Friday, April 22, 2011

1 Malaysia 1 Emel: My Point of View

assalamualaikum.

aku dah lama tak baca paper. tp isu ni agak menarik perhatian gak la utk aku membaca berita. hangat gak isu pasal emel nih. ada yg setuju dan ada yang tak setuju. of coz la ada mcm2 pandangan dan pendapat. bak kata pepatah Romania, "if you like to eat roti canai, doesn't mean i will like it too." get wut i mean? hahahah.

utk yang blur2 lagi, sbnrnye aku pun blur gak pasal projek nih. here's what i understood and please correct me if I'm wrong. I can stand to be corrected. =) Projek Emel 1Malaysia adalah projek bagi membangunkan satu portal emel supaya setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai satu akaun emel bagi memudahkan komunikasi antara rakyat dan kerajaan. projek nih diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai salah satu projek di bawah Plan Trasformasi Ekonomi (ETP) dan melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta. so, bila PM yang umum, of coz la semua akan sangka bahawa projek ini akan melibatkan pelaburan dari wang kerajaan yang merupakan juga duit rakyat. betul tak? aku mula2 dengar pun marah jugak. satu pembaziran nih. tambahan plak bila ada satu syarikat dinamakan sebagai champion untuk projek nih. haihh. ada pape ke? i can smell something fishy here. eheheh.

but then, PM kita dah pun bagi penerangan bagi menjelaskan isu nih. katanya bahawa projek emel ni tak melibatkan pelaburan wang dari kerajaan. Ia adalah inisiatif swasta. maksudnya mcm syarikat tu yang keluar modal dan melabur untuk projek nih. so pandai2 dia la mcm mana nak dapat balik modal tu mcm mana, kan? PM kata lagi bahawa projek nih adalah voluntary. tiada paksaan untuk mereka yang terlibat. sapa tak nak akaun emel tu, tak dapat la. PM jugak kata yang syarikat tu akan bangunkan portal emel dan kemudiannya portal untuk check online bill, online payment dan sebagainya. itu yang aku paham la.

walaupun inisiatif swasta yang tak melibatkan wang rakyat, aku masih rasa bahawa projek ini tak perlu. skrg ni byk email provider percuma yang ada di internet. yahoo, gmail, ymail, hotmail, you name it. free je. ikut suka la nak pakai satu ke, semua ke. dan aku rasa orang dah selesa pakai emel2 nih. tu belum campur emel jabatan/syarikat lagi. so, kalau nak wujudkan satu lagi emel, aku rasa perlukan satu mekanisme change management yang mantap untuk menarik orang menggunakan emel 1 Malaysia tu. tentang portal utk online bill dan online payment segala bagai tu aku rasa website MyGovernment sekarang pun dah boleh buat mcm tu. kenapa nak ada satu portal lain? improve je la MyGov tu. 1 Malaysia 1 Portal cukup la. tak gitu?

just my humble opinion.

p/s 1: tibe2 panjang plak aku menaip pagi nih. huhuhu.

p/s 2: dengarnya projek ni guna domain myemail[dot]my. cthnye; nirelwof@myemail.my. hmmm. mcm tak best je bunyi dia. hehehe.

2 comments:

Sky0ne said...

khabar terbaru katanya mana2 organisasi yang nak gunakan emel ni kene bayar ke Tricubes. Jadinya takde la free pun...hihi

Saiyed said...

sapa la yg nak guna...
gmail kan ada?
huhuhu