Showing posts with label places. Show all posts
Showing posts with label places. Show all posts

Friday, February 8, 2013

more from london

assalamualaikum.

more photos from london. these photos taken using camera phone.







...was in London

assalamualaikum.

this post has been overdue for a long time. lately, i just can't find time to blog anymore. hopefully, i will be able to go back to my previous blogging habit after end of this March. hopefully.

anyway, I was presented with an oppurtunity to attend a course in London last september. oooppss...apsal aku menaip bahasa london nih? hahahah. sori.

by the way, trip to London ni bukan pegi makan angin tapi pergi training. semua bayaran ditanggung beres. tapi yang tak best nye sbb kene pegi sorang2. hajat nak bawak anak bini tp tak mampu nak beli tiket. huhuhu.

memandangkan aku berkelana seorang diri, so kaki pun tak jauh melangkah. huhuhuhu.





Friday, June 22, 2012

Jalan2 di Kota Singa

assalamualaikum.

awal bulan Jun hari tu aku kene attend satu kursus di Singapura. that was my first time menjejakkan kaki di tanah kelahiran ibu aku. hehehe. as far as i remember la. tak tau la kalau masa aku kecik2 dulu mak aku penah bawak aku gi sana tp aku tak ingat kan. hehehe.

enjoy the pics.

Monday, August 23, 2010

dah ready nak raya??

assalamualaikum.

sabtu yg lepas aku ke alamanda dan ioi mall. membuat persiapan terakhir utk hari bersejarah. hehehe. ape yg menariknye, belum pun 2 minggu kite berpuasa, pusat2 membeli belah nih dah pun mula memainkan lagu2 raya. tak sabar nak raya dah agaknye. huhuhu. masa jalan2 kat parkson @ alamanda, terserempak dgn ramai org berpakaian tshirt biru. rupanye org2 MBSB yg bawak budak2 (maybe anak yatim) membeli belah sempena hari raya. alhamdulillah. seronok tgk budak2 tu seronok membeli belah. ye la, ade org tolong bayar. huhuhu.

tapi minggu nih aku rasa tak ramai sgt org. alamanda or IOI Mall pun sama jer. tak sesak sgt. agaknye sbb tak gaji lagi kot. and biasalah rakyat malaysia kan suka tunggu last minit. shopping pun last minit. aku rasa minggu dpn mesti sesak gile lah tempat2 tumpuan utk shopping. tunang aku pegi Jalan TAR hari ahad pun tak sesak sgt. minggu dpn confirm la jem gile. sbb minggu nih dah dapat gaji. nasib baik la aku nk balik kg hujung minggu nih. huhuhu. selamat bershopping kepada semua. hehehe.

p/s: sebenarnye nak pegi Sunway Pyramid, tp nmpk IOI, singgah IOI dulu. pastu dah tak larat nk gi Sunway. huhuhu.

Saturday, July 17, 2010

Entri xde keje



Assalamualaikum.

Entri xde keje ini dibawakan khas oleh Sony Ericsson Satio. Hehehe.

 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi.

Tuesday, May 11, 2010

Berfoya-foya di Danau Kota

assalamualaikum.

jam dah menunjukkan waktu 2 pagi. aku masih mengadap laptop tunang aku. saja nak update blog waktu dinihari mcm nih. sbnrnya aku baru balik dari uptown danau kota. saja melepak ngan member2 and jalan2 cari pasal kat uptown tu. dah lama dah kitorang tak buat aktiviti2 berpoya2 mcm nih. maklumlah masing2 sibuk dgn kerjaya dan keluarga serta komitmen masing2. bila ada masa terluang mcm nih la baru nk berkumpul. ini pun tak cukup korum lagi. takpe la. janji ada. heheheh.

kumpul kat putrajaya kul 9 malam. terus gerak gi danau kota naik sebuah kete jer. 4 org je pun yg ada. sampai kat sana, isi perut dulu kat Mali's Corner. pekene Char Kuey Teow sepinggan. pastu datang la lagi dua org member. lepak jap. borak2. pastu memulakan perjalanan di uptown. aku takde ape2 misi. kawan2 aku yg ada misi. ada yg nak beli jam. ada yg nak beli jersi world cup. ada yg nak beli chelsea. ada yg nak beli jibitz (button/hiasan pada sandal crocs). aku? berjaya mengawal nafsu membeli. hehehe. 

lepas hampir seround setengah kitorang pusing uptown tu, misi pun tercapai dgn jayanya. maka kitorang pun bergerak lah balik. masing2 dah ngantuk dah igt bantal ngan tilam dah. huhuhu. mmg dah lama kitorang tak lepak mcm tu. teringat kenangan waktu mula2 berkecimpung dgn dunia JMD. hmmmmm.

p/s: tq la encik ryco belanja makan. lain kali bleh repeat lagi. hahahaha.

Sunday, March 21, 2010

Belon Udara Panas

assalamualaikum..

sabtu lepas pegi tgk Hot Air Balloon Fiesta kat putrajaya. ni kali kedua diorang buat kat putrajaya. tahun lepas pun berkesempatan pegi tgk dgn sahabat2 dunia akhirat. tahun nih pegi tgk ngan miss fiance. hehehe.

memule plan nak tgk hari ahad pagi. tp memandangkan miss fiance duk kat ampang and takut tak sempat nak tgk belon naik kul 7.45, maka plan ditukar kepada hari sabtu petang. mengikut jadual, belon sepatutnya bertebaran di ruang angkasa putrajaya pada jam 5.30 ptg. so aku ngan miss fiance pun pegi la dlm kul 5ptg. itu pun dah susah nak cari parking. org ramai giler. lebih ramai daripada tahun lepas. belon pun lebih byk dari tahun lepas. 

maka kami pun menunggu lah dgn penuh sabar. dapat plak berdiri barisan dpn kat pagar tu. mmg clear view la. TETAPI, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, belon pertama hanya naik hampir kul 6.30 ptg. lenguh gile berdiri menunggu lebih sejam kat situ. namun still tak dapat tgk belon Darth Vader or seluar jeans terbang. hampeh tul. ape nak buat. cuaca di luar kawalan kita. miss fiance seronok dpt tgk belon naik dari dekat. thats all that matters.

p/s: tahun nih ade helicopter ride tp tak smpt nak naik. we'll see how's it gonna be next year. hehehe.

Saturday, January 16, 2010

low yat pakistani

assalamualaikum

smlm aku cuti and aku pegi lowyat plaza sbb adik aku tergedik2 nak laptop baru. aku pegi dalam pukul 10 lebih time kebanyakan kedai baru nak bukak. so tak ramai crowd and aku pun tak pening sgt. lgpun aku mmg tak berape gemar klu crowd ramai2 and ditambah plak ngan keadaan kecederaan lutut aku yg masih belum sembuh menyukarkan lagi pergerakan aku.

eh. tp bukan pasal itu yg aku nk citer. aku nk citer pasal perubahan suasana kat lowyat tu. ye la aku pun dah lama gile tak gi sana. ape yg aku perhatikan, makin byk org pakistan yg kerja and berniaga kat situ. walaupun masih dimonopoli oleh kaum cina, kehadiran org2 pakistan mmg signifikan la. boleh perasan. hairan aku. org melayu dah tak ramai. kenape jadi mcm tu ek? hmmm. kalau tauke cina pun mesti pekerja dia org pakistan. nak jumpa org melayu mmg payah la. trend baru kot. ke aku yg ketinggalan zaman. huhuhuh.

p/s: netbook acer aspire one utk adik aku. white color. aku jugak yg kempunan. =)

Monday, December 28, 2009

karok giler

assalamualaikum...

cuti panjang 3 hari weekend nih bosan gak ar. tak byk aktiviti boleh buat memandangkan musim hujan yg tak menentu skrg nih. wlu bagaimana pun, selain pegi dating dan mengemas rumah, the most notable activity of the weekend ialah berkaraoke. hahahaha.

dah lama meninggalkan aktiviti masa lapang nih. dulu2 rajin gak ar. lokasi ialah superstar karaoke @ alamanda putrajaya. org2 yg menyebabkan aku terjebak ialah Sky0ne, Layzree dan RyCO. hahahaha. bukan sekali, tapi 2 kali dalam tempoh 3 hari. bukannya selalu. berkaraoke nih bagus sbnrnye sbb boleh gak melepaskan rasa tensi di hati selain mengeratkan lagi hubungan sesama kawan2. lagu2 yg dinyanyikan bukannye lagha sgt. lagu nasyid dan berunsur nasihat pun kitorang balun. hehehe. lg pun kami pegi sesama lelaki jer. tiada pergaulan bebas dgn yg bukan muhrim. huhuhu.

p/s: aku tak pandai nyanyi. cuma 'menyumbangkan' lagu.hahahah.

Monday, September 14, 2009

Pics for the moment

Iftar with RIMM [5 September 2009]
*all pics are credited to Ryco and bro azim (ajim photogrpahy)

Solat Terawih @ Masjid Besi & 
Moreh @ Oldtown White Coffee 
[9 September 2009]
 
  
*all pics credited to Faizal Sky0ne

Masjid Selat [10 September 2009]

 
*all pics credited to Caching E-Juey

Saturday, September 5, 2009

sibuk la sangat!!

assalamualaikum.

hari sabtu, 5 September 2009, 15 Ramadhan 1430H. hari ni tak sesibuk yang dijangka. pg td just pegi bayar duit moto and then terus ke Jusco Taman Equine. ada barang nak beli sket. hehehe. after that singgah office jap. saje nk melayan internet jap.  lepas kejadian kecurian laptop aku tempoh hari, aku dah terminate akaun streamyx aku. skrg nih klu online kat umah guna PC adik aku guna dial up je. paham2 je lah klu dial-up tu kan. huhuhu.

on the way balik umah, singgah di Pasaraya Bintang. beli barang dapur sket. stok lauk utk sahur pun dah abis kat umah tu. hehehe.  pastu beli gula gak 2 kilo buat menambah stok. (padahal dah ade 2 kilo kat umah tu). huhuhu.

smpi kat umah, takde ape nk buat. so aku betul kan lampu strobe kete aku yg dah mcm nk jatuh tu. pastu aku mencangkul rumput dan lalang di laman rumah yg sekangkang kera itu. mula2 je mencangkul. tak smpi 10 minit dah penat and bosan. so aku guna tangan jer. klu belajar Kemahiran Hidup Asas Pertanian dulu, proses tersebut dinamakan merumput. cuma selalunye, merumput dilakukan utk mencabut rumput2 di dalam pasu. tapi aku merumput di laman rumah. rumput rampai, lalang, pokok semalu, semuanya aku cabut pakai tgn jer (of course aku pakai glove, ok.) ade la dlm setengah jam kot baru siap. lps berehat jap mengeringkan peluh sblm mandi manda.

tepat jam 6. bertolak ke Dataran Putra, Putrajaya. tempat berkumpul (RV = Rendez Vous) sblm bertolak ke Mangiamo Cafe @ Taman Equestrian Putrajaya untuk Majlis Berbuka Puasa RIMM 2009. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan disertai 13 peserta dewasa dan 4 kanak2. bayaran utk dewasa RM 32 dan aku rasa berbaloi2 dgn segala makanan yg disediakan. dari berbuka sampai ke moreh. mesti la berbaloi. aku solat terawih pun kat mangiamo cafe tu je tadi. bagus betul sbb dia sediakan surau yg selesa utk jemaah lelaki dan wanita.

sepatutnya ade aktiviti melawat ke downtown dan sahur bersama. tapi ramai plak yg cancel last minit. so program kira kensel terus la.ermmm. itu je la kot. gmbr2 berbuka puasa tu nnt aku upkan. tunggu tuan2 punye kamera up kat facebook or forum dulu. hehehe. diorang pakai dslr. aku pakai kamera phone 2 megapixel jer. mana bleh challenge. huhuhu.

salam.

Thursday, March 19, 2009

My March

assalamualaikum....

terasa bersalah plak bile tgk blog nih sudah lama tidak diupdate. bukannya tiada cerita cuma tiada rajin untuk menaip. ermmm. aku letak citer bergambar je lah ek. hehehe.

Peristiwa 1: RIMM's Bowling Practice @ Endah Parade (9 Mac 2009)


Peristiwa 2: Majlis Yassin,Tahlil dan Doa Selamat di rumah Layzree (12 Mac 2009)

Peristiwa 3 : RIMM's Special TT @ Geng's Corner, Shah Alam (13 Mac 2009)

;)

any questions?? heheheh. salam dari aku yg ntah ape2 ntah.
sekian.

Sunday, December 21, 2008

Futsal - The Return

assalamualaikum....

alhamdulillah, perancangan utk bermain futsal sesama JMD berjaya dilaksanakan. dapat lah kumpulkan 12 pemain mlm ni termasuk 3 pemain import. Main kat Aktif Futsal Bangi dari kul 10.15mlm smpi 11.15mlm. thanx to fiqin dan dila yg turun sama. tp fiqin je la main. dila tgk je la. hehehe.

yg pompuan ade 4 player je. memule diorang nk geng sendiri je. baru 2-3 kali sepak aku rasa cannot go mcm tu so aku mintak dicampurkan team lelaki and pompuan. baru lah ade game. since its just for fun, so we had fun la. tp mmg letih gile la.

as for myself, aku mmg dah lama tak bersukan apatah lagi berfutsal. so mmg cpt la pancit. stamina takde. klu boleh buat aktiviti nih sbg aktiviti bulanan, aku mmg suka la. hehehe. boleh kurangkan lemak2 kat mana2 yg berlebihan tu. hahahaha.

enjoy the pics. more to come.
Team Futsal JMD

Gaya bebas

Aksi di dalam & luar gelanggang

sesi melepak membasahkan tekak mengisi perut


pic source : layzree @ photography

Saturday, November 29, 2008

surprise party

assalamualaikum

dalam kesibukan aku, masih smpt menjoin member2 JMD aku buat surprise besday party utk RyCO, penghulu JMD. ni semua pun atas permintaan kakngah aka seksiteri aka awek RyCO. huhuhu.

lokasi: superstar karaokebox alamanda. kami bertujuh (aku, layzree, skyone, fendi3z, zackrossi, zuzu & marvellous) tunggu kat dalam bilik yg ditempah pada jam 9.20mlm. ketibaan ryco dan kakngah jam 9.50 mlm. terkejut beruk gak la si ryco tu. hahaha. kami nyanyi lagu selamat beramai2 smpi nk pecah speaker bilik tu dan ryco masih terpaku di muka pintu. selepas sesi potong kek dan suap menyuap antara kakngah dan ryco, acara melantak kfc pun dimulakan. kemudian berkaraoke lah smpi kul 12.30am. huhuhu. smpi masing2 hilang suara. hahaha

lps tu, pi minum kat kedai mamak kat Presint 9 lak. aku, zuzu, fendi3z & skyone je. borak2 smpi 1.50am then baru gerak balik. lepas anta skyone kat umahnye, aku pun terus balik umah aku. nih baru lepas kemas2 beg. esok nak pi pejabat kul 9 pastu nak terus pi pwtc. hari ahad maybe aku balik kejap nak amik saki baki barang di pejabat dan nak anta balik kete aku kat umah. adik laki aku nk dtg hari ahad so aku kene la tinggalkan kete aku kat dia. klu tak, susah la dia nak bergerak nnt. huhuhu.

mmmm. sekian dulu kot. klu smpt nnt aku update lg kat pwtc. gmbr surprise party and karaoke tu nnt aku update kan.

adios amigos.
see you when i see you.

Sunday, November 23, 2008

A1 GP Malaysia

assalamualaikum...

akhirnya sampai jugak aku ke Litar F1 Sepang yang dibangga2kan selama ini. mula2 smpi tu mmg teruja jugak la. penah dpt award The Best F1 Circuit in the world, The Best Host. sapa tak bangga beb. dah lama teringin nak pegi tp baru hari nih dapat merealisasikan impian itu. tq skyone sbb ajak aku. hehehe.

penat tak hilang lagi nih. letih giler dgn cuaca yg panas terik yg terlampau. nak beli makanan or minuman pun tak smpi hati. mahal giler. huhuhu. at last, balik awal. lebih kurang kul 12.45 gitu kitorang dah chow dah. smpt tgk sprint race jer. start kul 11 smpi kul 12. nak tunggu feature race start kul 3 lama giler. tambahan plak semangat dah kurang sbb Team A1 Malaysia kalah. huhuhu.

last2 balik makan kat D'Limau Nipis. lama gak tak pekene D'Limau Nipis Special tu. dulu selalu gi ngan best buddy tp dah lama tak gi situ. sbb ade port baru, Oldtown White Coffee. hehehe.
lepas makan terus balik. sambung tgk A1 kat tv je. feature race pun kalah daa. sbb masalah miss communication. tensen jer. kalau tunggu smpi habis tadi konfirm dapat penat jer. huhuhu.

ape2 pun puas hati la sbb dapat pi Litar F1 Sepang, the only circuit in the world that given the permission to use 'F1' in its name. enjoy the snaps.


upon arrival at the parking lot

welcome to A1 GP Malaysia

the entrance. i'm coming. huhu. semangat tul mizi nih.

sprint race in action (left) and waiting for restart (right)

ready to restart : Team A1 Malaysia (left), Safety Car (right)

oi mizi, kete kat sana la. ko tgk ape tu?

pit stop view and background. hehehe.

kononnye nak tunggu tgk feature race la nih, tp hampehhh. huhu.

Malaysia Boleh!!

more to come. maybe.
salam.

Tuesday, November 18, 2008

shopping??

assalamualaikum...

rasa mcm dah lama aku tak beli pakaian utk ke pejabat. kemeja or slack. memandangkan kemeja dah byk, so smlm aku rasa mcm nk beli slack je. and maybe a tshirt. as usual, tempat aku selalu pegi utk bershopping adalah Jusco. my fav brand for kemeja and slack is Suave. Executive and affordable for me. so smlm aku pun ajak la teman baik aku teman kan. bukannya tak leh nk gi sorang2 tp berdua kan lebih baik. tak gitu? hehehe. destinasi kami smlm adalah Jusco Cheras Selatan. selepas menyambar sehelai slack Suave dan sehelai tshirt Snails, kitorang pi mkn kat tmpt fav kitorang. ape lagi klu bukan Oldtown White Coffee. dia dapat fav drink dia, Ice Blended Oldtown White Coffee Original. tp aku tak dpt fav aku, Hot Oldtown White Coffee Original. sold out katanye. so aku pun mintak lah Nan Yang Kopi O. well, not bad at all. as for the food, we switch menu. klu selalunye dia akan order Ipoh Chicken Hor Fun, kali ini aku plak yg order mknn tu and dia order Nasi Rendang Chicken. teringin nak makan nasik katanye. hehehe. as we ate, Nasi Rendang Chicken was superb but not Ipoh Chicken Hor Fun. mmg mcm tu agaknye. every outlet dia mesti ade kelebihan dan kekurangan here and there. Oldtown Cyberjaya jugak yg besh. kan cik Tina? hehehe. btw, thanx coz accompanying me. huhuhu.

p/s: sorry no pics. lupa plak nak snap2. hehehe.

Saturday, November 15, 2008

Coffee

assalamualaikum

baru balik melepak ngan bebudak WiSE kat Oldtown white coffee cyberjaya. mmg favourite aku lepak kat oldtown nih. selalu gak pegi lepak2 sana ngan my besh buddy. but we're not just lepak kat oldtown cyber je. merata oldtown dah aku pegi ngan besh buddy aku tu. last time hari tu kat oldtown jusco seremban 2. harga of coz la mahal sket but the coffee are superb. makanan pun superb gak la. ipoh chicken hor fun and nasi rendang chicken is our favourite. hot old town white coffee original is my fav and old town white coffee original ice blended is her fav.

im trying to recall when was the first time i went to oldtown. i cant remember the date but i definitely remember who introduce me to oldtown. who else if not my besh buddy. kan cik tina ayuni? hehehe. thanx babe.


Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Nasi Rendang Chicken (@ MetroPoint Kajang)

Ipoh Chicken Hor Fun and Coffee Lava - ice cream (@Cyberjaya)

Nasi Lemak and Curry Mee (@Cyberjaya)

Oldtown White Coffee Original : Ice Blended and Hot