahad (21 Jun).

and finally last week (25 Jun), aku balik kg untuk amik famili aku sbb adik aku akan register kat UNITEN pada hari Sabtu (27 Jun). aku tinggalkan kereta aku kat kampung and drive Unser balik KL. aku balik kg semula pada hari ahad (28 Jun). adik lelaki aku yg drive dari KL ke kampung and aku drive dari kampung ke KL on the same day. kenape balik hari? sbb road tax aku mati pada 28 Jun and aku lupa nk renew. huhuhuh.

so, fahamilah the-one-word-posts aku sebelum2 nih. heheheh.

p/s: *in the middle of that, aku kene attend kursus kat bangi dari 22-25 Jun.

Friday, June 26, 2009



Jaded



Monday, June 22, 2009



Fatigued


Sunday, June 14, 2009



Exhausted


Wednesday, June 10, 2009



I'm tired


Sunday, April 12, 2009

Port Dickson, Nightwatch & Nasi Lemak

Assalamualaikum...

smlm sepatutnya aku pegi family day wise kat bagan lalang. tapi aku tak leh pegi. sbb aku kene pegi PD. MKN NSDK organize training OpenOffice.org. mahu atau tidak, terpaksa atau rela, aku kene pegi jugak. bertolak dari putrajaya jam 7.45am. smpi di Corus Paradise Hotel, lokasi training jam 8.40am. training dari pagi smpi ke petang. aku bertolak balik kira2 jam 4.30pm dan tiba di putrajaya jam 5.30pm. lps anta layzree yg pinjam kete aku ke bagan lalang, aku balik umah tdo. mlm aku kene masuk keje semula sbb kene bertugas bilik gerakan. tp aku tdo je kat bilik gerakan tu. bangun pagi balik umah. terasa nak makan nasi lemak. rasa mcm nk masak sendiri. so, aku beli bahan2nya dan memasaklah aku pagi ini. resepi?? malas nk menaip. heheheh.

ptg nih nk pi JJ Cheras Selatan. JMD Box-Office TT. tgk citer Fast & Furious 4. dah lama gile aku tak tgk wayang. last movie aku tgk kat panggung citer Pengembaraan Bermula: Upin & Ipin. bukan takde citer best. bukan tak mau tgk wayang tapi takde masa dan org yg mahu menonton bersama. huhuhu.

ok lah. nasi lemak aku dah masak. aku mau makan. hehehe.

salam.

Friday, January 9, 2009

What a day...

assalamualaikum...

Khamis. pepagi lagi dah tension. dah la lambat. bila nak masuk putrajaya jem giler luar biasa. kat roundabout besar tu pun jem giler punye jem. tgk2 jam for sure tak smpt punch in before 8am. terus sms PA boss bgtau aku lmbt sbb sakit perut and mention gak pasal jem tu. nasib baik la ramai yg bg alasan jem luar biasa tu. takde la nmpk sgt aku dtg lmbt. sbb the day b4 pun aku lmbt. huhuhu.

ade meeting kul 9. abis kul 11 aku terus gi spital sbb ayah aku ade appointment kul 11.30am. aku suh adik aku gi register dulu nnt aku dtg. aku smpi spital kul 11.15am and angka giliran masih jauh. tunggu punya tunggu punya tunggu. kul 1pm abru dpt jumpa doktor. after 15 minit, pegi amik ubat kat farmasi plak. tunggu punya tunggu punya tunggu. kul 2 baru dapat ubat. after dat adik and ayah aku terus balik pahang. aku rush back to office coz ade meeting kul 3pm. abis meeting kul 5pm.

after dat pi main bowling kat alamanda ngan ofismate. memule main 2 game then tambah satu game lagi. after dat aku igt nk pi main futsal plak. tp mcm tak smpt and penat gile. so terus gi dinner je. after dinner pi TT plak kat food court Presint 9. lepak2 and sembang2 smpi kul 12midnite baru balik. penat gile. adakah aku akan pergi keje pada esok pagi? itu yg kita tak tau. hehehe.

what a day....

Tuesday, December 9, 2008

tunggu

assalamualaikum

currently so tired nak update blog. nnt aku cari free time utk mengupdate ye.

salam

Wednesday, December 3, 2008

i skip dinner

assalamualaikum.

mmg selalu aku skip dinner. tp smlm aku skip official dinner utk persidangan menteri2 asia kat pwtc nih. bukan tak nak pegi, tapi tak larat sgt. penat giler. lgpun aku dah rasa dah makanan tu masa food tasting hari tu. chinese cuisine. tak berape kene sgt ngan tekak aku. tp sup sirip ikan yu dia mmg agak marvellous gak la. hehehe.

oleh kerana tidak memakan apa2 sehingga jam 12.30mlm, perut aku dah masuk angin. makan mee goreng jam 1 pagi kat kedai mamak dkt2 pwtc nih. lega la sket. adoiyai.

penat sgt smpi nk tdo pun tak lalu, nak makan pun tak lena. nasib baik la mandiku masih lagi berbasahan. hahahahah.

adios amigosh
see you when i see you

Monday, December 1, 2008

kebizian keletihan

assalamualaikum.
letih giler. penat giler. giler letih. giler penat. huhuhuhu. busy biler. sibuk giler.giler busy. giler sibuk. huhuhu. ni pun aku curi2 pegi CC yg sepatutnye digunakan oleh delegates. actually aku nk check CC ni dah siap belum. so aku test la dulu. hehehe.
so far mmg takde masa la nk online kat PWTC nih. keje byk giler smpi tak cukup kaki dan tgn. letih tu tak yah citer la. ni pun aku cilok sekejap. tgk lah klu ade masa nnt aku update la lg.

adios amigos
see you when i see you.