assalamualaikum.
suspen tak tajuk tu? hehehe. actually, tajuk yg sbnrnye ialah "Kenape aku jarang berblog sejak kebelakangan nih". panjang sgt kan? aku tak suka letak tajuk panjang2 nih. tak cantik. letak dot dot dot kan senang. hehehe.
ok. back to topic. klu ikutkan, dulu aku rajin gak berblogging nih. rajin itu bermaksud dalam satu hari tu ade la jugak satu dua entri. tp sejak kebelakangan nih, amat lah jarang. kadang2 tu 2-3 hari baru ada satu entri. bukan malas tapi ada beberapa kekangan yg tak dapat aku elakkan.
Laptop.
utk pengetahuan korang (klu korang nk tau la), aku penah ada laptop. yup. penah. namun satu Tragedi Malam Pertama Ramadan telah menyebabkan aku berduka lara seketika. malas nk citer panjang. nnt aku sedih aku terus pegi beli laptop lagi satu. huhuhu.
minggu lepas dan sblm2 tu aku agak aktif kembali sbb aku pinjam laptop tunang aku. bila dia nak guna, aku pun dah jadi tak aktif balik. jadi, aktiviti berblogging aku cuma terhad di waktu pejabat yg mmg terhad sahaja.
Streamyx.
dulu aku penah ada line streamyx kat umah. yup. penah. disebabkan tragedi yg aku sebutkan tadi, aku terus potong line streamyx itu. potong bukan sbb nak amik internet provider lain tapi aku potong sbb aku dah takde laptop.
tunang aku ada broadband sendiri, so klu aku pinjam laptop and broadband dia, boleh la aku berblogging di rumah. tp bukan selalu aku pinjam sbb laptop tu dia guna utk buat keje. takkan aku nk pinjam buat blogwalking pulak kan?
Diperhatikan.
mmg betul boleh berblog di ofis. tp masa amatlah terhad nya. dan yg lebih membuatkan aku agak reluctant nak buat aktiviti blogwalking di waktu ofis ialah sbb kat ofis aku dah ada monitoring system. maksudnya, setiap site yg aku pergi akan direkodkan dan di setiap hujung bulan akan ada report ttg aktiviti internet staff kat sini. takkan aku nk biarkan nama aku duduk di tangga pertama pengunjung blogspot kan? huhuhu.
demikianlah tadi serba sedikit alasan sebab musabab kenape aku jarang melakukan aktiviti blogwalking, blog hopping dan sewaktu dengannya. nak update blog pun payah dah skrg nih. so, kepada semua readers dan pengunjung yg setia, (klu ada laaa) aku mintak maaf klu tak sempat nk terjah balik rumah blog korang. tp aku janji lambat laun aku akan terjah gak. cayo lah cakap den.
p/s: please stay tune.
No comments:
Post a Comment