Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Zakat Fitrah 2011

assalamualaikum.

setiap kali tiba ramadhan, pasti kewajipan menunaikan zakat fitrah tidak juga dilupakan. masa awal2 puasa nih mesti ramai yang tercari2 kadar zakat fitrah bagi negeri masing2, kan? bagi penduduk negeri Selangor, sila amati pengumuman yang dipetik dari Blog Rasmi Lembaga Zakat Selangor ini:
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA).
ZAKAT FITRAH INI BOLEH DITUNAIKAN BERMULA 1 RAMADAN 1432 HIJRAH SEHINGGALAH KE PAGI 1 SYAWAL 1432 HIJRAH DENGAN MENGUNJUNGI 24 BUAH KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ATAUPUN MELALUI MANA-MANA KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH DI SELURUH SELANGOR.
PASTIKAN AMIL ZAKAT FITRAH MEMPUNYAI PAS PENGESAHAN DARIPADA LZS DAN SETIAP PEMBAYARAN MENERIMA RESIT RASMI BERLOGO LZS.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

bagi Wilayah Persekutuan pula, kadarnya adalah seperti diumumkan di Laman Web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) :

Kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 telah ditetapkan sebanyak RM7.00.
Kadar tersebut telah diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Majlis Penyampaian Bantuan dan Pelancaran Ihya Ramadhan peringkat Kebangsaan tahun 1432H/2011M.
Penentuan kadar zakat fitrah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

aku tak tau lagi nak bayar di mana sbb aku tinggal di Selangor tapi berkerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya . biasanya mmg aku bayar kat Putrajaya jer. senang masa office hour atau masa ke masjid. tgk lah tahun nih mcm mana.

dan semestinya tahun nih bertambah lah amaun yg akan aku bayar berbanding tahun lepas sbb aku dah ada anak dan isteri. alhamdulillah, semoga diberkati setiap apa rezeki yg Allah berikan kepada aku sekeluarga, insya Allah.

bagi kadar zakat negeri2 lain, sila rujuk jadual di bawah:
sumber: http://blogged.my/gotopingbar.php?ping=295499
kalau nak penjelasan lebih lanjut tentang zakat fitrah dan zakat2 lain, boleh rujuk ke Laman Web Lembaga Zakat Selangor.

sekian.

p/s: bayar zakat fitrah je? zakat lain mcm mana? hmmm..

Wednesday, August 11, 2010

Zakat Fitrah

assalamualaikum.

bila dah masuk bulan Ramadan nih, kite mesti tak lupa tentang satu perkara. zakat fitrah. bagi yg terlupa, mari ke buat revision sama2. hehehe. untuk tahun ini (1431H / 2010M), kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Perlis - RM 6.00
  2. Kedah - RM 7.00
  3. Pulau Pinang - RM 7.00
  4. Perak - RM 7.00
  5. Selangor - RM 7.00
  6. Negeri Sembilan - RM 6.50
  7. Melaka - RM 6.50
  8. Johor - RM 5.00 / RM 7.00 *
  9. Pahang - RM 7.00
  10. Kelantan - RM 7.00
  11. Terengganu - RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 *
  12. Wilayah Persekutuan dan Labuan - RM 7.00
  13. Sarawak - RM 6.00
  14. Sabah - RM 6.80
* Mengikut jenis beras

Apa itu zakat fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Siapa yang wajib bayar?
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.  

Macam mana?
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim
Apa itu kadar fitrah?
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Bila nak keluarkan zakat fitrah?
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima:
  1. WAKTU WAJIB
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. WAKTU SUNAT
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. WAKTU MAKRUH
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. WAKTU HARAM
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: http://www.e-zakat.com.my

wallahu'alam.

p/s: tahun depan tambah sorang lagi tanggungan aku. hehehe.