Saturday, August 14, 2010

Aku kecelakaan

assalamualaikum.

satu lagi tragedi menimpa aku di bulan ramadhan. kalau tahun lepas rumah aku dipecah masuk, kali ini kereta aku pulak kemalangan. kejadian berlaku ptg tadi ketika aku nak balik kerja. berlaku dalam kawasan pejabat. maybe first time ada kemalangan dalam kawasan pejabat aku tu. tak tau nak kata salah sape. alhamdulillah tiada siapa yg cedera. kete yg aku langgar tu pun tak teruk sgt. Honda CRV baru. sport rim belakang dia calar sket pastu bumper belakang pun ternaik sket. org ofis aku jugak. dia nk cpt td so dia kata next week la settle. aku mengangguk dan mengiakan saja. aku blur masa tu. kenape? tgk lah keadaan kete aku nih.



a picture can tell thousands of words, but i'm speechless. please don't ask me how it happens. but please pray for my well being. aku redha. aku pasrah. Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat sebalik kejadian ini. wallahu'alam.

lepas kejadian aku masih boleh drive kete tu gi amik adik aku kat uniten, singgah bazar ramadan and balik umah. tp takleh ar nk kuar malam sbb lampu dah pecah. nasib baik tak kene ape2 part enjin especially radiator tu. kene standby duit nak repair la pulak. hmmm. duit duit duit.

p/s: esok nak gi bengkel nak tau bape bajet nak repair.

Friday, August 13, 2010

Buang bayi hukum gantung

assalamualaikum.

thats the way to do it. maksimumkan hukuman bagi pesalah2 yg buang bayi tu. bagi nasihat tak jalan. buat kempen kesedaran pun tak jalan. so, gantung je la smpi mati. setakat penjara smpi 10 tahun je tak guna gak. sekejap je 10 tahun tu. org tak heran laa. klu dgr hukuman gantung tu baru diorang nih pk 2-3 kali nak buang anak diorang. 

ttg idea nak buat sekolah khas utk org mengandung or anak luar nikah, aku rasa akan lebih menggalakkan org nak buang bayi. sbb diorang tahu ade org nak jaga bayi2 terbuang nih. lg senang hati la diorang. hmmm. walaupun hukuman gantung takkan menjamin terhentinya kes buang bayi, at least pesalah2 tu dapat hukuman yg setimpal. walaupun bayi, dia tetap seorang makhluk tuhan yang bernyawa. mmg patut pun kes buang bayi ni diklasifikasikan sebagai kes bunuh atau cubaan membunuh.

p/s: bulan ramadan nih pun ade lagi kes buang bayi. astaghfirullahal'azim.

Thursday, August 12, 2010

Rezeki raya??

assalamualaikum.

lepas berbuka semalam layan Buletin Utama kejap. ade berita pasal pekerja bank dapat kenaikan gaji. tunggakan akan dibayar sebelum raya nih. bakinya sblm hujung tahun kot. pastu mcm2 benefit lagi diorang dapat hasil perjuangan kesatuan diorang. hmmmm. rezeki kan? untung pekerja bank.

website for this image: femina-online.com

askar dah naik gaji. polis dah naik gaji. pekerja pos pun dah naik gaji. pekerja bank pulak dah naik gaji. pekerja2 lain mcm mana? hmmmm. redha je la. huhuhu.

p/s: best gak klu dapat bonus sblm raya nih. boleh simpan wat gi bulan. hahahaha.

Senarai hitam jadi putih

assalamualaikum.

rutin aku setiap pagi selepas bangun ialah bukak tv utk dgr MHI kat TV3. boleh dapat fast update headlines akhbarino utama. berita yang menarik perhatian aku hari ni ialah ttg kerajaan tarik balik tindakan senarai hitam kan pemandu yg tak bayar saman.

asyik main tarik tali mcm nih ntah smpi bila la isu saman ni nak selesai. kata ada 10 juta saman tertunggak. kata ada 1 juta kenderaan disenaraihitam. so, mcm mana nak settle kan masalah nih? amik tindakan pastu tarik balik. tak adil la utk org2 yg telah dikenakan tindakan tu. kan? antara org yg dah kene tu aku la. huhuhu.

tahniah la kepada yg terlepas tu. tp ini tak bermakna korang akan dapat diskaun or lupus saman korang. ini sementara je sbb ramai sgt dah komplen. so, lepas nih klu tak setuju ngan ape2 tindakan, kita komplen jer ramai2. hehehe.

p/s: bulan puasa nih terpaksa berhati hati dgn choice of words dalam berblog. hehehe.

Wednesday, August 11, 2010

Zakat Fitrah

assalamualaikum.

bila dah masuk bulan Ramadan nih, kite mesti tak lupa tentang satu perkara. zakat fitrah. bagi yg terlupa, mari ke buat revision sama2. hehehe. untuk tahun ini (1431H / 2010M), kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Perlis - RM 6.00
  2. Kedah - RM 7.00
  3. Pulau Pinang - RM 7.00
  4. Perak - RM 7.00
  5. Selangor - RM 7.00
  6. Negeri Sembilan - RM 6.50
  7. Melaka - RM 6.50
  8. Johor - RM 5.00 / RM 7.00 *
  9. Pahang - RM 7.00
  10. Kelantan - RM 7.00
  11. Terengganu - RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 *
  12. Wilayah Persekutuan dan Labuan - RM 7.00
  13. Sarawak - RM 6.00
  14. Sabah - RM 6.80
* Mengikut jenis beras

Apa itu zakat fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Siapa yang wajib bayar?
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.  

Macam mana?
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim
Apa itu kadar fitrah?
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Bila nak keluarkan zakat fitrah?
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima:
  1. WAKTU WAJIB
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. WAKTU SUNAT
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. WAKTU MAKRUH
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. WAKTU HARAM
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: http://www.e-zakat.com.my

wallahu'alam.

p/s: tahun depan tambah sorang lagi tanggungan aku. hehehe.