assalamualaikum
hari sabtu yang baru lalu, aku terima surat dari adik aku yg skrg nih adalah pelatih konstabel di Pulapol KL. dalam surat tu ada la beberapa perkara yg aku rasa boleh dikongsi ngan pembaca sekalian.
seperti sedia maklum, semua latihan di Pulapol KL telah diberhentikan sehingga mendapat clearance daripada semua pihak terbabit. ini kerana jangkitan Adenovirus yang dikesan di situ masih belum reda dan belum diketahui punca sebenarnya.
dalam surat tu, adik aku cakap sblm berita pasal adenovirus tu keluar, dia ada gak demam dan cirit birit. setakat batuk tu dia kata perkara biasa je kat situ. pada 6 mac tu (masa mula2 kecoh pasal Adenovirus), dia pun kene pegi hospital utk check darah. keputusannya, doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah dia. tp dia tak demam, so tak kene tahan kat wad. dia pun dah ok dah sbb hari2 makan ubat dan minum air mineral.
dah 2 minggu diorang takde latihan. keje makan tido makan tido je katanye. bekalan makanan diorang pulak dibungkus jer sbb dapur dewan makan dah kene tutup. mungkin ada kaitan ngan jangkitan virus tu. adik aku cakap lg, diorang kat dalam tu dah nak sakit jiwa dah sbb tak buat apa2. diorang hari2 doa supaya dibenarkan balik tp hampa. sepatutnya, ahli keluarga dah dibenarkan melawat tp selagi masalah virus nih tak selesai maka tak boleh la melawat.
itulah antara isi kandungan surat yang adik aku kirim. sampai 2 helai kertas keajang depan dan belakang dia tulis. tp banyak nye suh belikan dan kirim barang. dia kata ada jer jual kat situ tapi tak boleh keluar sbb dah kene kuarantin. so, dia mintak tolong aku beli and kirimkan kat dia.
kesian gak diorang duk dalam tu tak buat apa2. harap2 pihak Pulapol or PDRM buat la aktiviti lain yg boleh isi masa diorang. kesian diorang.
setakat hari nih aku tgk jumlah pelatih yang dirawat di HKL semakin berkurangan. harap2 cepat la sembuh semuanya dan harap2 latihan boleh disambung semula sehingga diorang berjaya tamat latihan dengan cemerlang.apa2 pun marilah kita semua berdoa supaya masalah Adenovirus ni akan selesai dengan cepat.
p/s: adik aku suh simpan resit sbb nnt dia nak bayar balik ngan gaji dia. hahaha.
7 comments:
salam tuan rumah ...akak pun faham macam mana perasaan family rekrut di sini ..hubby akak pun kena kuarantin 8 hari .
yantiskpt2@yahoo.com
tu la...skrg nih kita hanya mampu berdoa dan berharap yg terbaik utk mereka...
uish.. 'adenovirus'..
hmm..pngajar ada pesan.. kmungkinan kes ni ade dlm exam nt.. sbb dia kes baru..
sy pon ade dpt surat dr bf sy..2 kali dy hntar. agaknye tyme tu dorang boring kot xde kje.tp skg pulapol dilaporkan dah stabil mknenye pasni latihan akan bermula spt bese.sedih gak sbb pasni msti x surat dr dy dah! hehe
alhamdulillah sbb kes adenovirus tu dah berakhir. diorang dah start latihan semula.
takpe lps nih tak dpt surat, dapat call/sms plak. hehehe.
harap2 semua da ok..jabatan kesihatan dan pihak pulapol harus memastikan penyakit tu selesai baru mulakan latihan..apa guanya latihan jika tempat disediakan tidak terjamin.tempat tersebut perlu dibersihkan dahulu agar tiada penyesalan nanti.nyawa ditanggan Allah tetapi kita harus juga berwaspada.
adik aku baru call td...katanye hari nih boleh balik..
tp tak tau la for how long diorang dibenarkan balik...
syukur alhamdulillah...
Post a Comment