Monday, March 19, 2012

my daughter is unwell

assalamualaikum.

dah seminggu dah anak aku demam and muntah2. last few days nih start cirit birit pulak. dah 3 kali pegi klinik and 2 kali pegi hospital.

semalam paling merisaukan aku. mula-mula pegi klinik swasta (Poliklinik An Nur Putrajaya). then dia nak refer ke hospital utk admission sbb tgk anak aku dah pucat sbb dehydrate. wife aku mintak refer ke Hospital Putrajaya. smpi ke hospital, triage suruh tunggu doktor tgk dulu. tunggu dalam 2 jam baru jumpa doktor. sempat laa anak aku muntah sekali lg. lps jumpa doktor, kene tunggu lagi sbb nak amik darah. lepas lebih kurang sejam baru dipanggil untuk amik darah. anak aku kene tahan kat observation ward untuk masuk air and minum air garam. wife aku teman kan dia. almost 2 jam jugak diorang duk dalam ward tu. then baru result darah keluar. syukur alhamdulillah doktor kata darah anak aku ok lg. paras air dalam badan pun masih ok. doktor ckp anak aku akan terus muntah and cirit birit tp just teruskan bagi ubat, makan dan minum macam biasa.

lega sket tapi still kesian kat dia sbb asyik muntah jer. kalau kita dewasa nih pun penat kalau dah 3-4 kali muntah, ini kan pulak baby. sabar jer lah.
rindukan wajah ceria ini

p/s: thanx to all friends and families whom pray for my daughter's wellness.

Saturday, March 17, 2012

Trip to South Korea

assalamualaikum.

pada bulan februari yang lalu, aku berpeluang ke Korea Selatan atas tugasan rasmi. ini kali kedua aku ke luar negara selepas ke Beijing, China pada September 2011 juga atas tugasan rasmi.

trip ke Korea ini agak lama sebab ada beberapa tempat yang perlu kami pergi. di samping bekerja, ada jugak la masa untuk bersiar2. takde la stress sangat sampai 10 hari kat Korea tu. tempat2 yang kami pergi di korea adalah di sekitar Seoul City, Daegu City dan Pulau Jeju. aku malas nak citer banyak. kite tgk gambar je la. hehehe.

hello Korea

windmill in Jeju Island

Illchulbong, Jeju Island

Manjanggul Lava Cave, Jeju Island

cer teka kat mana? hehehe

Mini Mini Land, Jeju Island

"Sydney, Australia"

"Paris, France"


first time dapat landing atas salji






kat sini aku letak gambar2 leisure jer. banyak lagi gambar aku dah upload kat fb. malas nak upload semula. byk gmbr bersalji sbb nak tunjuk 1st time dapat main salji. hahahah. gambar lain boleh tgk kat sini -> Facebook aku atau Flickr aku.

p/s: harap dapat pegi lagi...huhuhuhu

Friday, March 16, 2012

nirelwof is out for 6 weeks

assalamualaikum. 

agak lama gak aku xupdate blog nih. tp insya Allah dalam seminggu dua ni aku akan cuba update. 

as the title goes, aku sbnrnye diberikan cuti sakit selama 6 minggu sbb baru lepas buat operation lutut last week. at first, i was told it would be a simple procedure called scoping. doktor akan tebuk lubang kat lutut aku, masuk kamera utk tgk ape masalah sbnrnye ngan lutut aku. before this aku dah buat xray tp just nampak small fracture pada tibia. and MRI scan pun dah buat but the doctors still undetermined about what actually wrong with my knee. thats why they decide to perform the procedure.

inilah first time aku kene admit ke hospital. mengadmitkan diri pada jam 7.00pagi dan discharged lebih kurang jam 6.00 petang. yup. tak bermalam pun. aku masuk Unit Rawatan Harian (Day Care Unit) sbb procedure tu mmg simple jer. sbb tu masuk day care jer.

masa procedure tu dijalankan, aku dalam keadaan sedar. aku cuma dibius separuh badan sahaja. so aku boleh tgk la apa yg doktor2 tu tgk dlm lutut aku tu. then the specialist consult aku dan terangkan apa masalahnya. and dia decide untuk repair masalah tu on the spot. mmg dalam consent form ada tulis untuk aku benarkan prosedur lanjutan jika diperlukan. so aku setuju jer la bile doktor tu kata nak buat.

bila dah siap tu baru dia bagitau aku yg kaki aku yg dioperate nih tak dibenarkan MEMIJAK untuk sementara waktu. means tak leh jalan la. aku ok jer. dalam hati aku expect sehari dua jer. tp aku tanye gak la untuk dapatkan kepastian. jawapan doktor tu membuat aku terkedu. 6 WEEKS!!! dalam hati aku tak tau la nak happy ke nak sedih. siap ade doktor tu suh aku cari PS3 lagi sbb dah dapat MC smpi 6 minggu. perghh. pasrah dan redha jer la.

bukan ape, aku cuma kesiankan wife aku sbb nak kene uruskan anak aku. klu aku tak tolong, sapa lg nak tolong. skrg nih aku plak yang susah nak bergerak. kesian la dia. sekarang aku berjalan menggunakan tongkat.

my 3rd and 4th legs.
p/s: harap2 aku dapat recover cepat sbb kesian kat wife aku.

Wednesday, January 4, 2012

A belated birthday wish

assalamualaikum.

dah lama sangat2 aku tak update blog nih. memandangkan ada sedikit masa terluang sekarang, aku nak la update sket. tp nak update pun pasal bende yang personal. 

tanggal 1 Januari biasanye orang sambut tahun baru. tapi aku sambut hari lahir isteri aku. setiap kali tiba occasion mcm birthday ke anniversary ke ape ke, aku mesti pening nak pk nak beli hadiah ape. smpikan first anniversary aku hari tu aku mmg tak buat ape2. aku just wish jer kat wife aku. teruk kan? so, i make it up on her birthday. aku buat surprise. aku berlakon mcm aku tak igt langsung birthday dia. petang 31 Disember tu aku boleh siap kuar gi ofis lagi. (padahal aku kuar pegi beli hadiah dia. huhuhu.) aku dah plan lama cuma tak sempat nak pegi beli. sbb tu terpaksa beli last minute.

kebetulan ptg tu nak pegi umah kakak dia kat rawang and bermalam kat sana. so, malam 31 Disember tu, aku cuma bagi birthday wish thru phone:


then aku tunjuk je gambar hadiah yg aku belikan tu. she's very happy and excited. that's enough for me to see. smile on her face can make my problems go away, at least for that moment. hehehe. walaupun hadiah nih tak seromantik mana, aku puas hati sebab dia suka hadiah tu. hehehe.


yup. hanya sebuah mesin jahit. huhuhu.

p/s: lps nih tak yah tempah baju kat kedai dah. heheheh.

Monday, November 21, 2011

'Aisya Qaisara meniarap

assalamualaikum.

actually dah beberapa minggu dah anak abah nih dah boleh meniarap. abah dia je lambat nak update. hehehe. skrg nih pun 'Aisya Qaisara dah menunjukkan tanda2 nak merangkak dah. dah makin besar dah anak abah nih. minggu depan dah nak masuk 5 bulan dah dia. Alhamdulillah.

"Sara lapar la ibu..."

Sara tgk ape tu? 

more photos and updates will come soon.