Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Portal Banjir

assalamualaikum.

skrg nih dah musim tengkujuh. hujan sana sini tak kira masa. yg org paling takut pada musim hujan adalah banjir. especially tmpt yg mmg dah jadi rutin banjir setiap kali musim hujan. so, kepada mereka yg terlibat tu prepare la awal2. jgn tunggu air naik baru nak sibuk.

tak silap aku last week ada pelancaran Portal Banjir. TPM yg launch. dah byk gak portal yg bagi info pasal banjir. so makin senang la kite2 yg terlibat nnt. siap ada twitter ngan facebook lagi.

http://portalbanjir.mkn.gov.my

untuk Facebook page pulak boleh search "Informasi Bencana". profile picture dia setakat nih sama mcm gmbr kat atas nih. twitter plak boleh follow @PortalBanjir. twitter untuk setiap negeri pun ada. boleh cari kat twitter @PortalBanjir tu nnt.

tu je la. saje nak update sbb dah rasa lama gile tak update. sibuk benorr. huhuhu

Friday, October 7, 2011

Official trip to Beijing

assalamualaikum.

hujung September hari tu aku terpaksa pegi ke Beijing, China atas urusan kerja. aku diarahkan attend satu bengkel/perbincangan antara negara2 ASEAN dan China berkaitan ICT dalam pengurusan bencana. aku dan sorang lagi colleague aku jadi wakil/delegasi Malaysia dalam bengkel tu.

sblm nih aku tak penah keluar negara secara rasmi. setakat masuk Thailand tanpa passport tu penah la beberapa kali. hehehe.so, at first excited gak la nak pegi. tp bila tahu kami berdua je wakil Malaysia, cuak gak la. hehehe. nasib baik member aku tu ada pengalaman. so berani la sket.

bengkel tu cuma 2 hari je. hari pertama discussion dan hari kedua ada field trip. kitorang dibawa ke satu expo komunikasi yg kebetulan sedang berlangsung di Beijing masa tu.

hotel tmpt kami menginap betul2 sblh stadium olimpik Beijing yg mcm bird nest tu. itu je yg best. yg lain tak best. tmpt nak shopping souvenier jauh giler. yg ada cuma shopping2 complex yg lebih kurang mcm kat malaysia jer. makanan halal pun agak payah nak cari. nasib baik la aku bawak bekalan maggie. penganjur agak kurang sensitif dengan kehadiran 4 orang muslim (2, Malaysia, 1 Brunei, 1 Indonesia) di kalangan delegasi. if given the choice, i might refuse to go to Beijing again.

from far

yes!! i was there!!

from another side of the stadium

another angel!!

the water cube

the ASEAN's delegates

sekian, terima kasih. 

Monday, March 14, 2011

Jepun: Tsunami, Ultraman dan Fizz Fairuz

assalamualaikum.

aku terpanggil utk memblog pasal gempa dan tsunami yang melanda jepun. memula igt malas nak tulis sbb aku tau dah ramai yg memblog pasal nih. bukan tak cakna tp taknak kepoh2. hehehe.

sbg sesama manusia, aku mmg sgt simpati dgn apa yg terjadi kat Jepun tu. aku yakin semua manusia yang waras juga akan rasa begitu. apatah lagi kalau ada di kalangan ahli keluarga atau kenalan kita berada di sana sewaktu kejadian tu. kerisauan kita pasti takkan dapat dibendung lg. oleh itu, marilah kita sama2 berdoa supaya bencana teruk yang berlaku di Jepun tidak akan berlaku di negara kita. sama2 lah kita berdoa agar negara matahari terbit itu dapat bangkit semula dari kemusnahan akibat bencana itu. kepada yang berkemampuan, hulurkan lah derma kepada saluran2 yang disediakan.

sbnrnye dah bbrp hari aku tak baca paper dan tak online (kecuali facebook n twitter. LOL). so, baru hari nih la aku tau pasal kisah kartun kat Berita Minggu smlm dan jugak pasal tweet Fizz Fairuz. kedua2 nya dilabel sbg tiada sensitiviti dan berlawak tak kene tempat. td aku baca luahan hati seorang penuntut Malaysia di Jepun yang kecewa. Kecewa dgn kartun tu dan jugak Fizz Fairuz. klu korang nak baca, pegi tgk kat blog Beautiful Nara. Berita Harian pulak hari nih mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas penyiaran kartun tu. dan baru td aku terbaca tweet member aku mengatakan bahawa Ibrahim Ali, Presiden PERKASA, mahu kerakyatan kartunis tersebut dilucutkan. hmmm.

blog member aku yg berlainan pendapat dari masyarakat umum turut diserang kerana meluahkan pendapat ikhlas beliau dalam isu kartun tu. ada komen yg menyokong dan ada juga komen yg menghina dan mengutuk beliau. korang boleh baca kat blog SembangBincang.

pendapat aku? kenapa nak kecoh hal kartun? kenape nak kecoh hal fizz fairuz? terbela ke nasib orang kat jepun tu dgn hanya mengutuk berita harian dan fizz fairuz? kalau betul2 simpati, kesian, amik berat dan sbgnye, hulurkan lah bantuan. panjangkan lah doa supaya mereka semua selamat dan supaya bencana itu tidak berlaku lagi. tak perlu rasanye nak mengutuk pendapat orang lain kerana itu adalah pendapat mereka. mereka cuma meluahkan apa yang mereka rasa tanpa prejudis. itu adalah hak mereka dan mereka bebas untuk menyatakan pendapat sendiri. kita boleh persoalkan dan argue dengan mereka. tapi argue lah dengan cara ilmiah dan berhemah. bukan menyerang peribadi, mengutuk atau mencarut.

p/s: kadang2 diam itu adalah lebih baik dari berkata2. diam bukan bermakna lemah. bising bukan bermakna kuat.


RALAT: aku tersilap kerana menyatakan ibrahim ali adalah presiden PESAKA. sbnrnye dia adalah presiden PERKASA. hehehe. people do make mistakes. tq kepada yg menegur. kepada yg menghentam pun tq jugak. sungguh cantik bahasa anda. klu ko kata aku C&P, tolong la bgtau kat mana aku copy tu.k at mana yg ko nampak ayat yg sama mcm ayat2 di atas? FYI, ayat2 di atas adalah ayat dan pendapat aku sendiri. terima kasih.