Showing posts with label walimatul urus. Show all posts
Showing posts with label walimatul urus. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Kawan Kawin Kawan

assalamualaikum.

hari tu aku kawin pada hari raya kedua. majlis kenduri plak pada raya ke-3 dan ke-7. hari ni, raya ke 15. member aku plak nak kawin. sahabat dunia akhirat. salah seorang JMD. Layzree Nick. tahniah untuk anda. kepada tuan pengapitnya, encik Faizal Sky0ne, gud luck with all the tolls. hahaha. semoga cepat la smpi giliran mu pulak.

aku jenis yg jarang pegi kenduri. boleh kira berape je majlis kenduri yg aku penah attend. selain yg saudara mara la. itu klu tak dtg mmg nak kene leteran mak aku la. hehehe. setakat org kampung je mmg jarang la aku pegi. klu ada kawan2 yg jemput, aku cuba sedaya upaya untuk hadir tp selalunya keadaan tak mengizinkan. bukan sengaja tp kebetulan. klu aku dpt hadir kenduri tu kira satu keajaiban la jugak. hehehe. 

kali ni lain sket rasa sbb kali pertama pegi kenduri dgn isteri aku. kali pertama sbg sepasang suami isteri. sblm nih pernah pegi kenduri yg sama. tp pegi asing2. duduk pun meja jauh2. masa tu kenduri seorang JMD jugak, Encik Uzairizal a.k.a Zuzu, yg sekarang nih dah bergelar bapak org. huhuhu. so, untung la ko Layzree sbb kenduri ko yg pertama kami hadir bersama2 nih. hahahaha.

ini la rupa bakal pengantin [image cilok dari blog pengantin. hehehe.]
Layzree nikah hari nih. tp kami tak smpt nak hadir. tghari nih baru nak gerak ke JB. tdo umah pakcik aku kat skudai mlm nih. insya Allah esok akan berkonvoi bersama rombongan pengantin lelaki. tmpt berkumpul dan masa akan dibincangkan kemudian bersama tuan pengapit dia. hehehe. 

p/s: tahniah sahabat dunia akhirat!!

Friday, September 24, 2010

Cerita Kawin

assalamualaikum.

bukan senang nak kawin sbnrnye. byk dugaan yg datang melanda. tp itu semua adalah cubaan dan rintangan yg perlu dihadapi dgn redha. cerita kawin aku jugak penuh suka duka.

2 hari sblm raya, aku eksiden sekali lagi. kali ini dgn sebuah motosikal. memula nak settle sendiri jer. aku bayar la repair moto dia. dlm RM80. pastu dia nk mintak RM300 untuk kecederaan dia. aku nak bawak dia gi klinik tp dia tak nak. so dia pegi sendiri. dia tunggu aku dtg. aku ajak member aku. member aku nih pulak ajak lg 2 org member dia. dua2 polis berpakaian preman. pendek cite, dia nak RM50 utk settle. rupa2nye dia takut ngan polis tu. polis tu bgtau aku budak nih selalu kuar masuk balai. mat pit. huhuhu. kete aku kemek sblh kanan plak. adui. smpi skrg tak gi buat lagi. hmmm.

itu satu part. yg ni part nikah plak. memula dulu pak imam dah setuju nak dtg umah. menikah lepas maghrib. tp last2 minit dia cancel plak. dia suh gi nikah kat surau sbb ade 4 pasangan nak menikah pada hari tu. so, dia nak buat semua kat surau. senang keje dia. first come first serve. bincang punye bincang. last2 kitorang serbu surau tu kul 6.30 ptg. tok imam yg umah kat sblh surau tu pun tgh mandi agaknye masa kitorang smpi. huhuhu. so aku la yg pertama dinikahkan. tp lps selesai tu, tak nampak pun bayang pengantin lain. hmmm. diorang on the way kot. takkan la tok imam nak menipu, kan? hehehe.

seterusnya part yg agak menyayatkan. hari kenduri tu, kereta pakteh aku hilang. hilang kat parking homestay yg kami duduk tu. kereta wira aeroback jugak yg dicurinya. walhal sebelah menyebelah tu ade kete BMW ngan sentra lg. hmmm. aku serba salah jugak la. kete dia ilang sbb dtg kenduri aku. tp aku tak mampu nk buat ape2. diorang gi buat report je la. nasib baik ade anak sedara dia yg tinggal dekat2 situ bg pinjam kan kete utk diorang balik. smpi skrg masih tiada berita pasal kete tu. hmmmm.

lagi satu ni berlaku kat umah mentua aku plak. malam lepas kenduri tu baru sedar rupanye purse kakak ipar aku kene curi. dan pencuri tinggalkan handbag curi org lain kat umah tu. purse kakak ipar aku nih plak dijumpai di sebuah rumah yg dimasuki pencuri di Kota Bharu. bila pegi balai polis, baru la tahu kisah sbnrnye. ade satu kumpulan pencuri (1 pompuan, 2 lelaki) dtg mencuri di majlis kenduri kawin. yg lelaki tunggu dlm kete. yg pompuan masuk umah. yg pertama berlaku di kuala krai. handbag yg dicuri di kuala krai, ditinggalkan di machang (umah mentua aku). purse yg dicuri di machang pulak ditinggalkan di kota bharu. tp rumah yg di kota bharu tu umah seorang ASP dari Bukit Aman. dia yg cam pencuri tu. hmmmm. kakak ipar aku tu cuma kehilangan duit RM400. IC dan kad2 lain semua dpt balik. hmmm. mcm2 kan?

last but not least kat umah aku sendiri la. tekanan air rendah. smpikan mak aku terpaksa sewa 1 tangki besar dgn JBA. tu pun tak cukup. malam sblm kenduri, aku tumpang mandi kat bilik hotel member aku yg dtg dari KL, Ryco & Fendiz. hari kenduri tu pulak, pagi2 smpt la mandi kat umah. tp tghari sblm bersanding tu, aku pegi mandi kat masjid. kelakar la pulak rasanya. hahahaha. penah ke pengantin mandi kat masjid sblm bersanding? huhuhu.

itulah kisah di balik tabir perkahwinan aku dan isteri. mcm2 kan? hehehe.

p/s: panjang plak entri nih. layan kan aje la. huhuhu.

Thursday, September 23, 2010

Cerita Raya

assalamualaikum

hari nih hari kedua aku kerja setelah hampir 2 minggu bercuti. tp mood nak keje masih tiada. masih mood bercuti. penat berkenduri tak ilang lagi sbnrnye. sgt2 penat dan keletihan.

tp nk update sket la blog yg dah lama terbiar nih. memula nk citer pasal raya dulu. raya tahun ni lain daripada yg lain. mmg la lain sbb aku kawin time raya. huhuhu. punya la tak igt pasal nak raya smpikan aku terlupa bawak balik baju raya. aku bawak balik baju nikah jer. huhuhu. kesudahannye, aku pakai baju melayu ayah aku yg bbrp tahun lepas dgn kain pelikat jer. aku sorang warna biru sedangkan famili aku semuanye tema purple. hehehe.

one blue in purples. hehehe
ptg raya tu terus bertolak ke kelantan. sbb majlis nikah akan berlangsung pada hari raya kedua. so, lps solat hari raya tu smpt pegi bbrp buah rumah jer. takde org smpt dtg beraya ke rumah pun. huhuhu. sbb tu la raya aku tahun nih lain daripada yg lain. hehehe.

p/s: muka ada senyum. gmbr terakhir bersama famili sblm mengakhiri zaman bujang. hehehe.

Saturday, September 11, 2010

Today is the day

assalamualaikum.

hari ini, 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H, adalah harinye. hari ape?? hari nih hari sabtu. hari raya kedua. hari aku akan menamatkan zaman bujang aku yg penuh gilang gemilang. heheheh. yg penuh suka dan duka sebenarnya. hehehe.

insya Allah malam nih aku akan dinikahkan dengan cik tunang. smlm aku bertolak dari pahang lebih kurang jam 4 petang. tunggu pakcik aku di Ceneh Baharu selama hampir 2 jam. maka kami pun sampai lah di kelantan lebih kurang jam 2.30 pagi. huhuhu. pagi nih takde ape sgt2. rehat2 jer. ada la masalah sket tp insya Allah harap2 semuanye berjalan lancar.

esok kenduri di sini. di machang, kelantan. kenduri di pahang pada 16 September. harap2 semuanye berjalan lancar. doakan kami yer. terima kasih. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

p/s: tak sabar tapi nervous. huhuhu.

Thursday, September 2, 2010

ready to go??

assalamualaikum.

sumber: uncle google
hari nih hari last aku kerja sblm bercuti lebih kurang 2 minggu setengah. heheheh. klu smlm aku main game je dari pagi smpi ke petang, hari nih pun lebih kurang sama je kot. maklumlah dah takde mood nak cuti. dah banyak mood nak cuti, nak raya and nak kawin. heheheh. mcm tak caya je dah nak kawin. semoga dipermudahkan segalanya utk aku dan cik tunang.

skrg cik tunang ade kat kampung. terpaksa balik sbb ayah dia sakit dan dimasukkan ke hospital. sepatutnye dia cuti next week. so nnt dia kene masuk keje balik pastu baru start cuti semula. harap2 ayah dia bertambah sihat. insya Allah.

p/s: selamat bercuti kepada semua.

Saturday, August 28, 2010

Agenda balik kampung

assalamualaikum.

akhirnya dapat gak aku balik kampung ramadan nih. dah lepas separuh ramadan baru bleh balik merasa berpuasa, berbuka dan bersahur di kampung. huhuhuh. tapi aku tak cuti terus. balik weekend je. aku start cuti  minggu dpn. 4 September. insya Allah.

bertolak dari Kajang lebih kurang kul 6.30 pm. melalui lebuhraya LEKAS yang masih lengang, memang lekas betul la aku smpi kat Ampangan tu. tol pun RM4.90 jer. sepatutnye ade dua tol tp satu tol tu free lagi. pastu berenti isi minyak and beli air kat Petronas Ampangan sblm meneruskan perjalanan. pastu berenti kat Ulu Bendul jap untuk berbuka. dah suh adik aku beli juadah sblm bertolak. so berbuka dalam kereta kat tepi jalan je. pastu terus kan perjalanan smpi ke rompin. berenti pun utk solat je. sampai kat rumah lebih kurang kul 10.40 malam. terus pekene nasi dgn lauk sayur labu dan ikan masin. perghhhh. klu ikut nafsu mau berkali2 aku tambah. nasib baik boleh kawal nafsu makan tu. hehehe.

aktiviti hari sabtu nih nak pegi pasar. pagi2 nnt bawak mak aku gi pasar dulu cari lauk utk masak berbuka nnt. famili pakcik nak dtg dari JB. dia suruh mak aku buat otak masak kurma dgn perut cicah air asam. pergghhh. dengar pun meleleh air liur. korang penah makan otak masak kurma? aku tanye member2 aku ramai yg tak makan. klu aku igt nnt aku snap gmbr otak masak kurma tu. hehehe.

pastu aku nak pegi kedai pengantin. klu kedai tu bukak la. nak tgk dan settlekan pape yg patut. kenduri kat umah aku nih tinggal 17 hari je lagi nak prepare.aku plak bukan selalu bleh balik. klu nak tunggu next week aku cuti terus tu takut kelam kabut plak nnt. so alang2 dah balik nih settle la mana2 yg boleh. hehehe.

p/s: rasa mcm tak caya je nak kawin dlm masa 2 minggu lagi. neves plak rasanye. hahahaha.

Saturday, August 21, 2010

Utusan Raja Sehari

assalamualaikum.

entri pendek je. musim2 raya nih orang sibuk pos kad raya tapi aku sibuk pos kad kawin. hehehe. kepada mereka yg dah bagi alamat kat aku di facebook, anda mungkin akan menerima kad jemputan tu dalam minggu dpn. insya Allah. kepada yang tak bagi alamat lagi, sila lah berbuat demikian secepat mungkin. huhuhu.

utusan seri raja sehari
p/s: terpaksa pakai setem 60 sen. takut tak sampai kalau pakai 50 sen jer. huhuhu.

Monday, August 2, 2010

ada apa Ramadan ini?

assalamualaikum.

dalam tak sedar, hari nih dah 21 Syaaban. dalam seminggu lagi Ramadan pulak akan datang. dah kene puasa sebulan bagi yang boleh. huhuhu. ramadan kali nih pastinya agak lain daripada yang lain. sekurang2nya lain utk aku la. sbb aku bukan sibuk nak buat persiapan utk sambut raya. tapi sibuk buat persiapan nak kawin. hehehe.

majlis pernikahan insya Allah pada malam hari raya kedua dan kenduri pada raya ketiga. majlis sebelah lelaki pulak pada raya ketujuh. kami pilih buat kenduri masa raya nih sbb senang nak kumpul sanak saudara mara yg kebanyakkannya mmg susah nak balik kampung kecuali raya. tp kawan2 la pulak susah nak dtg sbb nak balik raya kat kampung masing2. kecualilah klu kampung diorang dekat2 ngan kampung kami. so boleh la dtg kan? hehehe.

citer pasal puasa, raya and kenduri nih, mak aku la yg paling sibuk. last weekend aku balik kampung. terkejut aku tgk mak aku renovate umah tu. mcm2 dibuatnya. siap buat garaj kat luar lagi. lupa plak aku nak snap gmbr rumah aku tu. pastu masuk2 dlm umah dah ada set bilik pengantin. tp bilik pengantinnya takde lagi. betul2 surprise la aku kan. huhuhu. weekend nih maybe kene balik kg lagi. nak kemas lagi pape yg patut. tak abis kemas lg. ntah2 tiap2 weekend aku kene balik lps nih. huhuhu. penat la weh.

p/s: dapat cuti kawin + cuti raya 2 minggu setengah..huhuhu

Sunday, August 1, 2010

Walimatul Urus

assalamualaikum.

ketika umat Islam sedang menghitung hari untuk menyambut Ramadan dan Syawal, aku pula menghitung hari menanti hari bahagia dan paling bersejarah dalam hidupku. oleh itu, dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat Illahi, aku ingin menjemput semua pembaca blog ini yang berkesempatan untuk hadir ke majlis aku yang tak seberapa ini.

Majlis Perempuan:
Tarikh : 12 September 2010 (Ahad)
Tempat : Kampung Baru, Labok, Machang, Kelantan

Majlis Lelaki:
Tarikh : 16 September 2010 (Khamis)
Tempat : Batu 7, Kampung Janglau, Rompin, Pahang.

Sila klik gambar2 di bawah untuk maklumat lebih terperinci.

Semoga kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis ini. Tolonglah doakan kelancaran majlis ini dan kehidupan kami kelak. wallahu'alam.

p/s: =)

Tuesday, July 27, 2010

Sunset from PICC

assalamualaikum.

last saturday, masa org tgh sibuk nk gi Konsert Kemuncak SuriaFM kat Putrajaya, aku ngan tunang aku buat pre-wedding photoshoot. kawan cik tunang yg buat photoshoot tu ngan kawan2 dia. start kat taman putra perdana lebih kurang jam 3 petang sbb photographer smpi lmbt, hingga lah ke asar. lps solat asar kat presint 9, terus gerak ke jambatan PICC. lps tu, dekat2 nk maghrib tu pegi naik PICC jap. dapat tgk pemandangan matahari terbenam dari situ. aku tak smpt nk snap gmbr. gmbr kat atas tu je sempat disnap dari kamera phone aku. lps solat maghrib, bergerak ke dpn gate Bangunan Perdana Putra utk sesi terakhir, shoot dgn kereta kami. hehehe. kul 9 lebih baru boleh pegi dinner. letih giler. huhuhu.

p/s: photoshoot ni diorang buat free utk kami. klu nk album kene bayar la. so, belum dpt tgk hasil nye lagi. huhuhu.

Wednesday, July 7, 2010

short update: Big Day + Satio

assalamualaikum.

dah lama gak tak update blog nih. seminggu lebih. habis la tabung nuffnang aku. dah la pendapatan tak seberapa. traffic pulak kurang or maybe takde langsung dalam seminggu nih. huhuhu. ade bbrp perkara aku nk update dalam short version nih.

.Pertama. klu korang perasan, ada countdown ticker baru kat atas gmbr2 follower tu. aku sibuk sbb buat persiapan ke arah hari itu la nih. sbb tu la agak sibuk giler skrg. masa pun dah makin suntuk. ada mood and masa nnt aku taip la satu post pasal bende ni. hehehe.

.Kedua. aku ade ckp hari tu aku nk beli phone baru. dah beli pun last 2 weeks. Sony Ericsson Satio. ini mmg phone idaman aku sejak tahun 2007. masa Satio nih mula2 keluar. tp masa tu tak berape nak mampu nk beli. lgpun aku tak beli terus masa dia kuar sbb nk tgk dulu review dari org lain. tak nak la beli phone mahal2 then byk plak bende2 tak best kan. dan ternyata mmg agak byk komplen pasal Satio nih masa mula2 kuar. smpikan diorang stop sale utk Satio and kuarkan new version dgn better performance dan fix segala mcm bugs yg diorang encounter sblm nih. so far aku pakai dalam 2 minggu nih ok je. takde ape masalah sgt. tak tau la lps2 nih mcm mana. hopefully no problemo la. hehehe.

itu dulu setakat ini. semoga berjumpa lg di lain entri.

p/s: harap2 Spain bleh menang ngan Germany mlm nih. hehehe.


Monday, June 7, 2010

Majlis Nikah Marvellous aka Mizie

assalamualaikum

hari sabtu malam ahad yang lalu, member aku menikah kat Masjid Nurul Ehsan Taman Medan. aku pegi ngan kawan2 aku. geng2 JMD. tapi kitorang buat sedikit kelainan la. hehehe. kitorang pakat2 pakai jubah. aku tak perasan plak idea sape. idea Faizal Sky0ne kot. hahaha. aku takde stok jubah so aku pegi la cari jubah yg murah2 kat Kompleks PKNS bangi tu. so mlm tu kitorang naik satu kete. aku, Layzree, Faizal Sky0ne and Fendi3z. dah macam org tabligh dah,

majlis akad lepas isyak. kitorang smpi sana maghrib. solat maghrib dan isyak kat masjid tu. alhamdulillah semuanya selesai dgn baik. lps majlis akad kat masjid, kitorang gi makan kat umah pengantin. ada jamuan. on the way balik plak, singgah minum kat The Bikerz Planet kat seri kembangan. dah macam pak arab dah pakai jubah lepak kat kedai makan. hahaha.

gambar2 di bawah dicilok dari FB encik Faizal Sky0ne.

ni tgh prektis akad nih. akad ape aku pun tak tau. ada yg kata mcm akad nk byr fitrah. yg kata mcm muallaf nak masuk islam pun ada. huhuhu.

dgr kuliah maghrib sementara tunggu pengantin smpi.

bergambar dgn pengantin sblm solat isyak dan majlis akad.

 
tahniah my friend!!


p/s: tak sempat nk pegi kenduri keesokan harinye sbb kete adik aku buat hal. Selamat Pengantin Baru buat Mizie dan Lia.