Friday, March 18, 2011

[TERKINI] Jangkitan Adenovirus di PULAPOL KL

Assalamualaikum.

first of all, maklumat ini diambil dari facebook PDRM.
sehingga jam 8.00 malam, 17 Mac 2011:
wad biasa: 24 orang
wad ICU : 2 orang
pengasingan: 481 orang

Senarai Pelatih Dalam Wad

1.   PI(T) 20961 Mohd Fa'iz b. Mohd Yusof
2.   PI(T) 20975 Syairul Azri b. Hasbah
3.   PI(T) 20903 Mohd Syukri b. Abdul Talib
4.   PI(T) 20657 Mohd Muharram b. Mohd Ariffin
5.   PI(T) 20574 G.Gopinath A/L Govindran
6.   PI(T) 20715 Noor Azlan b. Zaidi
7.   PI(T) 20601 Zarul Shahrin b.Mohd Mustafa
8.   PI(T) 20626 Prakash A/L Balakrishnan
9.   PI(T) 20954 Muhd Haniff Bin Hamidon
10. PI(T) 20558 Izsrole Al Halmy Bin Mohd Ismail
11. PI(T) 20450 Devendran A/L Muthukrishnan
12. PI(T) 20330 Nor Hafizah bt. Ilias
13. PI(T) 20430 Nur Asyikin bt. Othman
14. PI(T) 20252 Zaharah bt. Jaafar
15. PI(T) 20114 Saidatul Akmar bt. Shariffuddin
16. PI(T) 20116 Shanthanamary A/P Shunmigan
17. PI(T) 20200 Nadhrah Hazwani bt. Taufik
18. PI(T) 20235 Nadia bt. Mohd Husin
19. PI(T) 20342 Nurul Shazrina bt. Nazri
20. PI(T) 20351 Bathmashni A/P Yanasudiam
21. PI(T) 20299 Nor Awanina bt. Mohd Yusob
22. Konst/P 181833 Mohammad b. Siman
23. Konst/P 181794 Ahmad Taufiq Bin Abd Halim
24. Konst/P 181758 Wan Azman Bin Wan Ismail

Ahli keluarga boleh hubungi Bilik Gerakan Khas PULAPOL KL untuk maklumat lanjut di talian 03 2688 2009 atau 03 2688 2062. Boleh jugak tgk facebook PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.

Thursday, March 17, 2011

Botol Susu Polikarbonat Membahayakan

assalamualaikum.

berita ini mungkin berguna untuk para ibu bapa terutamanya kepada mereka yang bakal menjadi ibu bapa macam aku nih. hehehe. beberapa hari lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

apa itu BPA? BPA ni adalah sejenis bahan yang digunakan utk menghasilkan botol susu dan menjadikan botol susu itu lebih lutsinar. hasil kajian menunjukkan BPA nih memberikan kesan negatif kepada sistem hormon dan boleh mengganggu fungsi badan. ini boleh menyebabkan bayi/kanak2 terdedah atau lebih mudah dijangkiti penyakit.
Beza botol susu polipropilene dan botol susu polikarbonat dengan BPA.
Sumber: Berita Harian Online


so, kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa, berhati-hati lah semasa memilih utk membeli botol susu untuk anak2. ni aku pastekan info ttg BPA dan mcm mana nak kenal botol susu polikarbonat mengandungi BPA daripada Berita Harian Online:

INFO: Bisphenol A (BPA)
  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca
walaupun kerajaan umum utk mengharamkan penjualan botol susu ni bermula 1 Mac 2012, eloklah kita haramkan terus daripada membelinya. sbg pengguna, kita ada kuasa untuk memilih. gunakanlah kuasa kita.
p/s: nasib baik aku tak beli lagi. hehehe.

Wednesday, March 16, 2011

Status Terkini Jangkitan Adenovirus di PULAPOL KL

Assalamualaikum.

aku nak kongsi info yg aku dpt daripada facebook PDRM tentang status terkini jangkitan adenovirus di PULAPOL KL sehingga jam 4 petang tadi. kalau cari kat Laman Web Rasmi PDRM (www.rmp.gov.my) mmg takde maklumat nih aku rasa.

jumlah pelatih yang ditempatkan di wad biasa HKL ialah 40 orang termasuk seorang staf. 2 pelatih lelaki sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). jumlah pelatih yang menjalani pengasingan pula adalah seramai 564 orang. berikut senarai nama pelatih yang dirawat di wad biasa HKL: (nama pelatih yg dirawat di ICU tidak disertakan)

Senarai Pelatih Dalam Wad
1.   PI(T) 20966 Mohd Khairul Annur b. Mohd Noor
2.   PI(T) 20973 S.Sri Murgan A/L Subramaniam
3.   PI(T) 20961 Mohd Fa'iz b. Mohd Yusof
4.   PI(T) 20975 Syairul Azri b. Hasbah
5.   PI(T) 20903 Mohd Syukri b. Abdul Talib
6.   PI(T) 20914 Zailan b. Abu Bakar
7.   PI(T) 20711 Mohd Redzuan b. Ishak
8.   PI(T) 20657 Mohd Muharram b. Mohd Ariffin
9.   PI(T) 20554 Mohd Fairus b. Rosly
10. PI(T) 20574 G.Gopinath A/L Govindran
11. PI(T) 20715 Noor Azlan b. Zaidi
12. PI(T) 20601 Zarul Shahrin b.Mohd Mustafa
13. PI(T) 20626 Prakash A/L Balakrishnan
14. PI(T) 20954 Muhd Haniff Bin Hamidon
15. PI(T) 20558 Izsrole Al Halmy Bin Mohd Ismail
16. PI(T) 20450 Devendran A/L Muthukrishnan
17. PI(T) 20443 Siti Ratna Dewi bt. Ahmad Tasir
18. PI(T) 20190 Aina Najwa bt. Jaimi
19. PI(T) 20439 Shazrin Irda bt. Ezanee
20. PI(T) 20417 Azura bt. Aripin
21. PI(T) 20330 Nor Hafizah bt. Ilias
22. PI(T) 20195 Hasmah bt. Mustaffa Ramdzah
23. PI(T) 20430 Nur Asyikin bt. Othman
24. PI(T) 20248 Siti Noriha bt. Jamal
25. PI(T) 20204 Norashikin bt. Nordin
26. PI(T) 20252 Zaharah bt. Jaafar
27. PI(T) 20407 Siti Hajar bt. Mohamed
28. PI(T) 20114 Saidatul Akmar bt. Shariffuddin
29. PI(T) 20116 Shanthanamary A/P Shunmigan
30. PI(T) 20200 Nadhrah Hazwani bt. Taufik
31. PI(T) 20357 Haziratul Qiffiah bt. Hasim
32. PI(T) 20235 Nadia bt. Mohd Husin
33. PI(T) 20342 Nurul Shazrina bt. Nazri
34. PI(T) 20351 Bathmashni Ap Yanasudiam
35. PI(T) 20217 Suraya Bt. Ikhsan
36. Konst/P 181833 Mohammad b. Siman
37. Konst/P 182591 Mohd Ideham b. A. Rahman
38. Konst/P 182270 Hafizzul Fitri b. Ahmad
39. Konst/P 182424 Nurul Azri b. Hamid

Senarai Staff Dalam Wad
40. Kpl 129000 Mohd Ashri b. Mat Yatim

Ahli keluarga boleh hubungi Bilik Gerakan Khas PULAPOL KL untuk maklumat lanjut di talian 03 2688 2009 atau 03 2688 2062. Boleh jugak tgk facebook PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.
syukur alhamdulillah nama adik aku takde dalam senarai nih.

p/s: inilah antara kebaikan facebook kalau tak disalahguna.....

Monday, March 14, 2011

Jepun: Tsunami, Ultraman dan Fizz Fairuz

assalamualaikum.

aku terpanggil utk memblog pasal gempa dan tsunami yang melanda jepun. memula igt malas nak tulis sbb aku tau dah ramai yg memblog pasal nih. bukan tak cakna tp taknak kepoh2. hehehe.

sbg sesama manusia, aku mmg sgt simpati dgn apa yg terjadi kat Jepun tu. aku yakin semua manusia yang waras juga akan rasa begitu. apatah lagi kalau ada di kalangan ahli keluarga atau kenalan kita berada di sana sewaktu kejadian tu. kerisauan kita pasti takkan dapat dibendung lg. oleh itu, marilah kita sama2 berdoa supaya bencana teruk yang berlaku di Jepun tidak akan berlaku di negara kita. sama2 lah kita berdoa agar negara matahari terbit itu dapat bangkit semula dari kemusnahan akibat bencana itu. kepada yang berkemampuan, hulurkan lah derma kepada saluran2 yang disediakan.

sbnrnye dah bbrp hari aku tak baca paper dan tak online (kecuali facebook n twitter. LOL). so, baru hari nih la aku tau pasal kisah kartun kat Berita Minggu smlm dan jugak pasal tweet Fizz Fairuz. kedua2 nya dilabel sbg tiada sensitiviti dan berlawak tak kene tempat. td aku baca luahan hati seorang penuntut Malaysia di Jepun yang kecewa. Kecewa dgn kartun tu dan jugak Fizz Fairuz. klu korang nak baca, pegi tgk kat blog Beautiful Nara. Berita Harian pulak hari nih mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas penyiaran kartun tu. dan baru td aku terbaca tweet member aku mengatakan bahawa Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, mahu kerakyatan kartunis tersebut dilucutkan. hmmm.

blog member aku yg berlainan pendapat dari masyarakat umum turut diserang kerana meluahkan pendapat ikhlas beliau dalam isu kartun tu. ada komen yg menyokong dan ada juga komen yg menghina dan mengutuk beliau. korang boleh baca kat blog SembangBincang.

pendapat aku? kenapa nak kecoh hal kartun? kenape nak kecoh hal fizz fairuz? terbela ke nasib orang kat jepun tu dgn hanya mengutuk berita harian dan fizz fairuz? kalau betul2 simpati, kesian, amik berat dan sbgnye, hulurkan lah bantuan. panjangkan lah doa supaya mereka semua selamat dan supaya bencana itu tidak berlaku lagi. tak perlu rasanye nak mengutuk pendapat orang lain kerana itu adalah pendapat mereka. mereka cuma meluahkan apa yang mereka rasa tanpa prejudis. itu adalah hak mereka dan mereka bebas untuk menyatakan pendapat sendiri. kita boleh persoalkan dan argue dengan mereka. tapi argue lah dengan cara ilmiah dan berhemah. bukan menyerang peribadi, mengutuk atau mencarut.

p/s: kadang2 diam itu adalah lebih baik dari berkata2. diam bukan bermakna lemah. bising bukan bermakna kuat.


RALAT: aku tersilap kerana menyatakan ibrahim ali adalah presiden PESAKA. sbnrnye dia adalah presiden PERKASA. hehehe. people do make mistakes. tq kepada yg menegur. kepada yg menghentam pun tq jugak. sungguh cantik bahasa anda. klu ko kata aku C&P, tolong la bgtau kat mana aku copy tu.k at mana yg ko nampak ayat yg sama mcm ayat2 di atas? FYI, ayat2 di atas adalah ayat dan pendapat aku sendiri. terima kasih.

Thursday, March 10, 2011

PULAPOL KL ditutup: Adik aku??

assalamualaikum.

semalam, negara hampir digemparkan dgn berita tersebarnya sejenis virus di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL). jangkitan virus 'Adenovirus' ini telah menyebabkan semua latihan di PULAPOL dihentikan. sehingga semalam, seorang pelatih telah meninggal dunia, dua orang dirawat di ICU dan 28 orang di wad biasa. lebih 200 orang dikuarantinkan di PULAPOL untuk tujuan pemerhatian.

sbnrnye, adik lelaki aku (Amir) adalah salah seorang pelatih yg menjalani latihan di PULAPOL KL nih. pagi semalam, aku dpt tahu dari sepupu aku bahawa PULAPOL KL dikuarantin kerana H1N1. aku mintak sepupu aku periksa klu2 adik aku terlibat. aku tak bgtau mak aku lg takut dia risau. tp malam td, mak aku call sbb dia dgr berita kat TV. aku pun check kat laman web PDRM. berderau darah aku bile baca kenyataan bahawa ada sorang pelatih meninggal. aku tak sangka sampai seserius itu.

aku pun call lah bilik gerakan khas PDRM sbb nak dptkan status adik aku. ALHAMDULILLAH. pegawai tu cakap adik aku sihat dan ada di asrama. dia ckp, kalau ada apa2 nnt pihak PDRM akan maklumkan kepada waris terdekat. syukur Alhamdulillah.

INFO: No Bilik Gerakan Khas PULAPOL - 03-2688 2009 

sebenarnye dah lebih sebulan dah aku tak jumpa adik aku tu sejak dia masuk PULAPOL. telefon pun takleh bawak. minggu lepas dia ada kirim surat dan aku baru je reply surat dia dua hari lepas. tibe2 dgr berita mengejutkan nih smlm. sapa yg tak risau, kan? especially mak aku kat kampung tu. tak sabar2 nak gi melawat dia. hehehe.

apa2 pun, takziah aku ucapkan kepada keluarga pelatih yang meninggal. marilah kita sama2 doakan agar pelatih2 yg masih dirawat tu cepat sembuh dan virus ini tak merebak kepada orang lain. insya Allah. Amin.

aku dan amir tahun 1985 kot
aku dan amir tahun 2007 kot
aku dan amir tahun 2009 kot

p/s: semoga semuanya akan selamat dan berakhir dengan baik. insya Allah.