Thursday, December 17, 2009

meeting tak kira masa

assalamualaikum...

masa itu emas. masa mencemburui kita.

itu la yg selalu kite dgr. tak cukup masa la. tak sempat nak buat la. masa singkat sgt la. dan mcm2 lagi la. disebabkan kesuntukan masa ni jugak lah yg menyebabkan aku kebizian di hujung2 tahun ni. dan mungkin smpi bulan 1 nnt. nak kejar KPI org atas2 tp org bwh2 yg kene tekan.

smlm terpaksa buat meeting kat PD. pukul 8.30 malam sbb nak kejar boss2 yg ade bengkel brainstroming kat sana. boss plak suh datang sana lps zohor. ape nak buat lama2 pun tak tau. klu dpt bilik takpe jugak. nih terpaksa la menumpang bilik org. abis meeting kul 10.30, aku ngan ofismate aku terus balik. tak kuasa dah nak menunggu lama2. aku smpi umah kul 1. hari nih aku masuk opis lmbt sket. kul 9 baru smpi. klu tak sebab ade keje and bende nak kene buat, aku pun nk meng'EL'kan diri hari nih. huhuhu.

next week maybe kene tour ke cawangan di negeri2 di utara sbb ade penghantaran PC. jadual tak finalize lg so tak tau lg la. awal bln januari plak ade bengkel lagi. maybe kat cameron. bunyi mcm best je dpt gi cameron kan? klu pegi mcm tu je takpe gak. tp tidak sebegitu. kene siapkan something untuk dibentangkan masa bengkel tu nnt. some sort of draft of a document. wlupun aku kene buat satu or dua bab jer, still a lot of work need to be done. huhh!

lps bengkel tu pun tak leh relaks lg. sbb kene siapkan dokumen tu by end of januari. so aku sure lps pada bengkel kat cameron tu nnt akan ada lg sesi2 mini bengkel, perbincangan dan mesyuarat. hmmmmm.

bile nak rehat?? bulan februari?? ermmm. bulan feb nnt ade perkara lain plak yg perlu dipikirkan. korang nak tau ape dia?? nnt aku bgtau once dah betul2 confirm. insya Allah. hehehe =)

p/s 1: smlm tertengok cite cucu betong masa tgh layan cendol kat teluk kemang. tertarik dgn quote ini "Yang sedikit itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah". Renung2kan dan selamat beramal (baca dgn nada Prof Izzy Haji Ali) heheheh

p/s 2: hari nih final bola sepak sukan sea. malaysia lwn vietnam. live kat tv3. Go Malaysia Go!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Malaysia menang!!

assalamualaikum...


Keputusan Semi Final:
Malaysia 3 Laos 1

tahniah buat pasukan malaysia kerana layak ke perlawanan akhir. last time malaysia layak final ialah pada 2001. kat KL. klu tak silap aku masa tu m'sia lawan indonesia. malaysia kalah sbb gol sendiri azmin azram aziz. lps tu nama azmin terus tenggelam. pastu pindah team pahang pakai jersi no 7. ntah pape2 keeper pakai no 7. hahaha.

back to topic. mmg dah lama aku tak tgk live game malaysia. aku tgk game smlm malaysia main ok. cuma bile dah leading 1-0 tu player mula main2. sambil lewa. bile laos dah samakan kedudukan 1-1 baru la kelam kabut nak cari gol lagi. alhamdulillah menang jugak 3-1 hasil 2 jaringan Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan 1 gol safiq rahim (Selangor). overall performance malaysia mmg ok tp kene improve lagi lawan vietnam kat final nnt sbb vietnam dah penah kalahkan kite masa group game hari tu.  striker kene improve lagi sbb smlm striker malaysia tak menyerlah. midfielder yg score semua gol. harap2 zaquan adha bleh main final nnt and improve overall performance malaysia.

player yg mencuri tumpuan aku smlm ialah right back malaysia, Kunalan. ntah dari mana dia datang tp aku tgk dia main semangat giler. stamina mantap, laju, tackle tepat dan bersih. hopefully team nih bleh improve lg dan bawak balik pingat emas. aku rasa coach rajagopal pun patut dikekalkan walaupun malaysia kalah final nnt (harap2 menang laa...). jgn lepas satu tournament terus nk pecat n cari coach baru. kene pk masa depan. squad yg ade skrg masih muda dan perlu dikekalkan dan diberi lebih byk pendedahan antarabangsa supaya lebih mantap.

heheheh. sekian dulu. dah macam penulis ruangan sukan plak. nanti lepas final aku update lagi.

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Monday, December 14, 2009

Sukan Sea 2009 [update semi final]

assalamualaikum...

kalau cerite pasal sukan sea, selalunye aku amik tau pasal bola sepak jer. kali ni Malaysia satu Group dgn Timor Leste, Vietnam, Kemboja dan juara bertahan, Thailand. opening game lawan Timor Leste aku mmg yakin takde masalah. M'sia menang besar, 11-0 rasanye. 2nd game lawan Vietnam kalah 1-3. siap ade insiden yg memalukan sbb pemain serang pengadil. ade tanda2 m'sia nak balik tgn kosong lg tahun nih. lepas tu lawan kemboja kite bangkit kembali dgn kemenangan 4-0. Perlawanan terakhir dan penentuan mendebarkan menentang Thailand. Vietnam dah layak ke semi. Thailand hanya perlu seri dgn M'sia tapi kita kene menang utk layak. ntah dari mana datangnya semangat yg berkobar2, malaysia menang 2-1 dan layak ke semi. dah lama rasanya m'sia tak kalahkan Thailand. kemenangan tu sesuatu yg bermakna.

hari ini. Malaysia vs Laos. kelebihan seharusnya milik tuan rumah. tapi doa rakyat malaysia akan tetap bersama pasukan kita. sama2 lah kite berdoa. nak pegi laos dah tak sempat dah sbb game pukul 8 malam nih. nasib baik ada live kat tv2. jom tgk dan berikan sokongan.

p/s 1 : coach Thailand, Steve Darby ckp. "Malaysia Boleh!!"
p/s 2 : wahai team malaysia, tolong la bawak balik pingat emas bola sepak sukan sea. aku tak sanggup tgk bola sepak malaysia diperlekeh dan dicerca lagi. huhuhu

Tuesday, December 8, 2009

Futsal World Tour Road to Africa Part I

assalamualaikum

last saturday, perancangan nak buat futsal ngan member2 uniten akhirnya menjadi jugak. at first mcm tak ramai org je dpt dtg. aku jadi bengang giler bile ade org buat last minit cancelation. sakit hati giler. tp nasib baik la epon ngan hairul datang bawak member2 diorang. so boleh la main sejam. ngam2 cukup org and ade sorang sub. huhuhu.

tukang gambar, rafiqin, tak smpt nak snap gmbr masa tgh main. pancit katanye. so dia snap masa kitorang tgh minum minam kat kedai mamak berhampiran. tu pun tak semua dapat join. ini je yg ada:


tuan punye kamera a.k.a fiqin yg perasan comel...
 
epon dgn kepoyoannye.
 
hairul dgn muka konon ganasnya.

tokan the otromen. heheh.
 
last but not least, organizer yang berjaya. hahahaha

nantikan sambungan Futsal World Tour Road to Africa Part II yg akan datang. mungkin dalam bulan Januari atau Februari.

Wednesday, December 2, 2009

korban dan kawin

assalamualaikum.

hari raya korban yg lalu biasa saje. yg buat luar biasa sket sbb makngah, paksu and their family beraya kat umah aku. jarang2 berlaku tu. hehehe. tahun nih tak wat korban and tak pegi pun tgk korban. sgt2 penat sbb baru balik dari lumut hari tu. pagi raya je pegi berjalan2 ke rumah sedara mara. ptg jumaat and the whole saturday duk umah jer. ptg2 sabtu tu ade buat bbq sket. makan tak igt. maklumlah daging korban byk. huhuhu.

hari ahad. kenduri kawin sepupu aku, Mohd Hairul Fiza bin Musa a.k.a fiza. aku pegi umah dia kat keratong dari pagi. ramai gak sedara mara jauh and dah lama tak jumpa yg dtg. fiza nih sebaya ngan aku. so bile dia dah kawin, automatically diorang akan tanye bile plak giliran aku. semua yg kenal akan tanye aku atau mak aku. ade yg aku jawab dgn senyuman atau sekadar perkataan insya Allah. ada jugak yg aku kabarkan insya Allah tahun depan kalau ade rezeki. letih gak nak menjawab. lebih2 lagi bile ditanye di depan pengantin. huhuhu. kalau ade rezeki nnt ade la. tolong la doakan sama ye. heheh.

p/s: aku tgk fiza kurus keding je. lupa nak pesan kat wife dia suh bg dia mkn byk2 bagi kembang sket. hahahah.