Monday, May 10, 2010

Kedai Mamak

assalamualaikum.

malam ini kedai2 mamak dan kedai2 makan yg ade projektor dgn skrin besar pasti dipenuhi dgn kaki2 bola. diorang bukan nak tgk game liga malaysia tp liga perdana inggeris. malam nih adalah perlawanan terakhir dan malam penentuan juara di antara team Manchester United dan Chelsea. Man Utd lawan Stoke dan Chelsea lawan Wigan. Chelsea mendahului liga dgn kelebihan satu mata. kalau Chelsea menang last game, Chelsea la akan jadi juara liga. tak kisah la Man Utd menang ke tak. dan ketika post ini ditaip, separuh masa pertama baru sahaja berakhir dan Chelsea tgh leading Wigan 2-0.

kedai mamak. tmpt faveret utk kaki2 bola melepak. kadang2 diorang bukannya takde astro kat umah, tapi feeling tgk bola kat kedai mamak nih lain sket. ala2 mcm tgk kat stadium. especially klu jenis kedai mamak yg agak besar dan ramai orang. penyokong masing2 mesti bersorak la tgk. tapi ini semua scene yg dpt dilihat jika perlawanan melibat kan pasukan dari England sahaja. klu game liga sepanyol or itali takde plak mcm nih. liga malaysia jauh sekali. hehehe.

kenape kaki bola suka lepak kedai mamak? sbb ade projektor and skrin besar. sbb ade roti canai. sbb boleh order teh tarik satu and lepak smpi 2 jam. sbb kedai mamak bukak 24 jam. sbb tgk bola kat kedai mamak lebih happening. sbb tu laa. heheheh.

aku pun klu ade geng mmg prefer tgk kat kedai mamak. tp klu tgk sorang2, aku tgk kat umah jer. tapi memandangkan skrg nih aku tak langgan Astro Supersport, aku jarang la tgk bola skrg. selalu check result kat internet jer. tp skrg nih aku baru tau yg ade satu stesen radio yg siarkan live commentary utk game liga perdana inggeris. Premiere League Radio @ 89.9FM. wlu pun tak sama mcm tgk live, dgr live pun ok. hehehe. (gud understanding of English Language is required =)

p/s: dapat award dari Sky0ne. nnt la aku publish. hehehe.

1 comment:

Artzlizan said...

mamak bertambah kaya...