assalamualaikum...
malam pertama ramadhan. hari jumaat. 21 ogos 2009. jam 7.00 malam. aku bertolak pulang ke kampung bersama adik2 perempuan aku. nak sambut ramadhan bersama ibu dan ayah. adik lelaki aku tak dpt balik sbb tak dpt bercuti. aku smpi di kampung jam 1 pagi. adik lelaki aku msg bertanyakan kotak kayunya di atas meja. aku tak tau. mungkin adik pompuan aku yg mengubah tempatnya. tanpa mengesyaki apa2, perkara itu dibiarkan begitu sahaja.
hari ahad. 23 ogos 2009. aku kembali ke rumahku di kajang. tiba pada jam 5.30 petang. kotak kayu itu menjadi perkara pertama ditanya. adik2 pompuan aku tak tau. laptop aku tiada di tempat yang sepatutnya. adik aku igt aku bawak balik. bekas syilling aku dijumpai di bawah kerusi. satu beg galas juga lesap. kemudian adik pompuan aku menjerit terkejut. aku pun terkejut. 2 batang grill pintu belakang bengkok. satu telah dipatahkan. pagar belakang rumah digunting. malam tu aku buntu. blurr. keliru. kecewa. sedih. tak tau apa nak buat.
esoknya, aku igt malas nk pegi keje. tp ada satu mesyuarat aku kene hadir. so aku pegi jugak. tp tghari aku pegi balai polis dan buat laporan. kemudian pegawai penyiasat datang ke rumah dan buat perkara yang sepatutnya. lepas tu aku dah malas nk masuk opis.
sedih beb laptop hilang. mcm2 bende ada dlm tu. kerja ofis, peribadi, gmbr2 kenangan. semuanya dalam tu. aduh. hilang punca aku sekejap. aku dah tergerak hati nk bawak balik laptop tu. tp aku tinggalkan sbb aku sangka adik aku nk guna. kalau lah aku ikut gerak hati aku...
ya Allah, tabahkan lah hati hamba Mu ini. Jika ini balasan kepada kesalahan2 ku, di bulan Ramadhan yang penuh maghfirah ini, ku memohon keampunan Mu ya Allah. aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah. tabahkan lah hati ku.
p/s: selamat berpuasa kepada semua...

4 comments:
sabar,bro..
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu..
k??
jgn sedih2 sgt...~
wow rino, berat tu dugaan di ramadhan pertama lak tu.
takpe,chills beb. sabar ye.
sabar ya..
mybe ad hikmah disebalik yg berlaku..
selamat berpuasa..
thanx to all...
harta kesayangan tu beb...
mana tak ralat...
huhuhu
Post a Comment