Tuesday, June 30, 2009

Explaination

assalamualaikum...

I'm tired. Exhausted. Fatigued. Jaded. hmmm. kenape? actually penat driving and travelling. for the past month, I had to go back to my hometown not less than 5 times. As u all know, aku pegi kursus kat terengganu selama 2 minggu in the middle of May. aku abis kursus and balik KL pada 30 Mei (Sabtu).

the next weekend (5 Jun), adik lelaki aku ajak balik kg sbb nk amik barang and at the same time amik adik pompuan aku yg dah abis cuti. balik kg dia drive naik kelisa. aku drive sejam je sbb lenguh kaki. huhuhu. tp balik KL semula aku drive sbb naik Unser ayah aku.

the following week (10 Jun), mak aku drive Kelisa bawak ayah and adik2 aku yg lg 2 org tu dtg sini. memule tu hesitate jugak nk biar dia drive jauh2 but she insists. ayah aku ada appointment kat hospital putrajaya on 11 Jun. then, of coz la aku kene anta diorang balik kg. after office hari jumaat (12 Jun). naik Unser. sbb kelisa tu adik aku nk guna kat sini. kenapa aku kene anta? Pertama, sbb adik lelaki aku dah duduk dengan aku sbb dia dah start keje kat KL. Kedua, sbb ayah aku tak boleh drive lg. Ketiga, sbb aku tak berape harap mak aku drive Unser tu jauh2. then aku balik KL semula pada hari sabtu (13 Jun) dengan menaiki bas ekspress. memule igt nak balik hari ahad tapi tiket dah habis daaa. huhuhuhu.

kemudian, the week after that (19 Jun-jumaat), sekali lagi aku balik kg lepas office hour sbb mak aku nk buat sedikit majlis kesyukuran pada hari sabtu (20 Jun) sempena kejayaan adik aku dapat masuk UNITEN. aku balik KL pada hari ahad (21 Jun).

and finally last week (25 Jun), aku balik kg untuk amik famili aku sbb adik aku akan register kat UNITEN pada hari Sabtu (27 Jun). aku tinggalkan kereta aku kat kampung and drive Unser balik KL. aku balik kg semula pada hari ahad (28 Jun). adik lelaki aku yg drive dari KL ke kampung and aku drive dari kampung ke KL on the same day. kenape balik hari? sbb road tax aku mati pada 28 Jun and aku lupa nk renew. huhuhuh.

so, fahamilah the-one-word-posts aku sebelum2 nih. heheheh.

p/s: *in the middle of that, aku kene attend kursus kat bangi dari 22-25 Jun.

Friday, June 26, 2009



Jaded



Monday, June 22, 2009



Fatigued


Sunday, June 14, 2009



Exhausted


Wednesday, June 10, 2009



I'm tired


Wednesday, June 3, 2009

Master

assalamualaikum..

last week, lepas abis kursus tu aku balik kg. then hari jumaat tu aku and family pi Yayasan Pahang untuk amik duit RM500 sbg mcm wang bantuan utk masuk IPT. semua anak2 jati pahang akan dapat duit tu dgn bbrp syarat la. tp bukan itu yg aku nk citer. aku nk citer pasal satu soalan yg ayah aku tanye aku. dia tanye bile aku nk samb belajar. terkedu jap aku. aku pun ckp bile aku dah sah jawatan nnt aku sambung la. maybe tahun dpn or 2011. ayah aku senyap jer.

kenape aku terkedu? sbb lps aku abis belajar dulu, ayah aku suh aku sambung buat master and klu boleh smpi Ph.D. aku ckp kat ayah aku, aku sanggup smpi master je. Ph.D tu maybe payah sket. mcm aku dah janji la ngan ayah aku. aku pun mmg dah plan nk samb master kat uniten. mula2 jadi Research Assistant pastu wat master free of charge sambil jadi tutor kat uniten tu. plan aku almost work out. dapat jadi RA. tapi.....kusangkakan panas hingga ke petang, rupanye hujan pukul 11. huhuu. mmg aku dapat jadi RA. tp utk satu projek Engineering di mana aku diperlukan untuk memprogramkan sebijik chip guna C Programming, which is my expertise. namun setelah bbrp bulan, chip tu tak smpi2 setelah di'order' dari US. and aku pun hanya makan gaji buta. kerana bosan, aku cari keje lain and sbb tu la aku tak smpt wat master. mak aku plak letak syarat klu nk kawin kene wat master dulu. tu yg aku tak kawin2 lg nih. hahahah. (padahal mmg takde calon lg pun.huhuhu.)
berbalik pada citer soalan ayah aku td. aku sebak gak la. sbb tak dpt lg tunaikan janji aku pada ayah aku. tp bukan aku lupa pada janji tu. cuma masa dan keadaan masih belum mengizinkan aku utk samb belajar. aku dah janji pada diri aku yg aku akan tetap samb belajar selewat2nya pada 2011. insya Allah. doakan aku ye kawan2. :D

citer pasal ayah aku nih, terkenang aku pada satu lagi citer. dari rumah aku (Rompin) nk ke pekan or kuantan or terengganu ade satu je jalan utama. jalan pekan-rompin la. jalan nih menyimpan seribu satu kenangan utk aku. and everytime aku lalu jalan nih aku pasti akan menitiskan air mata lelaki ku. chewah. huhuhu. kenape? kisah ni berlaku hampir 10 tahun yg lepas. huhuhu

skolah menengah aku di Pekan. aku tinggal kat asrama. jarak Rompin ke Pekan almost 100km. klu balik hujung minggu aku kene naik teksi. sbb masa tu parents aku belum ade kereta lg. kami cuma ada 2 buah motosikal. satu utk mak aku pegi keje. satu lagi utk ayah aku ke kebun or meronda (ayah aku keje jaga). masa aku form 1 and form 2, bas dari Pekan ke Rompin pun xde lagi. so, bile aku nk balik semula asrama, kadang2 naik teksi tp mostly ayah aku yg hantar.
ye, naik moto. klu penat sgt, ayah aku berenti kat bus stop utk berehat. aku igt lg kadang2 ayah aku tertdo atas moto sbb terlalu penat. tp ade satu bende yg aku buat and aku rasa menyesal smpi skrg. sbb tu aku menangis bile aku igt balik peristiwa tu each time aku lalu jalan tu. hmmmm. masa tu hujan turun renyai2. aku dan ayah aku cuma pakai baju hujan. bile hujan semakin lebat, ayah aku berenti kat satu hentian bas di tepi jalan. waktu tu mmg dah dekat nk smpi dah skolah aku. dah 3/4 jalan dah dari rumah aku. tp aku ajak ayah aku balik semula dgn alasan baju2 aku dlm beg tu basah. takde baju sekolah nk pakai utk esok hari. aku tgk muka ayah aku. dlm keadaan terpaksa dia ikut kan jugak kehendak aku. kami patah balik. dan esoknye aku balik asrama naik teksi. aku takkan lupakan peristiwa aku menyusahkan ayah aku tu. biar 100 kali pun aku lalu kat situ, aku akan tetap menangis walaupun aku dah cuba nk tahan. hmmm. maafkan ino, abah.

p/s: adeh. nape lah aku sensitif/jiwa plak arini. huhuhu

Monday, June 1, 2009

Syurga Cinta

assalamualaikum...

aku dah lama tak tgk wayang. selain nk tgk heliza tu berlakon, ade sumting yg menarik aku utk tgk citer nih. aku igt citer nih mcm satu citer Indon dulu, Kiamat Sudah Dekat. tp lepas tgk hari tu ternyata tak sama walaupun konsepnye mungkin ade sedikit persamaan. and aku tak nyesal tgk citer nih. ada byk bende boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.
Jodoh nih ade 3 jenis. yang pertama, jodoh dari syaitan. Berjumpa, berkenalan, saling menyukai, terjebak dengan maksiat, terlanjur dan barulah berkahwin.
yang kedua, jodoh dari jin. lelaki suka tp pompuan tak suka. so lelaki bomohkan pompuan supaya suka kat lelaki and mereka pun kawin.
yang ketiga, jodoh dari Allah. Berjumpa, berkenalan, saling menyukai. si lelaki melamar si perempuan dan diterima. berkahwin dan hidup bahagia. itulah Syurga Cinta.


Kenapa Allah sorokkan matahari dan datangkan guruh, petir dan hujan? kerana Allah mahu berikan kita pelangi......


cinta hanya untuk orang yang benar2 ikhlas ingin memilikinya, bukan untuk dipersendakan.

hmmm. the truth is, citer ini mampu menghadirkan keinsafan dan kekesalan bagi yang betul2 memikirkan dan menghayati mesej yang cuba disampaikan. sesungguhnya manusia sentiasa lupa dan alpa. termasuklah diri aku sendiri. bukan kita tak tau tp kite buat2 tak tahu. kenapa? tepuk dada tanyalah iman.

salam.