Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Iftar @ Shangri La Putrajaya

assalamualaikum.

selamat berpuasa untuk hari yang ke -14 pada Ramadhan tahun ini. last week aku attend satu event kat Shangri La Putrajaya. event untuk introduce satu product ICT security. event start kul 4 smpi kul 7 (tp aku dtg kul 6..heheh). after that terus bukak puasa. aku tak pegi sorang sebab event nih pun ade sorang member yang ajak join. pergi lah kami berlima.

beberapa tahun lepas aku pernah iftar kat Shangri La nih. tapi aku rasa tahun nih lagi happening dari tu. makanan dia mmg banyak and mostly delicious. siap ada satu stall untuk makan durian lagi. mmg stall durian la yang jadi tumpuan dari sebelum berbuka smpi habis durian2 tu. hehehe. tp agak kurang manis bila ada sorang non-muslim yang dengan selambanya makan durian di situ sedangkan orang lain sedang beratur mengambil makanan dan menunggu waktu untuk berbuka. mungkin dia terlupa yang orang lain sedang berpuasa. mungkin...

cuisine yang paling menarik perhatian adalah roti canai durian. first time rasa mmg sedap gile. aku siap kene perli ngan member2 sbb tambah smpi 3 biji. heheheh. tp yg kedua dan ketiga tu agak tak sedap. mungkin terlajak majerin.

overall puas hati. harga bufet kat situ aku tak sure berapa. tp rasanya tak sampai RM100 kot.

p/s: bukan selalu dapat buka puasa kat hotel. kalau nak harap duit poket sendiri mmg tak laa...hahahaha

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa bersama Sanak Saudara

assalamualaikum.

selepas 15 hari berpuasa, akhirnya aku, isteri dan anak berbuka puasa di luar. tapi bukan kami bertiga jer. bersama adik2 aku, keluarga paksu dan makngah aku. sebenarnya, makngah aku yg belanja. tu yang on makan kat luar tu. hehehe.

lokasi yang dituju ialah Restoren Cina Muslim Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. makanan yang disediakan pula adalah secara ala carte. takde buffet2. masa aku smpi dalam kul 7 malam tu, makanan dah sedia terhidang sbb makngah aku dah order awal2. sila la enjoy gambar2 hidangan di bawah nih. hehehe.
order list for the day
sebelum: tu diaaa...
selepas: ada satu nasi tak abis. huhu


kepala kerapu sesudah selesai diratah.
itu semua untuk 10 orang makan tu. tak baper nak habis gak la. pada aku secara keseluruhannya makanan kat sini biasa2 jer. ada tempat yg lagi best kot. tp ok la. boleh la nak makan. harga aku tak tau sbb bukan aku yg bayar. payah sket nak agak. hehehe.

anak aku? mula2 tu dia tak buat perangai sgt. aku pun makan la dulu seround pastu gi solat maghrib. lepas aku selesai je solat, aku tgk dia dah merengek2 dah. wife aku dah bagi susu setengah botol dah. so, aku take over pulak. bagi wife aku makan pulak. aku bawak 'Aisya Qaisara jalan2 smpi ke kereta. mula2 ok tp pastu dia nangis plak. aku masuk kete, start kete, bukak aircond pastu aku sumbat susu. terus diam. lepas 10 minit, wife aku join. sambung susu badan sket pastu baru dia relax sket. masuk balik kedai. sambung makan. sambung borak. lebih kurang kul 9 baru kitorang balik. hehehe.

pastu kononnya nak pegi cari durian tp hampa sbb kat area2 bangi tu takde dah org jual durian kawin. durian kampung je ade. dah lewat kot. yg meniaga tu gi solat terawih kot. huhuhu.

p/s: family bonding, bukan selalu. heheheh

Tuesday, August 31, 2010

Iftar with JMD



assalamualaikum..

hari nih berbuka puasa bersama2 rakan2 JMD. ade bbrp org xdpt join sbb ade komitmen lain. so aku, Faizal Sky0ne, Layzree and RyCO je available. kami ke bazar ramadan kat blkg PKNS Bangi je. pastu balik berbuka di rumah Faizal. inilah hasil penjelajahan kami. utk 4 org mkn kira ok la kan? hehehe.

yg dlm mangkuk tingkat tu special utk tuan rumah. nasi ayam kasih syg. hehehe.

p/s: aku beli nasi kerabu ngan tepung pelita jer. oops. dgn ais krim soda tu. hehehe.

[Pics] Otak Masak Kurma

assalamualaikum.

Disclaimer: Gmbr yg akan dipaparkan mungkin memualkan dan agak meloyakan bagi sesetengah individu. Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang malapetaka atau bencana yang berlaku jika pembaca melihat gmbr2 di bawah. View at your own risk. TQ.

last saturday aku ada cakap pasal juadah yang mak aku masak. otak lembu masak kurma. one of my favourite. actually pakcik aku yg request mak aku masak lauk tu. dia sanggup dtg dari JB sbb nak makan. susah nak dapat kat tempat lain. and aku tak sure resipi ni berasal dari negeri mana. mak aku belajar ngan mak dia [nenek aku la]. arwah nenek aku nih asal org Singapore. tapi arwah datuk aku plak orang kedah. so, aku tak sure la dari mana asal lauk nih. ni gmbr Otak Masak Kurma tu.

look delicious?? trust me it is!! hehehe.
aku igt nk tunjuk gmbr otak mentah tu. sblm dibersih dan dimasak. tp nnt takut ade org tak selera makan plak klu tgk. sbb tu aku letak disclaimer kat atas tu. hehehe. so, gmbr otak tu akan aku letak at the end of this post. berikut adalah gmbr juadah berbuka puasa di kampung pada hari sabtu yg lalu.

banyak tak? sekali sekala. hehehe
sekian sahaja utk kali ini. terpaksa ckp sekian supaya korang tau ni dah nak sampai hujung post. hehehe.

p/s: again, view at your own risk. tq.
.
.
.
.
.
.
.
.
otak lembu. klik utk tumbesaran.

Saturday, August 28, 2010

Laksa Pening??




Macam2 kerenah peniaga nak tarik perhatian pembeli. laksa penang jd pineng. ejaan baku. huhuhu. lokasi di bazar ramadan Endau, Johor.


p/s: pening aku..

Agenda balik kampung

assalamualaikum.

akhirnya dapat gak aku balik kampung ramadan nih. dah lepas separuh ramadan baru bleh balik merasa berpuasa, berbuka dan bersahur di kampung. huhuhuh. tapi aku tak cuti terus. balik weekend je. aku start cuti  minggu dpn. 4 September. insya Allah.

bertolak dari Kajang lebih kurang kul 6.30 pm. melalui lebuhraya LEKAS yang masih lengang, memang lekas betul la aku smpi kat Ampangan tu. tol pun RM4.90 jer. sepatutnye ade dua tol tp satu tol tu free lagi. pastu berenti isi minyak and beli air kat Petronas Ampangan sblm meneruskan perjalanan. pastu berenti kat Ulu Bendul jap untuk berbuka. dah suh adik aku beli juadah sblm bertolak. so berbuka dalam kereta kat tepi jalan je. pastu terus kan perjalanan smpi ke rompin. berenti pun utk solat je. sampai kat rumah lebih kurang kul 10.40 malam. terus pekene nasi dgn lauk sayur labu dan ikan masin. perghhhh. klu ikut nafsu mau berkali2 aku tambah. nasib baik boleh kawal nafsu makan tu. hehehe.

aktiviti hari sabtu nih nak pegi pasar. pagi2 nnt bawak mak aku gi pasar dulu cari lauk utk masak berbuka nnt. famili pakcik nak dtg dari JB. dia suruh mak aku buat otak masak kurma dgn perut cicah air asam. pergghhh. dengar pun meleleh air liur. korang penah makan otak masak kurma? aku tanye member2 aku ramai yg tak makan. klu aku igt nnt aku snap gmbr otak masak kurma tu. hehehe.

pastu aku nak pegi kedai pengantin. klu kedai tu bukak la. nak tgk dan settlekan pape yg patut. kenduri kat umah aku nih tinggal 17 hari je lagi nak prepare.aku plak bukan selalu bleh balik. klu nak tunggu next week aku cuti terus tu takut kelam kabut plak nnt. so alang2 dah balik nih settle la mana2 yg boleh. hehehe.

p/s: rasa mcm tak caya je nak kawin dlm masa 2 minggu lagi. neves plak rasanye. hahahaha.

Thursday, August 26, 2010

Iftar @ KFC

cheezy wedges and snack plate


assalamualaikum



hari ni iftar bersama cik tunang. maka kami pun menuju la ke Jusco Taman Equine. rancangan asal nak g kenny rogers tp fully book pulak. tu yg layan kfc je tu. ok la tu kan. janji iftar. hehehe. bile smpi time berbuka, masing2 berpandangan sesama sendiri. sbb xde azan. masing2 tertanye2. dah masuk ke? dah boleh makan ke? bila dah ade sorang baca doa dan makan, yg lain pun follow la. hehheh. tipikal kat mana2 pun mcm tu aku rasa. sbb tak yakin ngan jam sendiri. huhuhu.

p/s: entri tertangguh selama dua hari sbb tersangkut kat Satio. nak post tak lepas2. rupanye salah setting internet. huhuhu.

Wednesday, August 25, 2010

Isu Halal: McDonald

assalamualaikum.

smlm aku perasan ade org paste kat facebook kononnya Sijil Halal McDonald digantung dan ditarik balik. tak tau la mcm mana boleh tersebar dan siapa yg sebarkan berita mcm tu. kononnya sijil halal syarikat yg membekalkan bahan mentah kepada McDonald (Mac Food) tu ditarik balik. cuak gak aku. baru last week kot makan McDonald. huhuhu. utk lebih yakin, aku pun bukak la website Halal Malaysia. Isu McDonald menjadi tajuk utama. ini berita yg terpampang di laman web tersebut:

ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
sumber: http://www.halal.gov.my


selesai segala keraguan kan? bab2 makan nih jgn dibuat main. jgn diremehkan. jadi darah daging kite nnt. mana bahagian yg tak halal tu akan dibakar api neraka kelak. na'uzubiillah. tahniah pada JAKIM kerana berjaya peka dan cakna dengan perkembangan isu semasa.


p/s: jom layan mcd. GCB double satu!! hehehe

Friday, August 20, 2010

Juadah pilihan kala ramadan

assalamualaikum.

setiap kali ramadan, pelbagai jenis juadah akan muncul di bazar2 ramadan yang kadang2 tidak kedapatan di bulan2 lain. hehehe. dan selalunye kite akan bertanya kepada diri kita sendiri, "ape aku nak makan hari ni ek?" huhuhu.

dulu aku pun mcm tu. tp skrg dah tak berape mcm tu dah. skrg nih aku terjah je bazar ramadan dan aku beli je ape yg aku rasa nk mkn. tp satu jenis je. klu aku rasa nk mkn kuih, aku beli kuih je la. huhuhu. bukannye diet, tp tak nak membazir. hehehe. tp klu aku jumpa 2 jenis kuih nih, mmg confirm aku beli pastu aku tak cari bende lain dah. insya Allah. hehehe. iaitu:

kuih tepung pelita; dan
talam ubi.

tepung pelita lebih mudah dicari berbanding talam ubi. penah suatu hari di bulan ramadan yg aku tak igt tahun bile, smpi ke senawang aku cari talam ubi nih. sbb ada member aku ckp kat situ ade jual talam ubi yg best. tp time aku pegi tu la makcik tu tak jual plak. huhuhu. klu korang tau kat mana ada jual talam ubi yg best, bgtau aku ye. klu boleh yg dekat2 lembah kelang dah ler. hehehe.

walaupun tepung pelita lebih mudah ditemui, aku memilih gak. aku cuma akan beli yg dibuat dlm daun pisang mcm gmbr kat atas je. klu yg dlm daun pandan (ye ke daun pandan) tu mmg aku tak beli la. sbb tak nampak asli kot. huhuhu.


p/s: smlm beli talam ubi tu tapi tak sedap pun. kecewa. huhuhu.

Wednesday, August 18, 2010

Bulan Puasa dan Makan

assalamualaikum.

bulan puasa adalah bulan utk berpuasa. kita (umat Islam) cuma boleh makan dari terbenam mentari sehingga sebelum terbit fajar. korang setuju tak kalau aku cakap kita lebih memikirkan pasal makanan pada bulan puasa berbanding bulan2 lain? aku tgk blog Jom Makan yg aku buat tu lebih ramai pengunjung daripada biasa. maybe sbb aku ade update hari2 skrg. tp dulu2 pun klu aku update hari2 pun takde la ramai mcm tu. huhuhu. sekadar utk difikiri

 sumber: pakcik google

p/s: makan biar seimbang. baru sihat tubuh badan. hehehehe.

Monday, July 19, 2010

Giler Durian @ Jelebu

assalamualaikum.

pada hari semalam, iaitu hari ahad, aku dan bbrp rakan telah dijemput untuk ke Jelebu bagi satu acara tahunan yang dianjurkan seorang sahabat kami. heheheh. mukaddimah je nih.

sbnrnye smlm kitorang ke rumah IjamCC, member dari WiSECommunity. dia ajak gi umah dia makan durian. yg join dari putrajaya 4 orang JMD. hehehe. kitorang gi sebijik kete je. Honda Civic En. Layzree jadi Official Car. hehehe. aku, Faizal Sky0ne dan RyCO jadi passenger je la. total tetamu smlm ada la 8-10 orang.

memula kumpul kat Stadium Paroi. pastu baru bertolak ke Jelebu. perjalanan mcm nak panjat genting gak la. dah la masih hujan renyai2 selepas hujan lebat. kabus tebal gak la. dekat 40 minit gak perjalanan rasanye. tp berbaloi baloi. ntah berapa puluh bijik durian kitorang kekah pun tak tau la. tak terkira. siap tapau bawak balik lagi. pegi cari yang baru gugur nak bawak balik. habis kete bau durian. hahahaha.

pemandangan dari balkoni rumah tuan rumah. huhu.

hasil yang pertama. masam. tp ini baru permulaan. heheh.

inilah tinggalan setelah selamat semuanye dikekah. tak sempat nak snap masa tgh makan sbb tgn kotor. huhuhu. yg lebih2 tu ade la yg bawak balik. hehehe.

ini adalah desserts. huhuhu. bubur kacang + durian.

terima kasih pada tuan rumah dan tuan tanah. bertolak balik dari jelebu kira2 jam 7 malam. semuanye kekenyangan dan terlelap dalam kete kecuali driver. huhuhu. smpi kat area Putrajaya lebih kurang jam 9 malam. penat giler tapi puas hati, dah lama aku tak makan durian sebanyak itu.

p/s: mungkinkah ada yang MC atau EL hari nih?? huhuhu

Tuesday, July 13, 2010

Makan Besar v2: D'One Steak



Assalamuakaikum.



Hari sabtu lalu aku bawak famili aku g mkn western food. adik2 aku nk mkn chicken chop plak. makngah aku rekemen satu kedai ni kat bandar baru bangi. tp aku mmg penah mkn kat sini sekali. best gak la. aku smpt snap bbrp gmbr mknn jer.  masing2 agak keletihan pada pagi itu. mana tak  nye, pagi2 dah kuar gi Jalan TAR. tghari plak pegi Nilai 3. dah maghrib baru smpi umah. klu tak sbb perut berkeroncong untuk ana, mmg semua terbungkang je kat umah tu. hehehe. here's some pics:

mushroom soup and garlic bread
makaroni goreng
village fried rice 
(nasi goreng kampung daaaa. hahaha)
spagheti goreng
chicken chop
(pic ni upside down la plak. huhuhu)
air asam boi, tembikai, sirap, fresh orange dan teh o ais limau.

ada la bbrp lagi menu tak sempat nak snap pic. antaranye ialah Sizzling Steak and Grilled Fish. makanannya ok tapi make sure perut betul2 kosong and kelaparan la. chicken chop dia agak memualkan gak. maybe sbb kitorang dah keletihan dan tak baper lalu nak mkn dah. huhuhu. air asam boi dia mmg terbaik. hehehe.

p/s: sbnrnye try guna handphone nak upload nih tp susah plak nak menaip and tak reti nak upload lebih dari satu gmbr. kene belajar lagi nih. huhuhu.

Saturday, July 10, 2010

Makan besar: Village View Bangi

assalamualaikum.

ptg tadi famili aku baru smpi dari kampung. so mlm nih pegi mkn kat luar sbb tak sempat nye nak masak utk mkn malam. mak aku la ajak gi Village View kat Bangi tu. dia penah pegi mkn tauhu goreng ala thai kat situ. dia kata sedap. so, td kami sekeluarga pun pegi la mkn kat situ. 

untuk pengetahuan, kami pergi seramai 7 org. one whole family. menu yg kami order adalah spt berikut:

  • nasi putih (7 pinggan)
  • siakap 3 rasa
  • kerabu mangga (utk 1 org mkn)
  • tomyam campur (utk 3 org mkn)
  • kailan grg belacan (utk 2 org mkn)
  • kerang bakar
  • tauhu grg ala thai
  • ayam pandan (1 set)
  • sotong grg tepung (1 set)
  • nasi grg USA
  • air sirap
  • jus tembikai (2 gelas)
  • fresh orange
  • jus nenas
  • mocha blen 99
  • nescafe suam
  • air suam
berikut plak gmbr menu2 di atas. tp aku smpt amik gmbr lauk jer. tu pun dah separuh makan baru teringat nk snap picts. hehehe.

siakap 3 rasa

tomyam campur

tauhu grg ala thai, kerabu mangga, kerang bakar
air fresh orange and mocha ice blended

kailan grg belacan, ayam pandan

and, here's the bill. heheheh


ok la kot utk 7 org mkn kan? ikan siakap tu je dah RM45. kira ok la kot. hehehe. ayat penyedap hati. huhuhu. apa2 pun tmpt tu mmg terbaik. walaupun org ramai giler, servis tetap cpt dan tangkas. takde la lama sgt menunggu. hehehe.

p/s: boleh plak terjumpa encik Faizal Sky0ne di situ.

Thursday, June 10, 2010

Harga terlampau

assalamualaikum.

tadi aku bawak parents aku gi jenjalan kat Jusco Equinne Park. saja je bawak sambil nak usha kamera digital murah2. Jusco kan tgh sale skrg nih. hehehe.

nak dijadikan cerita, kitorang pegi la mkn kat foodcourt Jusco tu. aku tak nak citer la pasal pilihan makanan atau harga makanan. aku nk citer pasal harga air. memula beli fresh orange, harganya RM1.80. ok la kot walaupun cuma guna cawan kertas pasar malam tu. then aku nak beli sirap and teh tarik. tp takde kat kaunter air tu. dia suh gi beli kat kaunter desert. fine. aku pun pegi la kaunter desert. order la sirap and teh tarik. bila aku tgk dia tulis harga kat order sheet tu, nk terbeliak gak la biji mata aku. huhuhu. sirap RM2.30, teh tarik pun RM2.30. igtkan ada ape2 yg luar biasa dgn harga mcm tu. tp hampeh. sama je kalau pegi minum kat kedai mamak atau Dapurmas Presint 9 tu. ada ke sirap ngan teh tarik lagi mahal dari fresh orange. hampeh tul.

p/s: takkan pegi foodcourt itu lagi. baik pegi mkn kat Kenny Roger's Roasters. huhuhu.

Wednesday, May 26, 2010

demam la pulak

assalamualaikum.

bbrp hari lepas aku ada ckp aku sakit tekak. malam tu jugak aku pegi check and doctor just ckp aku sakit tekak biasa tp ada tanda2 nak demam. esoknye (smlm laa) sakit tekak tu dah agak berkurangan tapi hidung aku plak yg tersumbat. ditambah ngan batuk2 lagi. suara pun dah garau mengalahkan rockers. maybe sbb pagi tu aku kene pegi wat site survey kat bangunan 6 tingkat yg lifnya belum siap. turun naik tangga tu buat aku makin sakit kot. huhuhu.

so, ptg tu aku mintak izin boss aku utk balik awal. mmg tak leh blah dah duk kat office tu. kul 4.30pm aku dah balik. then cik tunang datang umah bawak gi makan bubur ayam McD. huhuhu. tak nak mengalah kan? demam2 pun layan McD.

[ini la makanan org demam (fries tu bukan aku punye.heheh)]

pastu on the way balik, she insists to take me to the clinic. aku ingat nak pegi pagi nih. tapi bila dia dah insists, aku relakan je la. pegi Klinik Hidup Sihat kat Kajang. klu terdesak aku mmg selalu pegi klinik nih. murah sket dr klinik swasta lain and doktor dia pun baik. tak sanggup aku nak pi menunggu kat klinik kerajaan. confrim berjam2 nye lah tunggu. in the end, doktor bagi ubat pape yg patut and dia bagi aku MC 2 hari. aku igt nak mintak sehari jer. tp dah dia bagi 2 hari, aku terima dgn tangan terbuka laa. hehehe. thanx Dr Azhar.

so hari ni aku melepak kat umah je la. dapat berblog nih pun sbb tunang aku bg pinjam laptop dia. dia dah balik kg. harap2 tak melarat la demam aku nih. if u know wut i mean. huhuhu. esok aku pun nak balik kg ngan adik2 aku. cuti lama, so mesti la nak balik kg kan. bukan selalu dapat cuti lama mcm nih. hehehe.

p/s: aku menaip entri nih sambil menunggu bubur ku masak. lapar plak pagi2 nih. huuhuhu

Monday, May 24, 2010

Wanita dan Waktu Jumaat

assalamualaikum

entri ni tertangguh daripada hari jumaat lepas. kisahnya bermula di sebuah tempat bernama Taman Warisan. seperti biasa aku dan kawan2 berjanji utk melepak dan melantak makan tengahari sblm pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. 

kebiasaannya kami melepak kat Restoran Dapurmas tapi minggu lepas saja nak ubah selera. nak bawak ada sorang member nih merasa nasi ayam warisan. bila aku smpi kat taman warisan lebih kurang kul 12.30 tghari, terkejut aku tgk barisan yg panjang giler. dan 98% barisan tu dibarisi oleh wanita.

hmmm. oleh sbb itu, aku tak lunch pun hari tu. yg pompuan2 nih pun kuar awal2 buat ape? klu nk kuar awal pun, pi la shopping dulu. jalan2 kat alamanda ke pasar malam ke. bagi la yg puak2 laki2 nih makan dulu. tolak ansur la sket kan. kitorang nak pi solat jumaat. korang rehat lagi lama dari kitorang. bagi can laa. hmmmm.

itu je la aku nk citer. bukan nak kutuk. just menyuarakan pandangan aku yg kabur. hehehe.

p/s: malas nk amik gmbr hari tu sbb nnt nk kene censorkan mata korang semua. huhuhu.

Tuesday, May 18, 2010

The best thing about training

assalamualaikum.

mungkin ada org yg tak suka pergi kursus atau training. kenape diorang tak suka? maybe sbb jauh dari rumah. mungkin jugak dia tak minat dgn kursus tu tapi terpaksa gak pegi sbb diarahkan oleh boss dia. mungkin jugak sbb kene tanggung dulu semua perbelanjaan dan claim kemudian. mungkin jugak sbb takde geng yg berkursus bersama. mungkin gak tmpt kursus tu tak best, di tgh hutan misalnye. 

kalau yg suka tu mesti la atas sbb yg berlawanan dgn sbb yg aku bagi kat atas tu. tapi aku rasa ade satu sbb lagi yg org nk pegi dan enjoy training. aku rasa mungkin ramai yg setuju ngan aku dlm bab nih. hehehe. sbb ada makan free dan makan sedap2. setuju tak? klu tak setuju takpe. aku tak kisah pun.

makan free bukan sahaja sedap tp mampu menjimatkan poket sendiri. klu ada makan free, hari2 training pun takpe. hahahah.

p/s: menjimatkan poket tapi mengembangkan perut. =)

Monday, May 17, 2010

Donut for dinner

assalamualaikum.

disebabkan tghari tadi terlebih makan kat Pullman Putrajaya, malam ini decide utk hanya makan donut utk dinner. mmg betul org ckp makanan yg paling sedap ialah makanan percuma. sbb tu bleh mkn byk2. huhuhuhu. donut favourite ini bukan dibeli di Dunkin Donut (yg aku tak penah rasa lg) atau pun Big Apple (yg aku dah tak  makan sejak setahun lalu). tetapi donut ini hanya dibeli di Pasat Malam Seri Serdang. teksturnye sgt lembut. sbb tu aku suka. heheheh.

nyum nyum...

p/s: kalau esok makan free lagi tak tau la ape aku nk mkn for dinner. hmmm.