Wednesday, December 8, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 5 Laos 1

assalamualaikum.

"save the best for the last"  
"they performed when it matter most"
dua ungkapan ini mungkin yang paling sesuai untuk pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010. bermula buruk apabila tewas 1-5 kepada indonesia dan kemudian mengikat jaguh Asia Tenggara, Thailand 0-0 untuk menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. perlawanan terakhir kumpulan menjadi penentu. Malaysia, Laos dan Thailand berpeluang layak ke separuh akhir jika menang perlawanan masing2.

http://www.affsuzukicup.com

keputusannya, Malaysia menang 5-1 ke atas Laos dengan jaringan daripada Amri Yahyah (min. 4 & 40), Amirulhadi Zainal (min. 73), Norshahrul Idlan Talaha (min. 77) dan jaringan sendiri pemain pertahanan Laos, Kitsada (min. 90+2). jaringan tunggal Laos diperolehi pada minit ke 8 menerusi Lamnao Singto.

walaupun menang selesa, persembahan malaysia tidaklah sempurna. gol amirulhadi dan norshahrul juga dihasilkan dari kesilapan pemain lawan. banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan malaysia sekiranya ingin layak ke peringkat akhir. antara yg laing nyata aku nmpk ialah keinginan menyimpan bola terlalu lama dan akhirnya hilang dirampas lawan. berani mmg bagus tp jgn smpi membahayakan pasukan. itu je la komen aku. komen lebih2 nnt org mengata plak. huhuhu.

sementara itu, thailand tewas 1-2 di tangan indonesia hasil 2 jaringan penalti oleh bekas pemain import Selangor, Bambang Pamungkas. kepada pasukan malaysia, jangan lagi harapkan orang lain untuk mara ke peringkat seterusnya. usaha dan lakukan dengan kudrat sendiri. MALAYSIA BOLEH!!

p/s: Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek boleh jadi the next Khairul Azman Mohamad.

No comments: