Showing posts with label tabiat. Show all posts
Showing posts with label tabiat. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Obesiti: Salah siapa?

assalamualaikum.

skrg nih tgh kecoh pasal obesiti di kalangan pelajar. ramai yg menuding jari kepada kantin sekolah dan penjaja di luar kawasan sekolah. sampaikan ada cadangan nak larang orang jual nasi lemak di kantin sekolah. WHAT THE FISH!! 

soalannya: budak2 sekolah duk kat sekolah tu berapa lama? 24 jam ke? berapa kali dia makan kat sekolah? 6 kali sehari? sekolah asrama mmg la ade kat skolah 24 jam sehari. tp dewan makan akan sediakan makanan yang lengkap. skrg nih mmg isu sekolah harian yang waktu belajar nye pagi hingga tghari dan waktu rehat cuma sekali. so, takkan nak salah kan kantin sekolah, ye tak?

cikgu kene ajar budak2 cara pemakanan yang sihat tp bukan setakat cikgu je. sbb cikgu tak bagi makan kat budak2. ibubapa yg bg makan kat anak2 dia. so, ibubapa kene amik tanggungjawab dalam mendisiplinkan pemakanan anak2. jgn la semuanya nak harapkan pada sekolah jer.

lagipun aku rasa budak2 skrg dah kurang aktiviti luar. maklumlah dunia dah makin maju. teknologi makin canggih. main bola guna jari jer. macam2 game bola ade. PC, laptop, playstation, XBox, PSP, Ipad dan macam2 lagi la. jari je yg bergerak. mcm mana nak sihat. 

kesimpulannya, obesiti boleh diatasi dengan pengamalan tabiat makan yang betul dan penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti sukan atau senaman.

sekian, terima kasih.

p/s: kesimpulan macam buat karangan PMR plak. hahaha.

Wednesday, August 18, 2010

Bulan Puasa dan Makan

assalamualaikum.

bulan puasa adalah bulan utk berpuasa. kita (umat Islam) cuma boleh makan dari terbenam mentari sehingga sebelum terbit fajar. korang setuju tak kalau aku cakap kita lebih memikirkan pasal makanan pada bulan puasa berbanding bulan2 lain? aku tgk blog Jom Makan yg aku buat tu lebih ramai pengunjung daripada biasa. maybe sbb aku ade update hari2 skrg. tp dulu2 pun klu aku update hari2 pun takde la ramai mcm tu. huhuhu. sekadar utk difikiri

 sumber: pakcik google

p/s: makan biar seimbang. baru sihat tubuh badan. hehehehe.

Friday, June 25, 2010

Kecuaian terlampau

assalamualaikum.

tadi as usual pegi lunch kat dapurmas ngan member2. then naik satu kete je pegi solat kat masjid. naik kete Honda Civic member aku la. hehehe. bile balik dari masjid, aku terkejut tgk kete aku tak berkunci. Ya Allah! cuainye aku. dah la aku jenis yg suka tinggal kunci dlm kete and bawak remote alarm jer. especially bile aku pakai baju melayu mcm hari nih. and aku jugak tertinggal wallet aku dlm kete hari ni. betapa mudaratnya kalau ade org perasan and amik kesempatan atas kecuaian aku tu. aku beruntung sbb takde pape yg berlaku. Alhamdulillah.

p/s: sila berhati2 dan jgn cuai. jgn makan semut nnt jadi pelupa. huhuhu.