Thursday, March 10, 2011

PULAPOL KL ditutup: Adik aku??

assalamualaikum.

semalam, negara hampir digemparkan dgn berita tersebarnya sejenis virus di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL). jangkitan virus 'Adenovirus' ini telah menyebabkan semua latihan di PULAPOL dihentikan. sehingga semalam, seorang pelatih telah meninggal dunia, dua orang dirawat di ICU dan 28 orang di wad biasa. lebih 200 orang dikuarantinkan di PULAPOL untuk tujuan pemerhatian.

sbnrnye, adik lelaki aku (Amir) adalah salah seorang pelatih yg menjalani latihan di PULAPOL KL nih. pagi semalam, aku dpt tahu dari sepupu aku bahawa PULAPOL KL dikuarantin kerana H1N1. aku mintak sepupu aku periksa klu2 adik aku terlibat. aku tak bgtau mak aku lg takut dia risau. tp malam td, mak aku call sbb dia dgr berita kat TV. aku pun check kat laman web PDRM. berderau darah aku bile baca kenyataan bahawa ada sorang pelatih meninggal. aku tak sangka sampai seserius itu.

aku pun call lah bilik gerakan khas PDRM sbb nak dptkan status adik aku. ALHAMDULILLAH. pegawai tu cakap adik aku sihat dan ada di asrama. dia ckp, kalau ada apa2 nnt pihak PDRM akan maklumkan kepada waris terdekat. syukur Alhamdulillah.

INFO: No Bilik Gerakan Khas PULAPOL - 03-2688 2009 

sebenarnye dah lebih sebulan dah aku tak jumpa adik aku tu sejak dia masuk PULAPOL. telefon pun takleh bawak. minggu lepas dia ada kirim surat dan aku baru je reply surat dia dua hari lepas. tibe2 dgr berita mengejutkan nih smlm. sapa yg tak risau, kan? especially mak aku kat kampung tu. tak sabar2 nak gi melawat dia. hehehe.

apa2 pun, takziah aku ucapkan kepada keluarga pelatih yang meninggal. marilah kita sama2 doakan agar pelatih2 yg masih dirawat tu cepat sembuh dan virus ini tak merebak kepada orang lain. insya Allah. Amin.

aku dan amir tahun 1985 kot
aku dan amir tahun 2007 kot
aku dan amir tahun 2009 kot

p/s: semoga semuanya akan selamat dan berakhir dengan baik. insya Allah. 

3 comments:

Sky0ne said...

apesal semua gambar ada kot?

dayana said...

huhuuu... bahaya2... sib baek amir ok... mmg xle pi tgk langsung ke.. eh, tp if g skang, xle kuar lak.. kena kuarantin sama kn..huuu

Saiyed said...

sky: sbb aku tak igt tahun berape gmbr2 tu diambil..plus minus satu tahun...

hahahhah

yana: kalau pegi pun diorang tak bagi jumpa...tak pe lah...serahkan pada yg pakar...klu jadi pape esok, diorang akan inform...klu tak, tau la apa ino nak buat..heheh