Friday, April 2, 2010

kenape menangis sayang??

assalamualaikum.

aku bukan seorang yang penangis. namun, aku harus mengaku bahawasanya aku mempunyai jiwang yg agak sensitif atau halus atau apa2 sahaja perkataan yang sewaktu dengannya. aku ckp aku bukan seorang penangis sebab aku jarang menangis walaupun sepatutnya situasi atau kejadian itu boleh membuatkan org lain menangis. kadang2 aku rasa aku dah kering air mata. tapi, pada satu2 ketika yang tidak disangka, aku boleh mengalirkan air mata. atau setidak2 nya ada genangan air di mata ku. 

contohnya, aku menangis tgk iklan susu budak kat TV. susu anmum kot. yang anak dia telefon mak dia kat ofis and mainkan lagu Happy Birthday utk mak dia guna piano thru the phone. contoh lain iklan raya petronas yg anak2 dia bawak balik lembu seekor kat mak dia tu. ade lagi kot iklan2 lain tapi aku tak igt dah. tapi ade satu kejadian yg buat aku menangis dan aku rasa korang akan gelakkan aku. huhuhu. takpe. aku nak citer jugak.

aku minat bola sepak. pasukan antarabangsa yg aku sokong sejak dulu adalah Argentina. pemain yg aku puja dulu adalah Gabriel Omar Batistuta. Batistuta bermain untuk sebuah kelab di liga Serie A di Itali. nama kelab tu ialah Fiorentina. namun setelah terlalu lama di kelab itu dan kurang memenangi kejuaraan liga, piala domestik mahupun peringkat benua, Batistuta terpaksa berpindah kelab dengan rasa yg sgt berat. dia berpindah ke sebuah kelab itali yang berpengkalan di Rome, iaitu AS Roma.

jadi, selepas berpindah, dia terpaksa berdepan dengan bekas kelab yang dia sgt sayang itu. sebagai seorang pemain professional, dia melakukan yang terbaik untuk kelab barunya. dalam perlawanan pertama antara Fiorentina dan AS Roma, Batistuta berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan Roma. kebiasaannya, pemain akan meraikan jaringan gol mereka terutamanya jika gol itu sangat penting utk pasukannya. tetapi Batistuta tidak meraikan gol tersebut sebagai tanda penghormatan kepada bekas kelab yang telah melonjakkan namanya. malah dia menangis sehinggakan rakan2 terpaksa memujuknya. melihatkan detik itulah membuatkan mataku berkaca dan tangisan ku gugur setitik dua.

ok. korang boleh gelak sekarang. sekian, terima kasih.

p/s: kenape aku sokong Argentina?? insya Allah aku akan ceritakan nanti.

No comments: