Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Friday, March 16, 2012

nirelwof is out for 6 weeks

assalamualaikum. 

agak lama gak aku xupdate blog nih. tp insya Allah dalam seminggu dua ni aku akan cuba update. 

as the title goes, aku sbnrnye diberikan cuti sakit selama 6 minggu sbb baru lepas buat operation lutut last week. at first, i was told it would be a simple procedure called scoping. doktor akan tebuk lubang kat lutut aku, masuk kamera utk tgk ape masalah sbnrnye ngan lutut aku. before this aku dah buat xray tp just nampak small fracture pada tibia. and MRI scan pun dah buat but the doctors still undetermined about what actually wrong with my knee. thats why they decide to perform the procedure.

inilah first time aku kene admit ke hospital. mengadmitkan diri pada jam 7.00pagi dan discharged lebih kurang jam 6.00 petang. yup. tak bermalam pun. aku masuk Unit Rawatan Harian (Day Care Unit) sbb procedure tu mmg simple jer. sbb tu masuk day care jer.

masa procedure tu dijalankan, aku dalam keadaan sedar. aku cuma dibius separuh badan sahaja. so aku boleh tgk la apa yg doktor2 tu tgk dlm lutut aku tu. then the specialist consult aku dan terangkan apa masalahnya. and dia decide untuk repair masalah tu on the spot. mmg dalam consent form ada tulis untuk aku benarkan prosedur lanjutan jika diperlukan. so aku setuju jer la bile doktor tu kata nak buat.

bila dah siap tu baru dia bagitau aku yg kaki aku yg dioperate nih tak dibenarkan MEMIJAK untuk sementara waktu. means tak leh jalan la. aku ok jer. dalam hati aku expect sehari dua jer. tp aku tanye gak la untuk dapatkan kepastian. jawapan doktor tu membuat aku terkedu. 6 WEEKS!!! dalam hati aku tak tau la nak happy ke nak sedih. siap ade doktor tu suh aku cari PS3 lagi sbb dah dapat MC smpi 6 minggu. perghh. pasrah dan redha jer la.

bukan ape, aku cuma kesiankan wife aku sbb nak kene uruskan anak aku. klu aku tak tolong, sapa lg nak tolong. skrg nih aku plak yang susah nak bergerak. kesian la dia. sekarang aku berjalan menggunakan tongkat.

my 3rd and 4th legs.
p/s: harap2 aku dapat recover cepat sbb kesian kat wife aku.

Wednesday, September 21, 2011

'Aisya Qaisara batuk, selsema

assalamualaikum

inilah antara perkara yg aku risaukan sejak bergelar seorang bapa nih. bukannya ape, klu kite yang dewasa nih demam, batuk or selsema pun kita dah rasa tak selesa, ini kan pulak baby. lagi la tak selesa kot. lagi sensitif.

walaupun dia tak baper sihat, dia masih aktif. takde la monyok or nangis je sepanjang hari. tp bile dgr dia batuk tu mmg risau la kan. hari nih dah masuk 6 hari dia selsema and batuk. dah 2 kali pegi klinik. 1st time pegi klinik swasta. Poliklinik Seri Permai dekat flat hijau, Presint 9 Putrajaya. doktor tu bagi ubat batuk and nasal spray. kami pun bagi la ubat tu pada 'Aisya Qaisara ikut aturan yg dipreskripsikan oleh doktor tu. lepas 3 hari, masih tiada perubahan.

semalam aku ingat nak bawak dia pegi Klinik Pakar Kanak-Kanak An-Nur di Bangi. ada sorang ofismate rekomenkan sorang doktor kat situ. tp kebetulan cik wife kene stayback kat office lama sket. so tak sempat nak pegi. memandangkan tahap kerisauan yg agak tinggi, kami decide nak pegi Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 9. klinik kerajaan. why not cuba je kan? mana tau ada kebaikannya. aku bawak ubat yg doktor klinik swasta tu bagi and tunjuk kat doktor tu. dia kata, baby sblm umur 2 tahun tak boleh makan ubat batuk sembarangan. takut rosakkan hati and buah pinggang. dia tak leh nak kata ubat yg aku bawak tu boleh makan ke tak sbb takde nama ubat kat label botol tu. nasal spray tu pun dia kata agak kuat dos nye tp boleh la guna. in the end, aku mintak dia bagi ubat lain. dia kata bagi ubat nih waktu malam or bile betul2 perlu je. lega sket bile dapat consultation yg jelas mcm tu. baru try sehari. tgk dulu lepas 2-3 hari mcm mana. harap2 'Aisya Qaisara akan cepat sihat. risau and kesian tgk dia batuk. hidung pun mcm tersumbat. =(

p/s: aku cuti hari ni sbb jadi Mr Mama. jaga 'Aisya Qaisara kat rumah. tak leh hantar nursery. huhuhu.