Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Raya makin dekat, ingatan makin kuat

assalamualaikum...

hari nih dah 15 Ramadhan 1434H. lagu raya dah mula berkumandang di corong2 radio. mood raya sudah semakin menggamit. dah terbayang suasana nak balik kampung. dah terbayang suasana di kampung.

tapi tahun nih buat pertama kalinya aku, isteri dan anak sekeluarga takkan balik kampung. isteriku bertugas on call pada minggu raya tu. hari raya ketiga baru dia selesai tugas. kalau cuti dia lulus, kitorang akan balik kampung pada hari raya ketiga. kalau tak lulus, tak tau lah lagi. redha jer....

tahun nih kali pertama beraya tanpa abah. tapi tak dapat peluang ziarah pusara abah pada hari raya pertama. last week aku balik kampung. sempatlah kami sekeluarga ziarah pusara abah....

...tak leh nak sambung...

p/s: Al-fatihah...

Tuesday, July 23, 2013

Iftar @ Shangri La Putrajaya

assalamualaikum.

selamat berpuasa untuk hari yang ke -14 pada Ramadhan tahun ini. last week aku attend satu event kat Shangri La Putrajaya. event untuk introduce satu product ICT security. event start kul 4 smpi kul 7 (tp aku dtg kul 6..heheh). after that terus bukak puasa. aku tak pegi sorang sebab event nih pun ade sorang member yang ajak join. pergi lah kami berlima.

beberapa tahun lepas aku pernah iftar kat Shangri La nih. tapi aku rasa tahun nih lagi happening dari tu. makanan dia mmg banyak and mostly delicious. siap ada satu stall untuk makan durian lagi. mmg stall durian la yang jadi tumpuan dari sebelum berbuka smpi habis durian2 tu. hehehe. tp agak kurang manis bila ada sorang non-muslim yang dengan selambanya makan durian di situ sedangkan orang lain sedang beratur mengambil makanan dan menunggu waktu untuk berbuka. mungkin dia terlupa yang orang lain sedang berpuasa. mungkin...

cuisine yang paling menarik perhatian adalah roti canai durian. first time rasa mmg sedap gile. aku siap kene perli ngan member2 sbb tambah smpi 3 biji. heheheh. tp yg kedua dan ketiga tu agak tak sedap. mungkin terlajak majerin.

overall puas hati. harga bufet kat situ aku tak sure berapa. tp rasanya tak sampai RM100 kot.

p/s: bukan selalu dapat buka puasa kat hotel. kalau nak harap duit poket sendiri mmg tak laa...hahahaha

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

syukur alhamdulillah dapat bertemu lagi ramadhan. tapi ramadhan kali ni tak sama macam yang lepas2. kali pertama sambut ramadhan tanpa abah. sayu jugak. masa2 ni la teringat waktu berbuka puasa ngan abah. teringat bersahur ngan abah. yang paling aku ingat kene marah ngan abah waktu sahur sbb makan telur masin yang merah je. yg putih tak makan sbb masin (nama pun telur masin. huhuhu) sejak tu aku dah pandai makan telur masin dan sahur akan rasa kekurangan kalau takde telur masin. 

kalau time berbuka biasanye abah tak duduk. bila dah dekat nak masuk waktu, dia akan berdiri kat meja makan. bila dah azan or masuk waktu, abah makan kurma or minum air sket pastu gi solat maghrib dulu. lepas maghrib baru dia duduk and makan makanan yang lain.

ade satu tahun tu (tak igt tahun bila), aku selalu ikut abah gi amik pak imam dan bawak ke masjid sbb rumah pak imam agak jauh dari masjid. habis terawih, lepas moreh plak hantar pak imam balik rumah. itu la rutin harian abah masa bulan puasa tahun tu. sekarang pak imam tu dah pindah ke daerah lain.

ermmm....

Al-fatihah.

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, August 9, 2011

Ramadan, bazar dan kuih

assalamualaikum.

apabila tibanya bulan ramadan, maka akan muncullah pasar2 dan bazar2 ramadan di merata2 tempat.di kalangan anak2 muda, ia juga lebih dikenali sbg param (pasar ramadan) ataupun baram (bazar ramadan). kalau dah pegi baram/param tu, nafsu membeli mmg boleh menyebabkan poket menjadi lobos.  semua bende nampak sedap. semua benda nak dimakan. huhuhu.

bagi aku, juadah wajib yang aku cari kat baram/param ialah kuih tepung pelita dan talam ubi. tepung pelita senang nak cari. pegi lah mana2 baram/param pun ada. cuma nak pilih yg sedap dgn tak sedap jer. nak rasa tak boleh. so main tgk dan beli je la utk mencuba. kalau sedap, boleh beli lagi. klu tak sedap, lu pikir lah sendiri. hehehe. setakat nih kuih tepung pelita paling sedap aku penah beli ialah di Pasar Ramadan Presint 15 Putrajaya. dekat parking lot belakang Mydin Putrajaya. makcik tu mmg jual tepung pelita je. biasa la 5 biji RM2. tepung pelita dia mmg marvellous laa. mungkin yang paling sedap aku penah rasa. huhuhu.

talam ubi plak mmg lah amat payah nak cari. kalau dpt pun tak berapa sedap. sejarah aku ngan talam ubi nih smpi ke baram/param senawang aku mencari tapi kecewa. sesapa yg tau kat mana ada jual talam ubi yang sedap nih tolong la bgtau aku ye. huhuhu.

tahun ni, dah seminggu puasa aku baru 2-3 kali je gi baram/param. tu pun beli kuih jer. sbbnye wife aku masak kat umah. bukannya tak kesian kat wife aku, tp dia yg volunteer nak masak. kalau aku tanya nak beli apa2 tak kat baram/param, dia mesti kata tak nak pape. aku suka sbb boleh berjimat. walaupun wife aku masak simple je, aku puas hati sbb buka puasa bukan nak makan banyak sgt pun. makan nasi dgn sejenis lauk pun dah cukup. lebih2 tu semua nafsu jer. eheheh.

p/s: Ramadan sepatutnya boleh berjimat, bukan berlebih. insya Allah.

Thursday, August 4, 2011

Tazkirah Ramadhan #2: Kelebihan Bulan Ramadhan

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
  1. Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
  2. Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
  3. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
  4. Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
sumber: www.is;am.gov.my/e-hadith

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadhan #1: Kewajipan Berpuasa di Bulan Ramadhan

Hadith: 
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).

Huraian Hadith: 
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.

sumber: www.islam.gov.my/e-hadith

Zakat Fitrah 2011

assalamualaikum.

setiap kali tiba ramadhan, pasti kewajipan menunaikan zakat fitrah tidak juga dilupakan. masa awal2 puasa nih mesti ramai yang tercari2 kadar zakat fitrah bagi negeri masing2, kan? bagi penduduk negeri Selangor, sila amati pengumuman yang dipetik dari Blog Rasmi Lembaga Zakat Selangor ini:
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA).
ZAKAT FITRAH INI BOLEH DITUNAIKAN BERMULA 1 RAMADAN 1432 HIJRAH SEHINGGALAH KE PAGI 1 SYAWAL 1432 HIJRAH DENGAN MENGUNJUNGI 24 BUAH KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ATAUPUN MELALUI MANA-MANA KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH DI SELURUH SELANGOR.
PASTIKAN AMIL ZAKAT FITRAH MEMPUNYAI PAS PENGESAHAN DARIPADA LZS DAN SETIAP PEMBAYARAN MENERIMA RESIT RASMI BERLOGO LZS.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

bagi Wilayah Persekutuan pula, kadarnya adalah seperti diumumkan di Laman Web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) :

Kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 telah ditetapkan sebanyak RM7.00.
Kadar tersebut telah diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Majlis Penyampaian Bantuan dan Pelancaran Ihya Ramadhan peringkat Kebangsaan tahun 1432H/2011M.
Penentuan kadar zakat fitrah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

aku tak tau lagi nak bayar di mana sbb aku tinggal di Selangor tapi berkerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya . biasanya mmg aku bayar kat Putrajaya jer. senang masa office hour atau masa ke masjid. tgk lah tahun nih mcm mana.

dan semestinya tahun nih bertambah lah amaun yg akan aku bayar berbanding tahun lepas sbb aku dah ada anak dan isteri. alhamdulillah, semoga diberkati setiap apa rezeki yg Allah berikan kepada aku sekeluarga, insya Allah.

bagi kadar zakat negeri2 lain, sila rujuk jadual di bawah:
sumber: http://blogged.my/gotopingbar.php?ping=295499
kalau nak penjelasan lebih lanjut tentang zakat fitrah dan zakat2 lain, boleh rujuk ke Laman Web Lembaga Zakat Selangor.

sekian.

p/s: bayar zakat fitrah je? zakat lain mcm mana? hmmm..

Wednesday, July 27, 2011

assalamualaikum

sedar tak sedar rupanya dah hampir sebulan aku tak update blog nih. sebenarnye byk je benda yang ingin dikongsikan tapi last few weeks nih mmg aku sgt2 bizi dengan kerja. boleh dikatakan hampir setiap hari ada meeting. penat weh.

nak re-cap balik ke? ermmm. tak perlu lah kot. bak kata Sepah, barang yang lepas usah dikenang. heheheh.

by the way, hari ini, 27 Julai 2011,  genaplah sebulan usia anak aku. anak dan isteri aku sekarang nih ada kat kelantan, kampung isteri aku. hujung minggu nih aku akan balik kampung, amik diorang and bawak balik kampung aku plak di Rompin. abah dan mak aku tak jumpa lagi cucu diorang. baru setakat tgk gambar jer. insya Allah aku akan stay kat rompin sampai hari ketiga puasa.

Syarifah 'Aisya Qaisara
yup. itulah nama putri sulong kami. Syarifah 'Aisya Qaisara. mak aku pilih nama 'Aisya dan isteri aku pilih nama Qaisara. =) comel kan? ramai yg cakap 'Aisya Qaisara nih ikut muka abah dia. honestly, aku pun tak perasan kat mana yg sama tu. tp dah ramai sgt yg ckp mcm tu, aku iye kan aje la. hehehe.

1985
ini gambar aku masa umur lebih kurang 2 tahun. ada iras2 ke? anak aku mesti la ada iras2 aku. betul tak? huhuhu.

apa2 pun aku rasa sangat bersyukur sbb 'Aisya Qaisara masih dalam keadaan sihat hingga sekarang. Alhamdulillah takde apa2 yg perlu dibimbangkan lagi. cuma mungkin sedikit manja. kesian wife aku penat melayan dia yg asyik nak diriba dan dipangku hingga tidur. 

minggu depan dah nak puasa. walaupun cuti dia ada sebulan lagi, isteri aku nak teman aku puasa kat sini. tunggu dekat2 raya baru balik kampung. tahun nih rasanye aku beraya di kelantan dulu. hari raya kedua baru aku balik Rompin. insya Allah.

kepada semua rakan2 dan mereka yang membaca blog ini, Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak tak lama lagi. sama2 lah kita mengejar rahmat dan nikmat di dalamnya. insya Allah.

p/s: tahun lepas puasa/raya berseorang, tahun nih bertiga. agak drastik jugak. sapa suruh bernikah pada 2 Syawal? huhuhu.

Tuesday, August 31, 2010

Iftar with JMD



assalamualaikum..

hari nih berbuka puasa bersama2 rakan2 JMD. ade bbrp org xdpt join sbb ade komitmen lain. so aku, Faizal Sky0ne, Layzree and RyCO je available. kami ke bazar ramadan kat blkg PKNS Bangi je. pastu balik berbuka di rumah Faizal. inilah hasil penjelajahan kami. utk 4 org mkn kira ok la kan? hehehe.

yg dlm mangkuk tingkat tu special utk tuan rumah. nasi ayam kasih syg. hehehe.

p/s: aku beli nasi kerabu ngan tepung pelita jer. oops. dgn ais krim soda tu. hehehe.

Wednesday, August 18, 2010

Bulan Puasa dan Makan

assalamualaikum.

bulan puasa adalah bulan utk berpuasa. kita (umat Islam) cuma boleh makan dari terbenam mentari sehingga sebelum terbit fajar. korang setuju tak kalau aku cakap kita lebih memikirkan pasal makanan pada bulan puasa berbanding bulan2 lain? aku tgk blog Jom Makan yg aku buat tu lebih ramai pengunjung daripada biasa. maybe sbb aku ade update hari2 skrg. tp dulu2 pun klu aku update hari2 pun takde la ramai mcm tu. huhuhu. sekadar utk difikiri

 sumber: pakcik google

p/s: makan biar seimbang. baru sihat tubuh badan. hehehehe.

Wednesday, August 11, 2010

Zakat Fitrah

assalamualaikum.

bila dah masuk bulan Ramadan nih, kite mesti tak lupa tentang satu perkara. zakat fitrah. bagi yg terlupa, mari ke buat revision sama2. hehehe. untuk tahun ini (1431H / 2010M), kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Perlis - RM 6.00
  2. Kedah - RM 7.00
  3. Pulau Pinang - RM 7.00
  4. Perak - RM 7.00
  5. Selangor - RM 7.00
  6. Negeri Sembilan - RM 6.50
  7. Melaka - RM 6.50
  8. Johor - RM 5.00 / RM 7.00 *
  9. Pahang - RM 7.00
  10. Kelantan - RM 7.00
  11. Terengganu - RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 *
  12. Wilayah Persekutuan dan Labuan - RM 7.00
  13. Sarawak - RM 6.00
  14. Sabah - RM 6.80
* Mengikut jenis beras

Apa itu zakat fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Siapa yang wajib bayar?
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.  

Macam mana?
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim
Apa itu kadar fitrah?
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Bila nak keluarkan zakat fitrah?
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima:
  1. WAKTU WAJIB
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. WAKTU SUNAT
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. WAKTU MAKRUH
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. WAKTU HARAM
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: http://www.e-zakat.com.my

wallahu'alam.

p/s: tahun depan tambah sorang lagi tanggungan aku. hehehe.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan o Ramadan

assalamualaikum.

hari nih tak leh puasa sunat. sbb hari nih nak tgk anak bulan ramadan. hari nih hari last utk bersarapan pagi. hari last utk berlunch atau berbrunch. hari nih hari last utk makan dan minum di siang hari. insya Allah semua umat Islam akan mula berpuasa esok. klu esok jadi puasa, malam nih dah start solat sunat terawih. so, kat mana nak solat malam nih? kat umah? kat surau? atau kat masjid? hehehe.
imej hasil 'google'an

kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak. semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas. sama2 kita perbaiki amalan semoga mendapat lebih keberkatan. bab bukak puasa tu jgn la gelojoh sgt. berpada-pada la kita ye. bulan puasa 30 hari. so, rotate la juadah tu setiap hari. jgn hari pertama dah nak beli semua. membazir tu. hehehe.

jgn malas bangun sahur. bangun sahur tu kan sunnah. dapat pahala. dapat berkat. klu malas sgt nk masak or nak kuar cari mkn, bangun minum air seteguk dua pun cukup la. amik berkat. heheheh.

kepada para wanita yg tak boleh nak puasa, sorok2 la sket ketidakbolehan berpuasa anda itu. jgn la berbangga dgn ketidakbolehan berpuasa anda itu. jgn la makan atau minum di tempat terbuka atau tempat yg orang boleh nmpk. hormatilah orang lain yang berpuasa. hehehe.

kepada yang rajin pegi klinik atau hospital pada bulan puasa, kurang2 kan lah. org gastrik skrg pun dah boleh puasa. itu doktor yg ckp ye. ade kuar tv pun hari tu. so, jgn la mencari alasan yg tak baper munasarawak utk tinggalkan puasa. sesungguhnya org yg meninggalkan satu hari puasa ramadan tanpa alasan yg sah, takkan dapat menggantikannya walaupun dia berpuasa selama satu tahun. na'uzubillah.

akhir kata, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawih, selamat bersahur dan selamat semuanya, insya Allah.