assalamualaikum..
sempena hujung minggu yang agak panjang pada minggu lepas, (sebab hari wesak jatuh pada hari jumaat) keluarga aku berjaya merancang dan meng'organize'kan satu event yang sangat happening. hari keluarga yang betul2 bersama seluruh ahli keluarga.
event nih dibuat di Melaka. famili yang terlibat ialah famili mak aku dari Rompin, Pahang (termasuk la famili aku walaupun aku dari Kajang je), makngah ku seorang diri (anak2 semua kat oversea), famili paklang dari Kedah, famili makteh dari Kuantan, famili pakcik dari Johor Bharu dan famili paksu dari Puchong. semua yang tersebut adalah adik beradik mak aku. sepupu sepapat semua ada. yang takde cuma anak2 makngah aku yg tgh study kat oversea dan 2 orang anak makteh aku yang tak dapat cuti.
jumlah semua lebih kurang 30 orang jugak la. sewa 2 unit homestay apartment duplex di Pangsapuri Pasir Puteri yang terletak di Portueguese Settelement, Ujong Pasir, Melaka. satu apartment ada 4 bilik siap dengan dapur dan satu lagi apartment ada 3 bilik siap dengan mesin basuh. sewa satu apartment RM250/malam.
acara kemuncak adalah pada hari sabtu. berkonvoi beramai2 ke Pantai Puteri yang terletak lebih kurang 15km dari homestay tu. dah dapat port terus setup untuk BBQ. tapi aktiviti bukan setakat makan2 aje. dah datang jauh2 takkan nak makan je kan. ada la telematch. group dah dibahagikan secara rawak pada malam sebelum tu. so, hari sabtu tu terus masuk group dan main game seperti yang diaturkan oleh pengadil telematch iaitu pakcik aku. dia sorang je jadi pengadil. yang lain semua kene main game. hehehe.