Wednesday, September 21, 2011

'Aisya Qaisara batuk, selsema

assalamualaikum

inilah antara perkara yg aku risaukan sejak bergelar seorang bapa nih. bukannya ape, klu kite yang dewasa nih demam, batuk or selsema pun kita dah rasa tak selesa, ini kan pulak baby. lagi la tak selesa kot. lagi sensitif.

walaupun dia tak baper sihat, dia masih aktif. takde la monyok or nangis je sepanjang hari. tp bile dgr dia batuk tu mmg risau la kan. hari nih dah masuk 6 hari dia selsema and batuk. dah 2 kali pegi klinik. 1st time pegi klinik swasta. Poliklinik Seri Permai dekat flat hijau, Presint 9 Putrajaya. doktor tu bagi ubat batuk and nasal spray. kami pun bagi la ubat tu pada 'Aisya Qaisara ikut aturan yg dipreskripsikan oleh doktor tu. lepas 3 hari, masih tiada perubahan.

semalam aku ingat nak bawak dia pegi Klinik Pakar Kanak-Kanak An-Nur di Bangi. ada sorang ofismate rekomenkan sorang doktor kat situ. tp kebetulan cik wife kene stayback kat office lama sket. so tak sempat nak pegi. memandangkan tahap kerisauan yg agak tinggi, kami decide nak pegi Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 9. klinik kerajaan. why not cuba je kan? mana tau ada kebaikannya. aku bawak ubat yg doktor klinik swasta tu bagi and tunjuk kat doktor tu. dia kata, baby sblm umur 2 tahun tak boleh makan ubat batuk sembarangan. takut rosakkan hati and buah pinggang. dia tak leh nak kata ubat yg aku bawak tu boleh makan ke tak sbb takde nama ubat kat label botol tu. nasal spray tu pun dia kata agak kuat dos nye tp boleh la guna. in the end, aku mintak dia bagi ubat lain. dia kata bagi ubat nih waktu malam or bile betul2 perlu je. lega sket bile dapat consultation yg jelas mcm tu. baru try sehari. tgk dulu lepas 2-3 hari mcm mana. harap2 'Aisya Qaisara akan cepat sihat. risau and kesian tgk dia batuk. hidung pun mcm tersumbat. =(

p/s: aku cuti hari ni sbb jadi Mr Mama. jaga 'Aisya Qaisara kat rumah. tak leh hantar nursery. huhuhu.

Thursday, September 15, 2011

September 11th = 1st anniversary

assalamualaikum

entri ni mungkin agak kelewatan tapi for sure la aku nak update gak. hehehe.

tanggal 11 September 2011 yang lalu, genap lah satu tahun usia perkahwinan aku dan isteri. Ulangtahun perkahwinan yang pertama ini cuma disambut secara sederhana sahaja. cik isteri memberikan aku kad ucapan tp aku cuma membalas dengan kucupan mesra. hehehe.

byk kisah suka dan duka yang dilalui dalam setahun ini namun itu semua telah dan akan menjadi pengajaran buat kami melayari bahtera perkahwinan ini dengan lebih bahagia dan lebih lama lagi, insya Allah. kami bersyukur kerana dikurniakan seorang anak sebagai penambah seri rumah tangga kami jua. semoga Allah terus merahmati dan memberkati keluarga kami, amin.

sekian, terima kasih.

p/s: i love my wife and daughter.