Saturday, September 5, 2009

sibuk la sangat!!

assalamualaikum.

hari sabtu, 5 September 2009, 15 Ramadhan 1430H. hari ni tak sesibuk yang dijangka. pg td just pegi bayar duit moto and then terus ke Jusco Taman Equine. ada barang nak beli sket. hehehe. after that singgah office jap. saje nk melayan internet jap.  lepas kejadian kecurian laptop aku tempoh hari, aku dah terminate akaun streamyx aku. skrg nih klu online kat umah guna PC adik aku guna dial up je. paham2 je lah klu dial-up tu kan. huhuhu.

on the way balik umah, singgah di Pasaraya Bintang. beli barang dapur sket. stok lauk utk sahur pun dah abis kat umah tu. hehehe.  pastu beli gula gak 2 kilo buat menambah stok. (padahal dah ade 2 kilo kat umah tu). huhuhu.

smpi kat umah, takde ape nk buat. so aku betul kan lampu strobe kete aku yg dah mcm nk jatuh tu. pastu aku mencangkul rumput dan lalang di laman rumah yg sekangkang kera itu. mula2 je mencangkul. tak smpi 10 minit dah penat and bosan. so aku guna tangan jer. klu belajar Kemahiran Hidup Asas Pertanian dulu, proses tersebut dinamakan merumput. cuma selalunye, merumput dilakukan utk mencabut rumput2 di dalam pasu. tapi aku merumput di laman rumah. rumput rampai, lalang, pokok semalu, semuanya aku cabut pakai tgn jer (of course aku pakai glove, ok.) ade la dlm setengah jam kot baru siap. lps berehat jap mengeringkan peluh sblm mandi manda.

tepat jam 6. bertolak ke Dataran Putra, Putrajaya. tempat berkumpul (RV = Rendez Vous) sblm bertolak ke Mangiamo Cafe @ Taman Equestrian Putrajaya untuk Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan disertai 13 peserta dewasa dan 4 kanak2. bayaran utk dewasa RM 32 dan aku rasa berbaloi2 dgn segala makanan yg disediakan. dari berbuka sampai ke moreh. mesti la berbaloi. aku solat terawih pun kat mangiamo cafe tu je tadi. bagus betul sbb dia sediakan surau yg selesa utk jemaah lelaki dan wanita.

sepatutnya ade aktiviti melawat ke downtown dan sahur bersama. tapi ramai plak yg cancel last minit. so program kira kensel terus la.ermmm. itu je la kot. gmbr2 berbuka puasa tu nnt aku upkan. tunggu tuan2 punye kamera up kat facebook or forum dulu. hehehe. diorang pakai dslr. aku pakai kamera phone 2 megapixel jer. mana bleh challenge. huhuhu.

salam.

No comments: