Showing posts with label buffet. Show all posts
Showing posts with label buffet. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Iftar @ Shangri La Putrajaya

assalamualaikum.

selamat berpuasa untuk hari yang ke -14 pada Ramadhan tahun ini. last week aku attend satu event kat Shangri La Putrajaya. event untuk introduce satu product ICT security. event start kul 4 smpi kul 7 (tp aku dtg kul 6..heheh). after that terus bukak puasa. aku tak pegi sorang sebab event nih pun ade sorang member yang ajak join. pergi lah kami berlima.

beberapa tahun lepas aku pernah iftar kat Shangri La nih. tapi aku rasa tahun nih lagi happening dari tu. makanan dia mmg banyak and mostly delicious. siap ada satu stall untuk makan durian lagi. mmg stall durian la yang jadi tumpuan dari sebelum berbuka smpi habis durian2 tu. hehehe. tp agak kurang manis bila ada sorang non-muslim yang dengan selambanya makan durian di situ sedangkan orang lain sedang beratur mengambil makanan dan menunggu waktu untuk berbuka. mungkin dia terlupa yang orang lain sedang berpuasa. mungkin...

cuisine yang paling menarik perhatian adalah roti canai durian. first time rasa mmg sedap gile. aku siap kene perli ngan member2 sbb tambah smpi 3 biji. heheheh. tp yg kedua dan ketiga tu agak tak sedap. mungkin terlajak majerin.

overall puas hati. harga bufet kat situ aku tak sure berapa. tp rasanya tak sampai RM100 kot.

p/s: bukan selalu dapat buka puasa kat hotel. kalau nak harap duit poket sendiri mmg tak laa...hahahaha

Wednesday, August 18, 2010

Buffet ramadan guna arak

assalamualaikum

sibuk mencari buffet ramadan? sila lah berhati2. ini bukan sahaja nasihat aku tapi jugak nasihat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). menurut laporan, 70% daripada bufet ramadan di hotel2 dan premis2 makanan di Lembah Kelang mencampurkan alkohol di dalam buffet ramadan mereka. so, kalau nak makan kat hotel2 or tempat yg sewaktu dgnnya, sila lah pastikan status halal tempat berkenaan. macam2 medium dah boleh digunakan utk semak status halal nih. kalau tak tau, boleh gi website JAKIM

Berita nih aku petik dari laman web Utusan Malaysia.


"mencari yang halal itu adalah wajib. jauhilah perkara yang meragukan."

p/s: cari makan kat pasar ramadan, insya Allah halal. masak sendiri lagi senang. confirm halal. insya Allah.