Sunday, February 22, 2009

Edisi Rempit bermula

assalamualaikum...

aku baru sahaja menghantar kereta kesayanganku ke bengkel utk dibaikpulih. ye betul. kesan kemalangan slps hari raya aidilfitri yg lalu masih belum aku baiki. bukannya ape, tak cukup modal. hehehe. setelah bbrp bulan menabung, akhirnya modal yg diperlukan pun mencukupi utk mengizinkan aku menghantar kereta ku itu ke bengkel. tauke tu ckp dalam 3-4 hari siap lah. nasib baik lah tak lama sgt.
so mulai esok aku akan merempit dgn egonye. eh. eh. silap. dengan Yamaha Ego yg baru itu. hehehe. lepas kete aku siap nnt, Ego tu akan ku kirimkan ke kampung. sbb Ego tu sbnrnye utk adik aku. tapi sbb pakai nama aku, so, aku la yg rasmi and lenjan dulu. hehehe.
alang2 aku dah menaip nih, meh la citer panjang sket. hari rabu hari tu aku balik kg. aku cuti 3 hari. aku balik kg sbb nak anta adik pompuan yg tinggal ngan aku tu. dia cuti semester sebulan. so dgn happy nye aku anta la dia balik. sbb lepas nih aku merdeka lone ranger sebulan. tak yah bgn awal2 nk anta dia gi kolej pagi2 and tak yah bersesak sesak dgn jem nak amik dia balik dr kolej. dan jugak tak payah susah2 nak pk makan minum dia kat umah. hehehe. dapat la aku relax walau hanya sebulan. penat woooo. kalau korang duk tempat aku korang tau la. tp bagi yg dah kawin tu maybe perkara biasa la kan? cuma aku nih bujang lagi. single lagi plak tu (eh. terpromote plak). hehehe. tp tanggungjawab yg aku pikul nih rasa dah macam bapak org dah. huhuhu. bukan nak merungut atau menyesal dgn takdir. cuma sekadar melepaskan dan meluahkan apa yg terbuku di hati. harap korang semua paham and jgn lah salah paham.

berbalik pada cerite kampung aku td. terkejut aku bile tgk tiang terpacak kat tepi rumah. rupa2nya mak aku nak besarkan rumah. hari tu ckp ngan aku nak sambung dapur jer. tup2 aku balik tgk2 bukan saja dapur, tapi smpi ke ruang tamu. ish ish ish. mak mak. buat persediaan nak sambut menantu ke? huhuhu. errr. bukan aku tau. adik lelaki aku. aku belum ada calon lagi. hehehe. tak kisah la. asalkan mak bahagia.

petang2 mengisi masa lapang bermain badminton ngan adik2 aku. dah lama rasanye tak pegang raket. raket aku masa zaman sekolah dulu pun ade lagi. teringat masa kecik2 dulu bermain badminton dgn pagar rumah sbg net. heheheh.

itu jelah aktiviti aku selain anta and amik adik bongsu aku tu sekolah agama. selebihnya aku cuma tdo jer. maklumlah tak baper sihat sgt. batuk tak habis2. ubat batuk mak aku pun smpi licin sebotol aku hirup. heheheh. aku balik nih siap dibekalkan madu ngan ubat sakit tekak lagi. sbb suara aku dah tenggelam timbul. betapa teruknya batuk aku smpi menjejaskan peti suara aku. smpi takde suara. huhuhu.

hari sabtu malam plak pi melepak kat area2 Gombak. kat Mali's Corner. dgn geng2 JMD & WiSE. aku call hairul ajak lepak sekali tp malu2 kucing plak mamat tu. pekene char kuey teow kat situ mmg masyuk ler. lepak situ dari kul 9.30 smpi kul 11. pastu gerak pi Danau Kota plak. dgr2 cite kat situ ade burger stall yg masyuk. Zam Burger nama dia. mmg macam2 ada. burger king lah queen lah. pastu hot dog foot long. perghhh. mmg terliur la. aku pekene burger queen dia mmg sedap lah. lain kali boleh pi lagi. hehehe. kul 12.30 baru gerak balik. dekat kul 2 pagi baru smpi rumah. huhuhu. mmg happening lah kawan2 aku. aku sayang korang semua. hehehe.

tapi.........ermmmm. takpe lah. takyah lah cite yg syahdu syahdan tu. biarlah tak siapa yg tahu gejolak di dunia batinku. zahir kau lihat bukan segala gala.

chewah. madah berhelah plak aku di hujung minggu nan kesepian nih. hahahaha. layankan ajer.

salam.

4 comments:

tna said...

merempit?
baik baik..skrg petang2 ujan...

Saiyed said...

thanx...insya Allah will be carefull...

:+: seksiteri a.k.a. m2n :+: said...

aikkk... sayang kat kengkawan jer? aku ni kakak ipar ko yg paling best di abad ini; ko tak sayang ke?

nak majuk arhhh~

Saiyed said...

errr...kakngah pun termasuk dlm kategori kawan la jugak...
ek eleh...
nak merajuk majuk plak...
suh your teddy la pujuk...
tak kuasa i...
hahahaha