Duniaku



assalamualaikum.

inilah cinta hati ku. dia telah menjadi halal bagiku pada tanggal 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H.  namanya Shamsiah binti Mat Seman tp dalam blog ni aku refer dia sebagai Adinda atau cik wife.

tahun 2010 adalah yang paling bermakna dan tidak dapat kami lupakan sepanjang hayat kami. bertunang pada 14 Februari 2010, menikah pada 11 September 2010, kenduri pada 12 dan 16 September 2010. tambah menggembirakan apabila mendapat berita bahawa kami bakal mendapat cahaya mata pertama pada tahun 2011 nanti.

syukur yang tak terhingga kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan kepada kami. semoga kehidupan kami akan terus mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah, insya Allah.



pada tarikh 27 Jun 2011, lebih kurang pada jam 10.30 malam, secara rasminya aku bergelar seorang ayah apabila isteri yang sangat aku cintai selamat melahirkan seorang cahaya mata puteri. perasaan gembira dan kesyukuran tak terhingga atas kurniaanNYA.


puteri itu kami namakan Syarifah 'Aisya Qaisara. alhamdulillah setakat ini dia membesar dengan sihat dan aktif. kadang2 bila aku fikir balik seakan-akan tak sangka yang aku dah jadi ayah. tapi perasaan menjadi seorang ayah itu mmg tak dpt nak digambarkan dengan kata2. gembira dan teruja tak cukup untuk menyatakan perasaan itu.



tanggal 10 November 2013, bertambah seorang lagi ahli keluarga kami. syukur alhamdulillah dikurniakan seorang lagi puteri yang sihat dan comel. 'Aisya Qasrina nama diberi dan alhamdulillah sudah hampir 3 bulan membesar dengan sihat. gembira tak terkata atas kurniaan Yang Maha Esa..



dengan hadirnya ahli baru dalam keluarga ini, maka bertambah lah tanggungjawab aku. semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk meneruskan hidup kami dengan bahagia di bawah lindunganNYA. insya Allah.