Wednesday, June 2, 2010

Salasilah terbongkar

assalamualaikum.

dalam entri aku yg lepas, aku ada yg maktua aku, iaitu kakak kepada ayah aku, ajak aku gi umah anak dia kat putrajaya sbb nak jumpa tunang aku. so, smlm aku pegi la dgn tunang aku dan adik2 aku. makan2 dan borak2 ngan maktua, sepupu aku dan wife dia. sejam lebih gak la duk kat umah tu.

tapi apa yg aku nk citer kat sini pasal adik beradik ayah aku. setahu aku, ayah aku ada 3 beradik jer. maktua yg paling sulong, pastu ayah aku then makcu. tibe2 smlm maktua ckp bahawasanya dia ada kakak yang meninggal masa kecik. so sbnrnye maktua adalah anak no 2, ayah aku no 3 dan makcu no 4. dah hampir 27 tahun aku hidup, smlm baru aku tau pasal kisah nih. mak ngan ayah aku pun tak penah citer pun kat aku. ntah2 diorang pun tak tau. sepupu aku yg anak maktua tu pun tak tau. huhuhu.

secara automatiknya, salasilah keluarga yg aku buat masa aku Form 3 dulu adalah salah laa. huhuhu. tak sangka betul ada lagi sejarah keluarga yg aku tak tau. hmmmm.

p/s: adik aku plak tgh mencari nasab keluarga kami. maktua ngan ayah aku pun tak igt dah. smpi sekarang tak tau.

No comments: