Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa bersama Sanak Saudara

assalamualaikum.

selepas 15 hari berpuasa, akhirnya aku, isteri dan anak berbuka puasa di luar. tapi bukan kami bertiga jer. bersama adik2 aku, keluarga paksu dan makngah aku. sebenarnya, makngah aku yg belanja. tu yang on makan kat luar tu. hehehe.

lokasi yang dituju ialah Restoren Cina Muslim Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. makanan yang disediakan pula adalah secara ala carte. takde buffet2. masa aku smpi dalam kul 7 malam tu, makanan dah sedia terhidang sbb makngah aku dah order awal2. sila la enjoy gambar2 hidangan di bawah nih. hehehe.
order list for the day
sebelum: tu diaaa...
selepas: ada satu nasi tak abis. huhu


kepala kerapu sesudah selesai diratah.
itu semua untuk 10 orang makan tu. tak baper nak habis gak la. pada aku secara keseluruhannya makanan kat sini biasa2 jer. ada tempat yg lagi best kot. tp ok la. boleh la nak makan. harga aku tak tau sbb bukan aku yg bayar. payah sket nak agak. hehehe.

anak aku? mula2 tu dia tak buat perangai sgt. aku pun makan la dulu seround pastu gi solat maghrib. lepas aku selesai je solat, aku tgk dia dah merengek2 dah. wife aku dah bagi susu setengah botol dah. so, aku take over pulak. bagi wife aku makan pulak. aku bawak 'Aisya Qaisara jalan2 smpi ke kereta. mula2 ok tp pastu dia nangis plak. aku masuk kete, start kete, bukak aircond pastu aku sumbat susu. terus diam. lepas 10 minit, wife aku join. sambung susu badan sket pastu baru dia relax sket. masuk balik kedai. sambung makan. sambung borak. lebih kurang kul 9 baru kitorang balik. hehehe.

pastu kononnya nak pegi cari durian tp hampa sbb kat area2 bangi tu takde dah org jual durian kawin. durian kampung je ade. dah lewat kot. yg meniaga tu gi solat terawih kot. huhuhu.

p/s: family bonding, bukan selalu. heheheh

Tuesday, August 9, 2011

Ramadan, bazar dan kuih

assalamualaikum.

apabila tibanya bulan ramadan, maka akan muncullah pasar2 dan bazar2 ramadan di merata2 tempat.di kalangan anak2 muda, ia juga lebih dikenali sbg param (pasar ramadan) ataupun baram (bazar ramadan). kalau dah pegi baram/param tu, nafsu membeli mmg boleh menyebabkan poket menjadi lobos.  semua bende nampak sedap. semua benda nak dimakan. huhuhu.

bagi aku, juadah wajib yang aku cari kat baram/param ialah kuih tepung pelita dan talam ubi. tepung pelita senang nak cari. pegi lah mana2 baram/param pun ada. cuma nak pilih yg sedap dgn tak sedap jer. nak rasa tak boleh. so main tgk dan beli je la utk mencuba. kalau sedap, boleh beli lagi. klu tak sedap, lu pikir lah sendiri. hehehe. setakat nih kuih tepung pelita paling sedap aku penah beli ialah di Pasar Ramadan Presint 15 Putrajaya. dekat parking lot belakang Mydin Putrajaya. makcik tu mmg jual tepung pelita je. biasa la 5 biji RM2. tepung pelita dia mmg marvellous laa. mungkin yang paling sedap aku penah rasa. huhuhu.

talam ubi plak mmg lah amat payah nak cari. kalau dpt pun tak berapa sedap. sejarah aku ngan talam ubi nih smpi ke baram/param senawang aku mencari tapi kecewa. sesapa yg tau kat mana ada jual talam ubi yang sedap nih tolong la bgtau aku ye. huhuhu.

tahun ni, dah seminggu puasa aku baru 2-3 kali je gi baram/param. tu pun beli kuih jer. sbbnye wife aku masak kat umah. bukannya tak kesian kat wife aku, tp dia yg volunteer nak masak. kalau aku tanya nak beli apa2 tak kat baram/param, dia mesti kata tak nak pape. aku suka sbb boleh berjimat. walaupun wife aku masak simple je, aku puas hati sbb buka puasa bukan nak makan banyak sgt pun. makan nasi dgn sejenis lauk pun dah cukup. lebih2 tu semua nafsu jer. eheheh.

p/s: Ramadan sepatutnya boleh berjimat, bukan berlebih. insya Allah.

Tuesday, August 31, 2010

Iftar with JMD



assalamualaikum..

hari nih berbuka puasa bersama2 rakan2 JMD. ade bbrp org xdpt join sbb ade komitmen lain. so aku, Faizal Sky0ne, Layzree and RyCO je available. kami ke bazar ramadan kat blkg PKNS Bangi je. pastu balik berbuka di rumah Faizal. inilah hasil penjelajahan kami. utk 4 org mkn kira ok la kan? hehehe.

yg dlm mangkuk tingkat tu special utk tuan rumah. nasi ayam kasih syg. hehehe.

p/s: aku beli nasi kerabu ngan tepung pelita jer. oops. dgn ais krim soda tu. hehehe.

Saturday, August 28, 2010

Agenda balik kampung

assalamualaikum.

akhirnya dapat gak aku balik kampung ramadan nih. dah lepas separuh ramadan baru bleh balik merasa berpuasa, berbuka dan bersahur di kampung. huhuhuh. tapi aku tak cuti terus. balik weekend je. aku start cuti  minggu dpn. 4 September. insya Allah.

bertolak dari Kajang lebih kurang kul 6.30 pm. melalui lebuhraya LEKAS yang masih lengang, memang lekas betul la aku smpi kat Ampangan tu. tol pun RM4.90 jer. sepatutnye ade dua tol tp satu tol tu free lagi. pastu berenti isi minyak and beli air kat Petronas Ampangan sblm meneruskan perjalanan. pastu berenti kat Ulu Bendul jap untuk berbuka. dah suh adik aku beli juadah sblm bertolak. so berbuka dalam kereta kat tepi jalan je. pastu terus kan perjalanan smpi ke rompin. berenti pun utk solat je. sampai kat rumah lebih kurang kul 10.40 malam. terus pekene nasi dgn lauk sayur labu dan ikan masin. perghhhh. klu ikut nafsu mau berkali2 aku tambah. nasib baik boleh kawal nafsu makan tu. hehehe.

aktiviti hari sabtu nih nak pegi pasar. pagi2 nnt bawak mak aku gi pasar dulu cari lauk utk masak berbuka nnt. famili pakcik nak dtg dari JB. dia suruh mak aku buat otak masak kurma dgn perut cicah air asam. pergghhh. dengar pun meleleh air liur. korang penah makan otak masak kurma? aku tanye member2 aku ramai yg tak makan. klu aku igt nnt aku snap gmbr otak masak kurma tu. hehehe.

pastu aku nak pegi kedai pengantin. klu kedai tu bukak la. nak tgk dan settlekan pape yg patut. kenduri kat umah aku nih tinggal 17 hari je lagi nak prepare.aku plak bukan selalu bleh balik. klu nak tunggu next week aku cuti terus tu takut kelam kabut plak nnt. so alang2 dah balik nih settle la mana2 yg boleh. hehehe.

p/s: rasa mcm tak caya je nak kawin dlm masa 2 minggu lagi. neves plak rasanye. hahahaha.

Thursday, August 26, 2010

Iftar @ KFC

cheezy wedges and snack plate


assalamualaikum



hari ni iftar bersama cik tunang. maka kami pun menuju la ke Jusco Taman Equine. rancangan asal nak g kenny rogers tp fully book pulak. tu yg layan kfc je tu. ok la tu kan. janji iftar. hehehe. bile smpi time berbuka, masing2 berpandangan sesama sendiri. sbb xde azan. masing2 tertanye2. dah masuk ke? dah boleh makan ke? bila dah ade sorang baca doa dan makan, yg lain pun follow la. hehheh. tipikal kat mana2 pun mcm tu aku rasa. sbb tak yakin ngan jam sendiri. huhuhu.

p/s: entri tertangguh selama dua hari sbb tersangkut kat Satio. nak post tak lepas2. rupanye salah setting internet. huhuhu.

Tuesday, August 24, 2010

Iftar @ Cyberview Lodge Resort & Spa

assalamualaikum.

semalam aku berbuka  puasa di Cyberview Lodge Resort and Spa kat cyberjaya. ade org sponsor. tp bukan aku sorang la. dgn tukang sponsor dan officemates. hehehe. ramai gak rasanye yg datang. ada la dalam 30 orang kot. tp ramainye dari yg tukang sponsor la. hehehe.

aku smpi lmbt sket. kul 6.50pm kot baru gerak dari ofis. aku mintak 2 orang je yg tunggu aku sbb nk gi naik kete aku. rupanye semua tunggu aku kecuali boss laa. sbb dia balik umah dulu. huhuhu. pastu berkonvoi la kami ke sana. dah macam konvoi kelab kete plak. 2 biji wira aeroback dan 2 biji wira SE. (tiba2 teringat zaman selalu berkonvoi dgn JMD dulu.) huhuhu.

sampai sana lebih kurang kul 7.15pm. mula kelam kabut. meja dah nak penuh. kelam kabut jugak la cari kerusi kosong di celah2 yg smpi awal. nasib baik dpt satu seat. yg confirm nmpk kosong ialah kat meja VIP. duduk dengan dato' dan boss2. hahaha. xkuasa la aku nk duk meja VIP. tak nikmat makan nnt. tp aku tgk yg duk situ pun bedal selamba je. VIP tak protokol sgt kot. hehehehe.

dekat kul 9 gak la baru balik. tak larat aku nak makan byk2. bulan ramadan nih aku bersederhana bab makan2 nih. huhuhu.


JMD trip to PD - new year 2009
JMD trip to PD - new year 2009
p/s: terkenang konvoi ngan JMD. nnt la aku post satu entri kenangan. huhuhu.

Saturday, August 21, 2010

berbuka dengan malas

assalamualaikum.

hari ni aku berbuka puasa sorang je. cik tunang ada event berbuka puasa dengan company and officemates. adik aku balik lambat and beli makanan sendiri. yg dekat uniten tu pulak senyap jer. byk makanan dah kot. huhuhu. so, on the way balik td duk pk2 gak la nak beli ape utk berbuka. selalunye aku tanye adik aku nk mkn ape so aku belikan ape dia nak and aku beli ape2 je yg aku rasa nak makan once aku sampai kat bazar ramadan tu. tp kali ni kene pk sendiri. mcm2 la terlintas kat kepala nih. tp terlalu byk la plak. so, aku decide tak nak singgah bazar ramadan. singgah kedai runcit je. beli bihun. balik umah, buat bihun goreng. itu je la juadah buka puasa utk 10 ramadan. gara2 malas singgah di bazar ramadan. huhuhu.

p/s: xde gmbr kali ni. terlebih goreng. maybe leh makan masa sahur nnt. huhuhu.

Tuesday, August 17, 2010

Iftar @ Shangri-La Putrajaya

assalamualaikum.

hari sabtu lepas, aku dan beberapa kawan yg rapat berbuka bersama2 di Hotel Shangri-La Putrajaya. sbnrnye encik Layzree berbesar hati nak sponsor separuh dari harga sbnr buffet ramadan tu. lagi pun kami tak pernah pun berbuka kat hotel sblm nih. last year kami berbuka beramai-ramai di Mangiamo Cafe, Taman Equestrian Putrajaya.

ini mungkin kali terakhir kami dapat berbuka bersama begini. sbb lps nih aku dan lazyree dah nak kawin. faizal pulak dah nak pindah ke bera. tinggal la ryco ngan fendi3z. huhuhu. touching2 sket. inilah sahabat2 dunia akhirat. sahabat di kala susah dan senang. ada lagi sbnrnye tapi masing2 dah ade komitmen masing2. kami berlima je la yg tinggal setakat nih. lepas2 nih tak tau la plak. huhuhu.

makanan kat shangri la nih boleh tahan la. pelbagai jenis juadah ade. melayu, western, arab, semua ada. paling best, serawa durian. huhuhuhu. masyuk. heheheh. masa makan tu siap ada iringan penyanyi lagi. mcm2 lagu gak dia nyanyi. dangdut pun ada. huhuhu.

dah abis mkn, dapat plak 'door gift'. bubur lambuk sorang se'tupperware'. huhuhu. jadi juadah sahur la plak. hehehe. tq layzree sbb belanja walaupun separuh jer. heheheh.

p/s: gmbr2 ada pd kamera encik Faizal. huhuhu