Monday, March 14, 2011

Jepun: Tsunami, Ultraman dan Fizz Fairuz

assalamualaikum.

aku terpanggil utk memblog pasal gempa dan tsunami yang melanda jepun. memula igt malas nak tulis sbb aku tau dah ramai yg memblog pasal nih. bukan tak cakna tp taknak kepoh2. hehehe.

sbg sesama manusia, aku mmg sgt simpati dgn apa yg terjadi kat Jepun tu. aku yakin semua manusia yang waras juga akan rasa begitu. apatah lagi kalau ada di kalangan ahli keluarga atau kenalan kita berada di sana sewaktu kejadian tu. kerisauan kita pasti takkan dapat dibendung lg. oleh itu, marilah kita sama2 berdoa supaya bencana teruk yang berlaku di Jepun tidak akan berlaku di negara kita. sama2 lah kita berdoa agar negara matahari terbit itu dapat bangkit semula dari kemusnahan akibat bencana itu. kepada yang berkemampuan, hulurkan lah derma kepada saluran2 yang disediakan.

sbnrnye dah bbrp hari aku tak baca paper dan tak online (kecuali facebook n twitter. LOL). so, baru hari nih la aku tau pasal kisah kartun kat Berita Minggu smlm dan jugak pasal tweet Fizz Fairuz. kedua2 nya dilabel sbg tiada sensitiviti dan berlawak tak kene tempat. td aku baca luahan hati seorang penuntut Malaysia di Jepun yang kecewa. Kecewa dgn kartun tu dan jugak Fizz Fairuz. klu korang nak baca, pegi tgk kat blog Beautiful Nara. Berita Harian pulak hari nih mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas penyiaran kartun tu. dan baru td aku terbaca tweet member aku mengatakan bahawa Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, mahu kerakyatan kartunis tersebut dilucutkan. hmmm.

blog member aku yg berlainan pendapat dari masyarakat umum turut diserang kerana meluahkan pendapat ikhlas beliau dalam isu kartun tu. ada komen yg menyokong dan ada juga komen yg menghina dan mengutuk beliau. korang boleh baca kat blog SembangBincang.

pendapat aku? kenapa nak kecoh hal kartun? kenape nak kecoh hal fizz fairuz? terbela ke nasib orang kat jepun tu dgn hanya mengutuk berita harian dan fizz fairuz? kalau betul2 simpati, kesian, amik berat dan sbgnye, hulurkan lah bantuan. panjangkan lah doa supaya mereka semua selamat dan supaya bencana itu tidak berlaku lagi. tak perlu rasanye nak mengutuk pendapat orang lain kerana itu adalah pendapat mereka. mereka cuma meluahkan apa yang mereka rasa tanpa prejudis. itu adalah hak mereka dan mereka bebas untuk menyatakan pendapat sendiri. kita boleh persoalkan dan argue dengan mereka. tapi argue lah dengan cara ilmiah dan berhemah. bukan menyerang peribadi, mengutuk atau mencarut.

p/s: kadang2 diam itu adalah lebih baik dari berkata2. diam bukan bermakna lemah. bising bukan bermakna kuat.


RALAT: aku tersilap kerana menyatakan ibrahim ali adalah presiden PESAKA. sbnrnye dia adalah presiden PERKASA. hehehe. people do make mistakes. tq kepada yg menegur. kepada yg menghentam pun tq jugak. sungguh cantik bahasa anda. klu ko kata aku C&P, tolong la bgtau kat mana aku copy tu.k at mana yg ko nampak ayat yg sama mcm ayat2 di atas? FYI, ayat2 di atas adalah ayat dan pendapat aku sendiri. terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

BODOH PUNYA BLOGGER... PESAKA OR PERKASA... NI LAGI SATU BLOGGER COPY PASTE NI

Anonymous said...

ko silap perkasa ngan pesaka.heheheheh

siputturbo said...

ayo kalau copy paste takkan la salah.budus anon.takde telur.

Sky0ne said...

anon, memang la takde telur. Booo!!!

Saiyed said...

hahahaha.

Anonymous said...

Fizz Fairuz, Berita Harian, Rosmah kurang sensitif Tsunami Jepun

Anonymous said...

aishh... cakap gune akal.. jgn le gune lutut. hehe.. adei.. trgelak gak baca kartoon tu.. ade gak yg bergurau pasal knapa bagunan kat jepun kuat.. "mana nak runtuh... ultraman tgh pegang banguanan tu"
bg sy.. sensitiviti masyarakat kita kurang. kalo kene sndiri baru tahu beb.. aku no komen. baca.. paham.. tayah nak emo2... :)
to blogger.. nice job then

Aieali said...

manusia kan memang melakukan kesilapan cuma Nabi sahaja yang perfect walaupun baginda manusia kerana Allah menjaga baginda..bagi saya, kedua2 pihak yg buat karton ultraman dan fizz fairuz..mereka mengatakan sesuatu secara direct tanpa berlapik..tp mungkin hakikat sebenar di sebalik apa yg mereka lakukan ialah..mereka menyedarkan kita bahawa setinggi mana pun teknologi dan kemajuan sesuatu bangsa dan negara, boleh dimusnahkan sekelip mata oleh Allah yang Maha Besar..Kun Fayakun..itu yang saya belajar dari mereka..lihatlah perkara dgn positif kerana kita ini umat akhir zaman..jgn suka asyik nak mengutuk sesama sendiri..berdosa satu hal yg dah menyampah ustaz nak cakap, tapi ia juga merendahkan martabat kita dihadapan orang bukan islam dan orang yg baru masuk islam..inikah umat Muhammad?

hamba Allah :) said...

assalam...maaf,,menyampuk...t0 blogger ~ betul laa ,, manusia skg hal remeh pun d besarkan,,kalau tgk d laman FB ada ramai lagi status urg ckp bnda yg sama dgn fizz...knp mreka x d ambil tndakan?come on Malaysia...org Barat da smpai ke bulan , kita masih menunggu bulan jatuh ke riba?? x logik !
t0~~ aieali ,, maaf ... di dunia ne xda yg perfect melainkan Allah dan bukan Nabi...Nabi maksum (xda dosa) ... bukan sebab apa...Nabi pernah juga silap , tp Allah menegurnya samaada melalui malaikat @ wahyu.. :)) wallualam Musawwab..